Proses salinan pangkalan data boleh terbantut walaupun dengan kehadiran modul Backup and Migrate yang berupaya untuk menjalankan proses ini secara automatis. Terdapat dua kengkangan yang menjadi terhad kepada proses salinan ini:

  1. jumlah ruangan storan untuk simpanan fail 'backup'
  2. keinginan pengguna untuk menyimpan salinan setiap hari (supaya semua data dapat ditangkap dalam setiap masa/salinan)

Disebabkan dua faktor ini, pengguna akan bertindak untuk menyimpan salinan setiap hari di dalam pengehosan web. Menyebabkan ruangan storan dipenuhi dengan fail salinan 'backup'. Bagi mengatasi masalah tetapi membenarkan setiap data direkod dan disalin, saya memperkenalkan teknik 3 poin 'backup'. Teknik ini boleh digunakan pada mana-mana aplikasi yang menjalankan proses salinan secara automatis.

Tiga poin salinan

Teknik 3 poin "backup" dengan modul Backup and Migrate-9564

Tiga poin salinan berlandaskan kepada pembahagian selang masa kepada harian, mingguan dan tahunan. Salinan akan dibuat berdasarkan kepada tiga profil yang akan dibuat secara manual dalam modul Backup and Migrate. Secara ideologinya, teknik ini akan berfungsi secara berterusan.

Profil yang pertama, iaitu Profil Harian akan melakukan salinan setiap hari bermula dari hari pertama sehingga hari keenam. Profil ini akan menyimpan 6 salinan fail secara tetap. Pada hari ketujuh, Profil Mingguan akan melakukan salinan untuk merumuskan semua data-data yang disalin oleh Profil Harian bagi minggu tersebut. Proses ini berterusan untuk hari 1 minggu 2 di mana Profil Harian akan melakukan salinan dan MEMBUANG salinan hari 1 minggu 1. Sekiranya saya ingin dapatkan maklumat bagi minggu lepas, saya akan cari salinan terakhir di bawah profil Mingguan.

Sama juga keadaan bagi Profil Mingguan di mana ianya akan dijalankan pada hari 7 setiap minggu dan menyimpan 4 salinan fail. Pada minggu 4, salinan akan diambil alih oleh Profil Bulanan iaitu salinan yang merumuskan data-data bagi satu bulan tersebut. Profil Mingguan akan kembali membuat salinan untuk minggu 1 bulan 2 dan membuang salinan minggu 1 bulan 1 kerana ianya telah dirumuskan sepenuhnya oleh Profil Bulanan.

Begitulah proses ini berterusan sehinggalah lengkap satu tahun kita mempunyai 11 salinan fail simpanan untuk data setiap bulan melalui Profil Bulanan. Dan apabila masuk ke tahun baru, salinan bulan 1 tahun 1 akan dibuang agar memberi ruang untuk simpanan bulan 1 tahun 2.

Mengapa perlu gunakan teknik ini

Masalah storan -- melalui cara ini kita dapat membuat salinan dan menyimpan salinan tersebut sebanyak mungkin dengan mengambil kira jumlah storan yang paling minimum diambil daripada storan sebenar

Tempoh masa disalin -- walaupun salinan fail tidak disimpan untuk rekod setiap hari, tetapi salinan secara dirumusan dibuat memandangkan pangkalan data berubah dan diambil sebagai data terakhir dari keseluruhan tempoh masa dibelakang dianggap yang terkini.

Penilaian: 
No votes yet