Drupal 6 didatangkan bersama modul "Forum" dalam pakej pemasangan asas. Forum yang disediakan mempunyai fungsi yang paling ringkas. Jadi bagi pengguna yang mahukan forum yang mempunyai fungsi lebih, kami mencadangkan untuk melakukan integrasi antara Drupal dan phpBB.

Mengapa phpBB? Kerana kami adalah Komuniti Drupal dan phpBB Malaysia. Segala permasalahan mengenai kedua-dua CMS ini boleh dirujuk di sini.

Keperluan

  1. Drupal versi terkini (ketika ini 6.16); https://www.drupal.org/project/drupal
  2. phpBB versi terkini (ketika ini 3.0.7); https://www.phpbb.com/downloads/
  3. Modul integrasi, phpBBforum Integration module; https://www.drupal.org/project/phpbbforum

Pemasangan dan proses integrasi Drupal+phpBB lebih mudah, ringkas dan cepat kerana penghasilan modul integrasi tersebut dilakukan sendiri oleh pembangun phpBB.

Selain itu juga, modul ini menyediakan fungsi untuk menerap masuk (embeded) phpBB terus ke dalam templat Drupal, yang mana anda tidak perlu lagi risau untuk melakukan proses modifikasi dan sinkronasi templat untuk kedua-duanya.

Pemasangan Drupal dan phpBB

Sebelum kita melakukan proses integrasi ini, beberapa tips dan pandangan yang mungkin boleh anda gunakan. Dalam proses integrasi ini, Drupal akan menjadi laluan utama untuk sebarang proses melibatkan pendaftaran pengguna. di phpBB, kita akan mematikan terus fungsi ini agar tidak berlaku persilangan pendaftaran.

Drupal seharusnya dipasang pada "root" atau direktori utama, manakala phpBB dipasang dalam Drupal bagi memudahkah proses integrasi. Untuk setiap pemasangan, boleh ikuti tutorial di bawah ini (saya tidak akan sentuhnya di sini):

  1. Tutorial pemasangan Drupal 6: Pemasangan Drupal 6
  2. Tutorial pemasangan phpBB 3: Pemasangan phpBB3

Pastikan anda memasang Drupal terlebih dahulu kemudian diikuti dengan pemasangan phpBB. Untuk fail pelipat phpBB, anda boleh gunakan nama seperti "phpBB", "forum" atau seangkatannya.

Untuk pangkalan data, anda boleh gunakan dua pangkalan data yang berbeza atau ketika pemasangan phpBB, gunakan maklumat pangkalan data Drupal untuk menggunakan pangkalan data yang sama.

Di akhir proses pemasangan kedua-duanya di atas, anda akan dapati struktur direktori adalah seperti di bawah (fail pelipat phpBB adalah "forum"):

Penyediaan dan Pemasangan Modul Integrasi

Seterusnya kita akan menyedia dan memasang modul integrasi bagi membolehkan Drupal dihubungkan sepenuhnya dengan phpBB. Kembangkan (extract) pakej modul integrasi yang dimuat turun sebelum ini. Anda memerlukan perisian seperti Winzip atau Winrar untuk berbuat demikian.

Letakkan keseluruhan fail pelipat iaitu "phpbbforum" ke dalam "sites/all/modules". Sekiranya fail pelipat "modules" tidak wujud, sila hasilkan sendiri. Struktur direktori tersebut adalah seperti ini:

Seterusnya pindahkan ke semua fail pelipat dalam "sites/all/modules/phpbbforum/contrib/phpbbdrupal/root/styles" ke dalam direktori "[phpBB3]/styles". Sekiranya keluar "popup" untuk proses "Overwrite", klik "OK". Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lebih:

Akhir sekali, pindahkan fail pelipat "images" dalam "modules/phpbbforum/contrib/phpbbdrupal" ke dalam direktori Drupal. Struktur akhir akan jadi seperti ini:

Oleh kerana kita telah menambah satu struktur direktori dalam Drupal, penambahan kod boleh dilakukan pada fail "robot.txt" bagi menghalang "bot/spider" untuk mengindeks direktori tersebut. Buka fail "robot.txt" pada "root" Drupal, dan tambahkan kod aturcara ini di bahagian paling bawah:

Disallow: /images/

Proses Tampung phpBB3 (Patching)

Proses ini dilakukan bagi membolehkan Drupal mengendalikan sepenuhnya proses pendaftaran, pembuangan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan perihal pengguna. Di bahagian ini kita akan bermain sedikit dengan kod aturcara.

Ini bagi membolehkan phpBB3 diterap masuk sepenuhnya ke dalam Drupal (embeded). Anda tidak perlu risau kerana tampungan yang dilakukan ini tidak mengubah struktur phpBB dan MASIH boleh dijalankan sepenuhnya walaupun tanpa integrasi.

Terdapat dua cara untuk melakukan bergantung kepada situasi forum anda:

  1. Forum yang baru dipasang (fresh install), salin fail "function_user.php" dalam fail pelipat "modules/phpbbforum/contrib/phpbbdrupal/root/includes" ke dalam "[phpBB3]/includes". Sekiranya arahan "overwrite" dikeluarkan, klik sahaja "OK".

    Fail tersebut telah ditampung dan diubahsuai oleh pihak pembangun modul. Jadi kita hanya perlu untuk tulis ganti fail tersebut sahaja.

  2. Forum yang sedia ada: Sekiranya anda lakukan integrasi terhadap forum phpBB3 yang sedia ada, maka tampungan perlu dilakukan dilakukan secara manual MELAINKAN forum tersebut tidak pernah melalui sebarang proses modifikasi atau penambahan MODX (jika kes ini, rujuk langkah di atas).

