Pada pemasangan asas Drupal, sistem fleksibel yang diterapkan pada bahagian menu membenarkan kita untuk membina hierraki atau struktur menu yang pelbagai. Dengan hanya menggunakan konsep 'drag-and-drop', kedudukan menu boleh disusun dengan sesuka hati. Sebagai contohnya struktur seperti di bawah ini:
Sesetengah themes yang mengimplementasi JQuery (JQuery: Teknologi dan Penggunaannya) atau dengan bantuan modul seperti Nice Menus atau Mega menu satu 'drop-down' menu akan dihasilkan secara automatis berdasarkan kepada struktur di atas. Namun, sekiranya kita mengunjungi kandungan 'Menu kandungan 4', pada bahagian 'breadcrumbs' atau jejak navigasi tidak menunjukkan struktur penuh 'parent--children'. Ini kerana situasi dan tahap kompleks pada kod menyebabkan pemasangan asas Drupal tidak memuatkan kebolehan mengesan setiap jejak kandungan berdasarkan pada menu.
Fungsi Menu Trails
Modul ini akan menambah satu fungsi kod yang kompleks kepada Drupal bagi mengesan struktur menu pada satu-satu kandungan seterusnya akan membentuk jejak navigasi berdasarkan kepada struktur tersebut.
Pemasangan
Pertama sekali, muat turun modul ini di laman web Drupal: https://www.drupal.org/project/menutrails. 'Extract' dan letakkan di direktori sites/all/module*] atau struktur direktori pada laman web yang menempatkan modul. Seterusnya pergi ke [*Administer Site building Module dan aktifkan modul ini.
Konfigurasi
Setelah diaktifkan, pergi ke Administer Site building Menus dan klik pada tab Trails.
Di bahagian tetapan, buat pilihan jenis menu yang akan diimplementasikan fungsi ini. Buat masa ini, hanya satu menu sahaja boleh dipilih dan dikesan oleh Menu trails. Sebagai contoh, Primary links. Seterusnya pastikan anda tandakan pada kotak pilihan Set breadcrumbs? agar jejak navigasi akan dihasilkan berdasarkan kepada struktur menu.
Manakala di bahagian terakhir adalah konfigurasi untuk tetapan secara automatis bagi struktur 'breadcrumbs'. Dalam contoh di bawah, untuk jenis kandungan Page sebarang kandungan yang dihasilkan (walaupun saya tidak melakukan sebarang konfigurasi untuk menu bagi kandungan tersebut), ianya akan secara automatis diletakkan di bawah Menu kandungan 1 dan struktur 'breadcrumbs' akan dihasilkan seperti ini: Home Menu kandungan 1
Selepas modul ini diaktifkan, anda boleh cuba melawat mana-mana kandungan yang berada paling hujung dalam satu struktur dan lihat perubahan yang dilakukan pada 'breadcrumbs'.
Maklumat tambahan
Modul ini sangat mudah untuk digunakan dan dilakukan konfigurasi. Namun begitu, fungsinya agak terbatas di mana hanya satu kumpulan menu sahaja boleh diberikan keupayaan untuk mengesan 'trails'. Selalunya ianya diberikan pada menu utama laman web.
Selain itu, modul ini menambah kod THEME_links() secara automatis ke dalam themes (fail template.php). Oleh itu, sekiranya fail templat anda mempunyai konfigurasi khas pada THEME_links() pastikan tidak timbul ralat pertindihan pengubahsuaian fungsi ini.
Sekiranya anda mahukan lebih fungsi dari segi struktur, susunan dan modifikasi pautan untuk jejak navigasi, sila gunakan modul Custom breadcrumbs yang lebih fleksibel dan berkuasa.
Komen
#1: Menu berangkai dengan Menu trails
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
En. Parasolx, saya telah guna modul ini. Bagi keperluan asas, ia sangat berguna dan menyelesaikan masalah saya. Terima kasih.
#2: Menu berangkai dengan Menu trails
Mr Para ada tak modul yang sama fungsi seperti diatas...sy menggunakan drupal 7 .
#3: Menu berangkai dengan Menu trails
Untuk modul ini, pihak komuniti drupal masih lagi belum meningkat upaya kepada versi drupal 7 setakat hari ini.
Tetapi terdapat dua modul yang memberikan hasil yang hampir sama dengan modul ini iaitu:
http://drupal.org/project/menu_position
http://drupal.org/project/power_menu
Jika ada masa saya akan sediakan tutorial untuk dua modul ini. Setakat ini boleh untuk gunakan kedua-dua modul sebagai percubaan.
Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training
#4: Menu berangkai dengan Menu trails
Thanks para..