Setiap keluaran Drupal untuk versi kemas kini akan memperkenal ciri-ciri terbaru. Sekiranya versi Drupal anda jalankan tidak yang terbaru, anda perlu mengemaskini terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang migrasi agar ciri-ciri terbaru yang diterapkan dapat dimuatkan sepenuhnya.

Tentang sistem versi Drupal

Versi major atau versi perubahan terbesar (melibatkan perubahan API dan kod Class) melibatkan sistem penomboran sebelum titik perpuluhan. Dua versi major akan pantau dalam satu masa. Sekarang ianya melibatkan Drupal 5 dan 6 sahaja.

Sokongan Drupal hanya terhad kepada 2 versi yang terbaru sahaja

Di antara keluaran versi major akan terdapat versi kemas kini minor yang melibatkan penambahbaik isu keselamatan dan pembetulan ralat. Kemaskini ke versi terkini akan menutup lubang kelemahan Drupal anda.

Versi untuk kemas kini:

  1. Sekiranya kemaskini untuk versi minor, seperti versi 6.2 kepada 6.14, muat turun versi terbaru (6.14) dan kemas kini terus.
  2. Sekiranya melibatkan versi major, seperti versi 4.6 kepada 6.14, anda perlu kemas kini untuk versi terakhir pada versi major iaitu 4.6 kepada 4.7, seterusnya versi major 5.15. Akhirnya kemas kini kepada versi 6.14.

Rumusan untuk migrasi Drupal

  1. Lakukan salinan sandar (backup) keseluruhan laman dan pangkalan data
  2. Letakkan laman dalam status kemas kini (Administer > Site configuration > Site maintenance)
  3. Muat turun dan kembangkan (extract) versi Drupal yang terbaru
  4. Tukarkan templat anda kepada original (Garland)
  5. Matikan ke semua modul-modul sokongan
  6. Buang semua fail yang berkaitan dengan versi terdahulu. Muat naik ke semua fail yang muat turun.
  7. Lancarkan fail update.php
  8. Muat naik ke semua modul atau templat untuk sokongan versi terbaru
  9. Aktifkan ke semua modul atau templat

Berikut merupakan rumusan untuk proses migrasi ke versi terbaru. Tetapi sebelum itu, kita perlu memastikan bahawa ke semua modul sokongan yang digunakan menyokong untuk versi terbaru iaitu D6.

Penilaian: 
No votes yet