Drupal telah melalui begitu banyak kemas kini dan paling terkini Drupal telah mengeluarkan versinya yang terbaru iaitu versi 7. Namun begitu ianya masih lagi dalam proses penstabilan.

Oleh kerana itu, kepada pengguna yang masih menggunakan Drupal versi lama perlu mengemaskini laman ke versi yang lebih terbaru. Tutorial ini akan menerangkan secara lengkap proses untuk migrasi dari versi D5 ke D6.

Mengapa Drupal 6?

Ketika artikel dan tutorial ini ditulis, D7 masih lagi dalam pantauan dan masih banyak modul-modul yang belum menyokong D7. Dan sokongan untuk D6 masih aktif dilakukan. Jadi D6 belum ketinggalan.

Kekurangan dalam D5 terutamanya API dan kod aturcara yang dibina sebelum ini mengehadkan pihak pembangun modul sokongan. Kebanyakan modul baru yang dikeluarkan berlandaskan kepada D6 dan D7.

Oleh itu, digalakkan kepada semua pengguna D4 dan D5 agar segera mengemas kini laman anda kepada D6.

Proses kemas kini

Terdapat beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam proses migrasi ini iaitu:

  • Versi Drupal yang digunakan adalah terkini
  • Sokongan modul yang digunakan sekarang untuk D6
  • Sokongan templat untuk D6

Segala keperluan di atas perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum proses migrasi ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang ralat dan kehilangan data selepas proses selesai dilakukan.

Laman di "live server"

Proses migrasi ini boleh dilakukan terus di "live server" tanpa sebarang masalah. Sekiranya anda masih baru dalam Drupal dan tidak yakin, digalakkan untuk memindahkan atau memuat turun semua laman ke dalam komputer terlebih dahulu.

"Live server" adalah ruangan yang berada di internet, "Localhost" merujuk kepada pengurusan yang masih di komputer pengguna

Aktifkan laman secara "localhost" dan lakukan proses migrasi ini. Setelah selesai, muat naik segala laman dan lakukan proses cubaan untuk laman tersebut.

Namun begitu, tutorial migrasi ini akan disampaikan dengan teliti dan fokus yang diberikan membolehkan anda melakukan proses ini secara selamat tanpa kehilangan sebarang data di "live server".

Jadi, kita akan teruskan dengan memenuhi beberapa kriteria yang diperlukan terlebih dahulu sebelum proses migrasi dilakukan.

Penilaian: 
5
Average: 4.5 (2 votes)