Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, pastikan anda melakukan salinan sandaran (backup) keseluruhan laman termasuk pangkalan data. Walaupun proses kemas kini tidak melibatkan sebarang perubahan pada pangkalan data, tidak ada ruginya anda mempunyai salinan sandar.

Seandainya berlaku ralat yang teruk semasa dan selepas proses kemas kini, maka anda tidak ada peluang untuk mengembalikan laman seperti sedia kala sekiranya langkah ini diabaikan.

Oleh itu, salinan sandar adalah PENTING.

Salinan sandar laman Drupal

Ianya merupakan mandatori sekiranya kita menggunakan sistem pengurusan kandungan. Proses ini boleh secara berjadual atau secara manual.

Salinan sandar melibatkan dua elemen dalam Drupal iaitu:

  1. Keseluruhan fail dalam perumah (hosting) anda iaitu fail-fail Drupal, modul dan templat tambahan serta fail-fail unik seperti gambar dan fail tetapan.
  2. Pangkalan data

Salinan sandar fail-fail Drupal

Proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan fungsi salinan sandar pada panel kawalan perumah pelayan. Sama ada Cpanel atau Directadmin, kedua-duanya menyediakan fungsi ini secara asal. Dapatkan tutorial untuk menggunakannya secara tepat.

Lakukan salinan sandaran (backup)-8047

Lakukan salinan sandaran (backup)-8048

Dengan salinan sandaran ini, akan melakukan salinan keseluruhan fail-fail yang ada pada perumah dan disimpan sama ada di perumah sendiri atau muat turun untuk disimpan dalam komputer anda.

Selain itu, anda boleh juga gunakan perisian FTP seperti Cute FTP atau FileZilla untuk akses secara terus ke dalam perumah. Kemudian muat turun ke semua fail dalam direktori Drupal ke komputer anda secara manual. Saya tidak menggalakkan mengguna kaedah ini memandang terdapat sesetengah fail yang dihalang oleh pihak perumah untuk dimuat turun kerana dilindungi secara ketat.

Fail-fail Sokongan

Salinan sandar adalah "backup" ...

Salinan sandar untuk fail-fail sokongan juga perlu dilakukan. Seperti fail-fail yang melibatkan modul, templat dan direktori yang menjadi stor penyimpanan gambar-gambar, avatar pengguna, ikon dan barang-barang lain. Salinan sandar ini boleh dilakukan sekali setiap bulan. Atau ketika proses migrasi ini dilakukan.

Untuk D4 dan kebawah, lokasi fail-fail sokongan berada di bawah /sites/contoh.com/modules manakala untuk D5 dan ke atas fail-fail ini berada di /sites/all/modules. Perbezaan lokasi ini perlu diberikan penekanan semasa proses migrasi.

Sekiranya anda menjalankan multi-laman pada satu pemasangan Drupal, pastikan setiap kandungan dalam direktori /sites di salin sepenuhnya agar tidak ketinggalan sebarang fail penting. Kerana direktori ini memegang dan menyimpan segala maklumat penting setiap laman.

Salinan sandar pangkalan data

Proses ini boleh dilakukan secara terus dengan menggunakan fungsi salinan sandar pada CPanel atau DirectAdmin seperti dinyatakan di atas. Atau anda boleh lakukan secara berasingan dengan menggunakan perisian yang didatangkan bersama iaitu PHPmyAdmin.

Lakukan salinan sandaran (backup)-8049

Dapatkan tutorial untuk menggunakan PHPmyAdmin dalam melakukan salinan sandaran untuk pangkalan data. Salinan tersebut boleh disimpan terus di perumah atau muat turun ke dalam komputer anda untuk proses pengujian.

Selain itu anda boleh gunakan modul Drupal iaitu "Backup and Migrate". Modul ini menyediakan fungsi untuk melakukan salinan sandaran melalui Drupal tanpa perlu memasuki panel kawalan perumah. Anda boleh menyimpan di perumah atau memuat turun.

Kelebihan modul ini adalah sekiranya anda melakukan proses pengembalian (restore) dari berlainan lokasi perumah (migrasi server ke server ATAU localhost ke live server), ianya akan memasukkan segala maklumat dari salinan sandaran pangkalan data ke dalam pangkalan data secara automatik.

Uji setiap salinan sandaran

Sebelum anda ghairah untuk melalukan proses migrasi, pastikan anda menguji setiap salinan sandaran yang dilakukan terlebih dahulu yang ianya boleh berfungsi.

Lakukan proses ujian ini di komputer anda sama ada untuk fail-fail atau pangkalan data. Ini bagi mengelakkan sebarang pertindihan tetapan yang dilakukan selepas proses salinan dilakukan.

Penilaian: 
5
Average: 4.5 (2 votes)