Pada peringkat awal mengenai modul ini, kita boleh melakukan proses backup sama ada menerusi manual atau pun berjadual. Proses ini boleh ditetapkan satu profil atau konfigurasi yang pelbagai. Sebagai contoh penamaan untuk fail salinan, bentuk mampatan, jadual dalam pangkalan data yang akan disalin serta notifikasi setiap kali ianya dijalankan.

Konfigurasi ini ditetapkan dibahagian Profiles. Di ruangan pentadbiran modul Backup and Migrate, klik pada tab Profiles.

Seterusnya sistem akan memaparkan senarai profil-profil yang telah didaftarkan di dalam sistem. Secara lalainya, telah terdapat satu profil yang dihasilkan oleh modul ini semasa proses pemasangan iaitu Default Settings. Anda boleh sama ada menghasilkan satu profil yang baru atau menyunting profil ini (sekiranya anda tidak mahu terdapat banyak profil dalam sistem).

Menghasilkan profil konfigurasi yang baru

Profil yang dihasilkan boleh digunakan untuk proses 'backup' secara manual atau berjadual. Dibahagian ruangan yang sama, klik pada tab pautan Create Profiles. Anda seterusnya akan dibawa ke satu ruangan untuk penghasilan profil yang baru.

  • Pertama, kita perlu berikan nama kepada profil ini. Anda boleh gunakan sebarang nama atau paten berdasarkan kepada keperluan.
  • Seterusnya adalah penamaan bagi fail salinan tersebut. Sistem berupaya untuk menghasilkan nama secara automatis untuk fail tersebut berdasarkan kepada paten yang kita tetapkan. Dengan bantuan Token, paten nama akan diambil berdasarkan kepada pemboleh ubah yang kita gunakan. Sebagai contoh, saya mahu nama untuk salinan ini mempunyai paten seperti [nama-laman]-harian. Di ruangan medan Backup file name masukkan paten seperti berikut:
  • Kemudian adalah pilihan untuk memasukkan waktu dan masa salinan dilakukan. Untuk kes penamaan di atas, adalah tidak disarankan untuk menggunakan Token berkaitan dengan masa bagi penamaan fail kerana fungsi telah tersedia untuk mengambil alih proses tersebut. Di sini kita boleh tetapkan bentuk atau format untuk masa dan tarikh dihasilkan. Katakan saya ingin paparkan [hari]-[bulan]-[tahun] sahaja. Maka paten dan tetapan yang perlu dibuat seperti berikut:
  • Bagi sesetengah pengehosan web yang mempunyai saiz terlalu kecil, kita boleh lakukan mampatan terhadap fail salinan pangkalan data. Sehingga kita, terdapat 2 jenis mampatan yang modul ini tawarkan iaitu Gzip dan Zip. Namun begitu, fungsi ini bergantung kepada tetapan klien pelayan sama ada modul PHP untuk mampatan diaktifkan atau tidak. Disarankan untuk menggunakan mampatan jenis Gzip yang lebih sesuai dan lebih mampat.

    Di bahagian ini juga terdapat fungsi untuk melakukan enkripsi atau proses penyahkodan fail salinan. Namun perlu dipasang terlebih dahulu modul sokongan AES Encryption ke dalam Drupal.
  • Sekarang adalah proses untuk memilih jadual dalam pangkalan data yang akan disimpan semasa proses 'backup' dijalankan. Perhatikan pada bahagian ini terdapat 2 kotak yang menyenaraikan jadual-jadual. Kotak pilihan yang pertama membenarkan kita untuk memilih jadual mana yang TIDAK AKAN disalin sebagai pendua.
    Manakala kotak di bawah adalah pemilihan untuk DATA TIDAK disalin bersama dengan jadual yang dipilih di atas. Sekiranya jadual tidak dipilih dibahagian kotak pilihan pertama, data dibahagian kotak kedua secara seiringannya tidak akan disalin.

    Terdapat satu lagi fungsi tambahan iaitu Lock tables during backup. Bagi pelayan yang mempunyai spesifikasi rendah, disarankan untuk diaktifkan fungsi ini kerana bimbang semasa proses salinan dilakukan terdapat data dan maklumat yang rosak disalin bersama yang akan menyebabkan keseluruhan fail tersebut rosak.
  • Konfigurasi terakhir dalam profil adalah notifikasi emel. Dibahagian ini terdapat dua situasi yang akan mencetuskan penghantaran emel dilakukan iaitu proses 'backup' berjaya dan proses 'backup' gagal dilaksanakan. Anda boleh masukkan alamat emel untuk penghantaran notifikasi dilakukan bagi setiap proses yang berlainan.

Setelah semuanya selesai, klik butang Save profiles dan anda akan dibawa ke senarai profil yang telah didaftarkan di dalam sistem.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)