    Untuk melakukan proses tampungan secara manual, sila rujuk tutorial (akan datang).

Selepas melakukan proses tampungan, anda cuba masuk forum phpBB3. Sekiranya tiada ralat dipaparkan, maka semuanya berjalan dengan elok.

Memasang dan Melakukan Tetapan untuk Modul "phpbbforum"

Sekarang kita akan lakukan integrasi pengesahan antara phpBB3 dan Drupal.

  1. Log masuk ke dalam phpBB3 anda sebagai "admin".
  2. Buka tetingkap pelayar yang baru (new window) dan log masuk ke dalam laman Drupal sebagai "admin" juga. Gelungsur ke: Administrator Site buildings Modules. Aktifkan modul "phpbbforum"
  3. SEKIRANYA anda menaik taraf dari versi terdahulu, anda perlu mengemas kini struktur pangkalan data Drupal dengan menjalankan fail "update.php". JIKA ini pertama kali, abaikan langkah ini.
  4. Seterusnya gelungsur ke: Administrator Site configuration phpBBforum. Ralat mungkin dipaparkan seperti di bawah kerana laluan ke konfigurasi phpBB3 belum ditetapkan.

    Oleh itu kita perlu memasukkan laluan ke fail pelipat phpBB3 di mana ianya dipasang. Sekiranya di "localhost" pastikan struktur URL bermula dari pemacu keras anda. Sekiranya di pelayan internet, pastikan anda menetapkan laluan URL berdasarkan kepada struktur pelayan anda.

    Klik "Save configuration".

  5. Sekiranya ralat ini dipaparkan:

    Anda belum mengaktifkan modul "Profile" Drupal. Modul ini diperlukan bagi membolehkan sinkronasi antara profil Drupal dan phpBB dilakukan. Gelungsur: Administrator  Site building  Modules dan aktifkan "Profile". Kembali semula ke tetapan modul "phpBBforum" dan ralat sudah diselesaikan.

Sehingga saat ini kita sudah selesai melakukan proses pemasangan modul integrasi dan menghubungkan Drupal kepada phpBB dengan sempurna. Proses berikutnya adalah proses menetapkan phpBB untuk dijalankan dalam keadaan sama ada:

  • tetingkap berlainan
  • dalam "frame" di laman Drupal
  • diterap masuk (embeded) dalam laman Drupal
Penilaian: 
5
Average: 4.5 (6 votes)

Komen

blogger_boy's picture

jap nk try buat..

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

tutorial ni belum abes lagi.. ade beberapa sambungan lagi..
sebab module ni dia bagi full control antara phpbb dengan drupal yang mana kalu create topic di drupal, automatic dia akan ada di phpbb.. kemudian kalu komen di phpbb, automatic dia akan masuk di drupal.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

SoLarIZe's picture

owh... ye ke...
kena tunggu smbungan tutorial yg seterusnya lh ey...
bila nk siap tu.. heheehee...
x sabor den nk blajor benda bru nie....

blogger_boy's picture

bila nk siap nie para :(

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

take time sket.. kena rombak sket yang ini sebab ade silap information.
dalam minggu nih maybe akan siap la.. banyak keje ofis nak kena setel.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sham2767's picture

salam parasolx,,,
aku dah siap buat intergrasi ni semua berjalan dgn baik,,,
tapi bleh mintak tolong satu tak,,,,
bagaimana nak buat phpbb yng ada dalam drupal tu nampak forum jer,,,
maksud aku nak buang header dan footer phpbb tu,,,,
hehehehe,,,,

parasolx's picture
Admin

yang itu kena buat pengubahsuaian template dalam phpBB. ianya tiada kaitan dengan Drupal lagi. Integrasi hanya melibatkan proses pendaftaran, log masuk dan keluar dan pemaparan topik serta statistik dari forum.

jadi soalan ini perlu diutarakan di bahagian phpBB. Terima kasih kerana mencuba dan berjaya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

cidalan's picture

hello, saya sedang membina 1 laman web komuniti dgn menggunakan drupal dan phpbb. disini saya tidak mahu drupal dan phpbb ber-integrasi . saya cuma mahu ingin active thread dan new thread akan dipaparkan di index/content drupal,
saya telah cuba Feed aggregator tetapi tidak berjaya atau mungkin saya telah membuat kesilapan. contoh paling mudah seperti web lowyat[dot]net, cuma memaparkan active thread dan newthread sahaja.
terima kasih

parasolx's picture
Admin

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

cidalan's picture

terima kasih tutorial ni :D

parasolx's picture
Admin

langkah kerja yang ditulis dalam artikel ini ada sedikit bercanggah dengan langkah kerja yang sebenar. akan dikemas kini.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

dah wat drupal+phpBB, tapi apsal xbley direct ke forum yer dr statisktik tu? http://fazmys.com/v2/

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

parasolx's picture
Admin

statistik yang diberikan adalah dalam bentuk "block".
cuba check dibahagian administer > site building > block

semua block yang dihasilkan oleh modul ini mempunyai tanda key "phpbbforum"
aktifkan block ini pada mana2 region, nnt statistik akan keluar.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

x,maksudnya kat sini..bila kita klik kat drupal tu
dia akan pergi fazmys.com/v2/phpbbforum
sedangkan dah tukar ke /v2/forum

kat situ dia xjumpa cari recent post

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

parasolx's picture
Admin

owh.. sebabnya tutorial ni tak siap lagi ni.
dia ade satu step lagi yang perlu kita ubah alias dia.
sebab tuh status tutorial ni still lagi semak semula langkah kerja. hehe

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

oho..patutla..xper2..just blaja jer..nanti nak blaja theme sama antara kedua-duanya tu

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]