Tahniah kerana anda sudah mencapai tahap ketiga dalam tutorial pembangunan laman web menggunakan Drupal. Sebagai imbasan terhadap tutorial yang telah anda lalui sebelum ini. Tahap pertama anda mengenali asas kepada Drupal iaitu penggunaan terma-terma seperti "nodes", "content type" dan beberapa contoh lain.

Di tahap kedua, anda mempelajari cara-cara memasang Drupal dan juga mengenali secara dalam sistem administrasi Drupal, fungsi-fungsi serta penggunaannya. Di bahagian ini sebagai pembangunan laman web, ia merupakan asas untuk penetapan sistem laman web dan perlu dikuasai dengan cemerlang. Seterusnya di tahap kedua, kita mempelajari secara total proses kemasukkan kandungan dan beberapa fungsi tambahan yang disediakan oleh Drupal.

Jadi, di tahap ketiga ini, kita akan memasuki ruangan sistem sokongan tambahan kepada fungsi-fungsi asal dan sedia ada pada Drupal iaitu "MODUL".

Pengenalan kepada modul

Modul merupakan set atau pakej aturcara tambahan atau sisipan kepada empulur (core) Drupal bagi membantu dalam menambahkan fungsi baru kepada fungsi yang sedia ada, menjadikan laman web lebih dinamik dan fleksibel berdasarkan kepada tujuan dan misi modul tersebut dihasilkan. Mungkin anda pernah mendengar istilah "plugin", "extension" dan "mambo", tetapi di dalam Drupal ianya dipanggil "Module".

Untuk mendapatkan sebarang modul, anda boleh ke laman rasmi Drupal iaitu di sini: https://www.drupal.org/project/project_module

Bagi setiap modul, anda perlu perhatikan kestabilannya untuk digunakan pada versi Drupal terlebih dahulu.

Modul Drupal 6-8273

Warna hijau menandakan bahawa versi modul tersebut adalah stabil dan boleh digunakan pada laman anda. Warna merah menandakan versi modul tersebut masih lagi dibawah proses penghasilan dan belum stabil. Anda boleh menggunakannya tetapi sebarang risiko perlu ditanggung sendiri. Manakala warna kuning adalah modul tersebut dibawah pengawasan atau sebarang prosesnya digantung terlebih dahulu.

Untuk memuat turun, anda hanya perlu klik pautan "Download" bergantung kepada versi Drupal anda sama ada versi 6 atau 5. Kod versi di Drupal.org membawa maksud tersendiri.

  • 6.x, 5.x - adalah versi Drupal yang boleh digunakan
  • 2.6, 1.6 - ini merupakan versi modul tersebut di dalam setiap versi Drupal yang dikeluarkan.
  • dev - versi modul masih dibawah penghasilan dan masih terdapat ralat (bugs).

Senarai modul untuk Drupal

Jadi dalam tutorial ini, saya tidak berkesempatan untuk menerangkan penggunaan ke semua modul yang ada. Tetapi beberapa modul yang cukup hebat diperlukan untuk satu-satu laman. Jangan risau, hanya berkisarkan modul ini sahaja sudah memadai menjadikan laman begitu profesional dan elegan.

  1. Token.module
  2. Views
  3. Content Construction Kit (CKK)
  4. Panels
  5. Pathauto
  6. XML Sitemap

Ini merupakan senarai awal. Kemungkinan akan berlaku penambahan senarai modul untuk tutorial diperingkat ini.

Penilaian: 
Average: 5 (2 votes)