Kemas kini vs Naik taraf

Sebelum melakukan mana-mana proses di atas, anda perlu memahami terma dan kedua-dua perkara serta perbezaan antara arahan ini:

  • kemas kini merujuk kepada proses kemas kini sistem pemasangan Drupal anda kepada versi minor yang terkini, contohnya dari versi 6.14 kepada 6.15
  • naik taraf merujuk kepada proses perubahan versi major setiap keluaran, sebagai contoh proses naik taraf/migrasi dari Drupal 5 kepada Drupal 6.

Naik taraf sistem Drupal sedia ada

Proses menaik taraf sistem Drupal yang sedia ada berbeza dari satu sistem ke satu sistem bergantung kepada tahap kompleks dan penggunaan modul-modul pada pemasangan tersebut. Panduan dan bantuan tutorial yang disediakan ini mungkin membantu anda dari segi perancangan dan langkah-langkah yang telah berjaya dilakukan sebelum ini.

Dalam proses untuk melakukan naik taraf, terdapat empat langkah utama yang diguna pakai iaitu: perancangan, persediaan, naik taraf dan percubaan.

Sebelum anda melakukan naik taraf, pastikan anda membaca setiap panduan dan arahan yang dinyatakan dengan teliti. Sebarang persoalan boleh diajukan terus pada ruangan tutorial tersebut.

Naik taraf antara versi yang berlainan

Anda boleh melakukan proses naik taraf antara versi major yang terlalu besar, contohnya naik taraf versi dari Drupal 5 kepada Drupal 7. Tetapi anda perlu melakukan proses naik taraf bermula dengan D5 kepada D6 terlebih dahulu kemudian diikuti dengan D6 kepada D7. Ini kerana setiap keluaran versi major, terdapat perubahan yang besar dari segi struktur pangkalan data, API dan corak pemprosesan data.

Buat salinan pendua laman

Selalu melakukan salinan pendua keseluruhan laman adalah langkah yang paling praktikal dan disarankan. Lakukan salinan pendua untuk

  • seluruh pangkalan data (termasuk struktur dan data)
  • fail-fail "core" Drupal
  • fail-fail sokongan Drupal (modul, theme, fail-fail muat naik)

Langkah ini adalah sangat-sangat disaran dan ditegaskan. Tujuannya untuk mengelak daripada kehilangan data sewaktu proses naik taraf dilakukan dan proses ulangan boleh dilakukan sehingga tiada sebarang ralat dipaparkan.

Selain itu, pastikan anda biasa dan tahu untuk melakukan proses pengembalian (restoration) laman daripada salinan pendua yang telah dibuat sebelum ini. Terdapat ramai pengguna yang tahu untuk melakukan salinan pendua tetapi tidak tahu untuk mengembalikannya.

Penilaian: 
No votes yet