Selain melakukan proses salinan pangkalan data secara manual, modul ini dilengkapi dengan fungsi untuk melakukan proses salinan secara berjadual atau berkala (schedule). Fungsi ini membolehkan setiap proses salinan dilakukan mengikut selang masa dan keperluan pengguna.

Proses salinan ini akan dijalankan dengan bantuan daripada 'cron' Drupal. Jadi anda perlu pastikan bahawa cron dapat dijalankan dengan sempurna. Jika tidak proses salinan secara automatik sememangnya tidak akan dijalankan.

Dari ruangan pentadbiran modul Backup and Migrate, pergi ke tab pautan Schedules. Di sini akan disenaraikan semua jadual-jadual yang didaftarkan di dalam sistem.

Konfigurasi jadual yang baru

Semasa pemasangan modul, tiada sebarang jadual dilakukan secara automatis. Ini menjaga dan memastikan sistem Drupal berjalan dengan lancar untuk kebanyakan laman web. Bahagian ini akan ditunjukan satu contoh untuk melakukan proses salinan secara harian.

  • Di ruangan yang sama, klik pada pautan Create Schedule.
    Only local images are allowed.
  • Seterusnya adalah kemasukan maklumat untuk jadual tersebut. Berikan nama kepadanya. Anda boleh menamakan sebarang nama mengikut keperluan. Kemudian adalah pemilihan profil. Sekiranya anda rujuk kembali tutorial sebelum ini iaitu penetapan profil untuk konfigurasi, dalam kes ini kita dibenarkan untuk memilih profil konfigurasi yang mana yang akan menjalankan proses salinan. Saya memilih untuk menggunakan kembali profil yang telah dihasilkan sebelum ini.
    Only local images are allowed.
  • Sekarang adalah tetapan untuk kekerapan fail salinan ini dijalankan. Anda boleh mengubah konfigurasi ini bagi menepati keperluan dan tempoh proses ia dijalankan. Dalam kes ini saya mahu proses dijalankan sekali sehari sahaja.
    Only local images are allowed.
  • Dan yang terakhir adalah tetapan untuk bilangan fail salinan di simpan dalam satu tempoh tertentu serta lokasi ianya akan disimpan. Bagi simpanan tanpa HAD, masukkan nilai 0 (sifar). Tetapi seandainya satu nilai diletakkan, katakan 3, apabila proses salinan ini dijalankan fail terdahulu yang paling lama akan dibuang secara automatis bagi memastikan hanya 3 salinan sahaja disimpan dalam satu-satu tempoh masa.
    Manakala destinasi salinan adalah tempat di mana ianya akan disimpan. Saya menggunakan semuanya tetapan dan konfigurasi yang telah kita lakukan sebelum ini.
    Only local images are allowed.

Setelah semuanya selesai, klik butang "Save schedule". Bagi melihat sama ada proses ini akan berjaya atau gagal dilaksanakan semasa cron berjalan, kita akan laksanakan cron secara manual: Administer Reports Status report > Run cron manually. Sekiranya berjaya anda akan dapat melihat mesej seperti ini:
Only local images are allowed.

Manakala ini pula adalah emel notifikasi yang dihantar ke kotak emel yang telah saya masukkan sebelum ini di bawah Profiles:
Only local images are allowed.

Penilaian: 
No votes yet