Secara asasnya, apabila satu fail backup dihasilkan oleh sistem kita memerlukan destinasi atau tempat di mana fail-fail tersebut akan disimpan. Secara lalainya, modul ini akan menghasilkan dua direktori di dalam pengehosan web bagi menyimpan fail 'backup' untuk proses secara manual dan berjadual.

Untuk melihat senarai direktori atau lain-lain profil menetapan sila ke Administer Content managemen Backup and Migrate. Di sini, pilih tab pentadbiran untuk Destinations. Di sini adalah ruangan pentadbiran untuk senarai destinasi.

Terdapat beberapa pilihan destinasi untuk proses backup ini dilakukan. Modul ini memberikan pengguna untuk melakukan proses backup kepada:

  • Server directory -- simpanan fail backup akan diletakkan di dalam pengehosan web
  • MySQL Database -- data-data yang dibackup akan dimasukkan ke dalam pangkalan data yang lain. Fungsi ini digunakan bagi tetapan sistem yang dibina berdasarkan kepada "cloud system", atau sistem yang mempunyai pengehosan berlainan tetapi berkongsi maklumat yang sama.
  • FTP Directory -- berbeza dengan pilihan yang pertama, profil ini membenarkan kita untuk menyimpan fail salinan di pengehosan yang berlainan. Fungsi ini memerlukan kata nama dan kata laluan bagi pengehosan tersebut
  • Email -- salinan fail yang dilakukan akan diemel kepada pengguna tertentu. Profil ini dicadangkan untuk pangkalan data atau jadual tertentu sahaja kerana saiz salinan memainkan peranan penting. Kerana sesetengah penyedia emel tidak membenarkan lampiran fail yang bersaiz terlalu besar.

Destinasi fail backup menerusi "Server directory"

Di bahagian Create destination, klik pada pautan Server directory. Di sini anda perlu masukkan nama profil untuk destinasi tersebut dan juga "path" atau lokasi untuk fail tersebut di simpan di dalam hos web.

Untuk Directory path, lokasinya bermula pada bahagian root Drupal (direktori asas Drupal). Anda boleh masukkan sebarang nama atau struktur direktori berdasar kepada keperluan. Drupal akan secara automatis akan hasilkan struktur tersebut dengan kebenaran tertentu.

Destinasi backup menerusi pangkalan data

Sekiranya terdapat kes yang memerlukan salinan dilakukan terus ke dalam pangkalan data, profil backup MySQL Database perlu dipilih. Selain daripada itu, profil ini dipilih apabila terdapat satu sistem yang menggunakan data yang sama tetapi berada di dalam pengehosan yang berlainan. Setiap kali proses salinan dilakukan, semua data dalam profil ini akan dipindahkan dan menggantikan data pada destinasi pangkalan data yang ditentukan.

Only local images are allowed.

Namun begitu, untuk proses ini berjaya dilakukan jenis pangkalan data mestilah sama. Ini kerana kod query yang dihasilkan mestilah sama antara kedua-dua pangkalan data. Perlu diingatkan bahawa sekiranya anda ingin menggunakan modul ini bagi sistem yang berada dalam "cloud", proses migrasi data adalah secara "overwrite".

Bermakna sekiranya anda ingin mengekalkan data yang lama dan masukkan data yang baru kepada baris yang baru TIDAK boleh dilakukan. Terdapat cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kaedah ini dalam Drupal yang akan diterangkan dalam tutorial yang berlainan.

Destinasi menerusi akses FTP

Bagi kes yang memerlukan simpanan dilakukan pada satu direktori berpusat (tidak menyimpan fail di dalam pengehosan yang menempatkan Drupal disebabkan ruangan yang tidak mencukupi), profil ini boleh dipilih. Profil ini akan melakukan salinan keseluruhan pangkalan data kemudian akan memindah dan menghantar ke pengehosan yang lain menerusi akses yang diberikan.

Only local images are allowed.

Destinasi backup menerusi penghantaran emel

Bagi sesetengah keadaan di mana satu pihak memerlukan data daripada jadual pangkalan data tertentu dihantar setiap hari menerusi emel, boleh dilakukan dengan profil ini. Sistem akan membuat salinan seterusnya menghantar salinan tersebut kepada emel yang diberikan bersama fail salinan sebagai lampiran.

Sekali lagi diingatkan bahawa profil destinasi ini hanya dilakukan untuk salinan yang memilih jadual tertentu sahaja daripada pangkalan data dan bukan secara keseluruhan pangkalan data. Ini disebabkan oleh had penerimaan emel oleh pihak pengguna.

Only local images are allowed.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)