Sebelum melakukan proses migrasi ini, anda perlu mengenal pasti spesifikasi yang digunakan pada laman sedia ada. Ini bagi membolehkan segala berjalan lancar dan mengurangkan atau tiada sebarang ralat berlaku.

Berikut adalah antara perkara penting yang perlu diambil kira dan diketahui.

Kaji keunikan laman anda

Keunikan melibatkan kandungan, tetapan, penggunaan modul dan templat

Laman Drupal anda adalah unik dan istimewa seperti anda juga. Ianya mempunyai sistem istimewa, kandungan fail yang tertentu dan tetapan tertentu. Sebarang proses kemas kini yang dilakukan sebelum ini perlu dicatat setiap perubahan yang dilakukan.

Kerana sifat fleksibel Drupal dalam menyokong kepelbagaian modul dan tetapan, ralat yang berlaku adalah berlainan untuk setiap laman dan mungkin ianya disebabkan anda terlupa untuk melakukan salah satu langkah dalam proses kemas kini sebelum ini.

Pastikan anda memantau setiap perubahan yang berlaku dan hanya anda yang mengetahui dengan mendalam mengenai keseluruhan aktiviti yang dilakukan pada laman tersebut.

Dapatkan ciri-ciri tambahan yang terbaru (modul)

Drupal didatangkan dengan pelbagai ciri hebat dan laman anda sendiri mempunyai keperluan tersendiri. Anda perlu memastikan setiap modul yang digunakan menyokong peningkatan kepada versi terbaru.

Only local images are allowed.

Seperti contoh di atas, untuk module "Administrator Menu", ianya menyokong setiap versi Drupal dari D4 sehingga D7. Tiada masalah untuk migrasi D4 ke D6 dengan penggunaan modul ini.

Anda perlu mengetahui modul yang digunakan menyokong versi yang akan dikemas kini. Versi modul yang terkini akan dikemas kini secara automatik selepas proses migrasi selesai.

Muat turun versi modul terbaru

Untuk setiap modul yang menyokong versi D6 yang digunakan sebelum ini, muat turunkan kesemuanya dan kembangkan (extract) ke dalam satu fail pelipat (folder). Ini bagi membolehkan kerja-kerja migrasi dilakukan dengan lebih pantas.

Seandainya terdapat modul yang digunakan pada D4/D5 tidak disokong pada D6, cuba dapatkan modul yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Catatkan mana-mana modul yang tidak mempunyai sokongan pada sekeping kertas. Kita akan rujuknya pada peringkat seterusnya nanti.

Periksa versi templat

Jangan lupa untuk memeriksa sokongan templat yang anda gunakan. Sekiranya templat yang digunakan adalah hasil pembinaan secara khas oleh anda sendiri, periksa setiap API dan class yang digunakan dalam templat perlu menyokong D6

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)