Restorasi adalah proses mengembalikan sesuatu (dalam konteks ini; pangkalan data) ke keadaan atau satu poin sebelum ini yang telah dilakukan salinan. Proses restorasi selalunya dilakukan sekiranya berlaku masalah atau kerosakan terhadap pangkalan data. Modul Backup and Migrate membenarkan kita untuk melakukan proses ini dengan lebih mudah.

Secara tradisionalnya, proses backup dan restorasi ini dilakukan menerusi perisian pangkalan data contohnya phpMyAdmin. Namun perisian ini memerlukan kendalian daripada pengguna yang sudah maju kehadapan. Bagi pengguna baru atau yang tidak mempunyai akses ke pangkalan data secara "back-end", gunakan modul ini.

Proses restorasi daripada fail SQL

Dibahagian tab Restore, anda akan dapat melihat satu ruangan pentadbiran untuk proses restorasi pangkalan data dilakukan. Klik pada butang "Browse" untuk mencari fail SQL yang berada dalam komputer anda. Kemudian klik butang "Restore now". Tunggu sehingga proses ini selesai dan proses restorasi telah berjaya.

Di ruangan ini memerlukan anda untuk memilih fail SQL yang mengandungi salinan pangkalan data yang telah dilakukan menerusi tab "Backup" sebelum ini. Satu peringatan dinyatakan agar anda betul-betul faham proses yang akan dilakukan kerana proses restorasi akan MEMADAMKAN keseluruhan pangkalan data dan memasukkan data yang baru sepenuhnya daripada fail salinan.

Diingatkan proses restorasi BUKAN bermaksud "append" (memasukkan data-data salinan yang lama dicelah data yang baru) sebaliknya data yang dikembali adalah data yang berasal dari titik poin ianya disalin.

Proses restorasi dengan data yang sedia ada

  • Sekiranya anda mahu kekalkan data yang baru + data yang lama daripada salinan pendua (backup), lakukan satu pemasangan Drupal sementara (dummy installation) di tempat yang lain.
  • Kemudian lakukan proses restorasi daripada fail salinan.
  • Kemudian pindahkan satu persatu kandungan yang baru daripada laman sebenar ke dalam dummy.
  • Setelah semuanya selesai, gunakan modul ini juga untuk membuat "backup" kemudian lakukan "restore" di laman web sebenar.

Masalah had saiz fail restorasi

Tidak semua pengguna mampu untuk memiliki pengehosan persendirian atau "dedicated server". Langganan pengehosan web jenis perkongsian selalunya mempunyai banyak kengkangan dari segi tetapan PHP dan klien hos itu sendiri. Ini kerana pihak penyedia perlu mengambil kira ke semua laman web yang ditempatkan dalam hos tersebut.

Only local images are allowed.

Masalah utama yang sering dihadapi pengguna adalah saiz fail restorasi (selalunya yang disimpan dalam komputer peribadi) adalah terlalu besar. Terdapat 2 cara untuk mengatasi masalah ini.

1. Melakukan pecahan atau beberapa fail backup

Cara ini khas bagi pengguna yang tidak mempunyai akses menerusi kaedah FTP atau anda tidak dibenarkan untuk mengubah tetapan had nilai PHP dalam apa jua bentuk.

Kaedah ini bermula semasa proses penghasilan fail backup lagi. Di bahagian tab "Backup" ambil pilihan "Advanced backup". Seterusnya pada ruangan "Database optios". Terdapat dua kotak pilihan yang menyenaraikan keseluruhan jadual dan struktur pangkalan data.

Only local images are allowed.

Dalam kotak pilihan yang atas (Exclude the following tables altogether) anda tandakan kesemua senarai jadual kecuali 15 jadual yang pertama. Seterusnya klik butang "Backup now". Apa yang kita lakukan adalah kita hanya lakukan salinan untuk 15 jadual yang pertama sahaja. Hasilnya satu fail backup yang lebih kecil.

Ulangi proses yang sama sehingga ke semua jadual pangkalan data selesai dilakukan. Proses ini memerlukan kesabaran sedikit. Kemudian lakukan proses restorasi satu per satu sehingga selesai semua bahagian-bahagian fail backup tersebut.

2. Menerusi akses FTP

Bagi pengguna yang mempunyai akses menerusi FTP, kita akan memuat naik terlebih dahulu fail salinan yang bersaiz besar ini ke dalam direktori modul Backup and Migrate. Akses FTP menerusi perisian FTP dan muat naikkan fail tersebut ke dalam sites/default/files/backup_migrate/manual.

Only local images are allowed.

Perhatikan struktur direktori ini, ianya akan dihasilkan secara automatis oleh modul apabila kita melakukan backup secara manual. Tetapi pada laman yang masih baru dan BELUM ada sebarang backup dilakukan, kita boleh wujudkan sendiri direktori ini dengan nama dan hierraki yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Seterusnya kembali ke laman ruangan pentadbiran modul ini, pergi ke bahagian "Destination". Dibahagian ini akan menyenaraikan nama-nama direktori yang digunakan bagi menyimpan ke semua fail-fail backup. Perhatikan pada bahagian baris "Manual backups directory".

Only local images are allowed.

Anda haruslah memastikan struktur dan direktori yang dibuat sebelum ini menepati struktur yang ditunjukkan oleh modul Backup and Migrate. Jika tidak, ianya tidak akan disenaraikan oleh sistem. Sekiranya tepat, klik pada pautan "List files" untuk memaparkan senarai fail-fail backup yang terkandung di dalamnya.

Only local images are allowed.

Sebagai contoh di atas, saya telah memindahkan fail bernama "fail-backup.mysql" daripada satu laman Drupal yang lain. Tindakan seterusnya adalah klik pada pautan "Restore". Satu arahan kepastian ditunjukkan dan klik sahaja butang "Restore".

Only local images are allowed.

Tunggu sehingga proses restorasi selesai. Anda akan dimaklumkan proses ini berjaya atau tidak dengan satu paparan mesej.

Only local images are allowed.

Dengan terpaparkan mesej ini, Drupal memberitahu bahawa kita telah berjaya melakukan restorasi pangkalan data secara total untuk laman web berdasarkan kepada fail backup yang dipilih.

Penilaian: 
No votes yet