Drupal 4.7.3 vs Joomla 1.0.10



Artikel dipetik dari: Blog Dries Buytaert



Spesifikasi server:



  • Pentium IV 3Ghz, 2MB RAM, Gentoo Linux

  • Apache 2.0.55

  • PHP 4.4.2

  • MySQL 4.1.4

  • Drupal 4.7.3 Stable

  • Joomla 1.0.10 Stable


Kedua-dua CMS tersebut dipasang pada server yang mempunyai spesifikasi yang sama and paparan, saiz laman dan modul atau extension yang hampir menyamai antara satu sama lain. Apa yang dilakukan adalah kedua-duanya mempunyai blok "Who's online", dua pautan utama dimasukkan dibahagian atas, modul Carian, "hit counter" dihidupkan dan mempunyai teks pada bahagian bawah yang hampir sama. Kedua-dua laman web tersebut kelihatan seperti ini:




Only local images are allowed.



Drupal


Only local images are allowed.



Joomla


Apache ab2 digunakan untuk mengira bilangan permintaan per saat penyediaan untuk kedua-dua sistem. Setiap laman dijalankan proses permintaan sebanyak 1000 dengan perkadaran 5. Bagi memastikan kedua-duanya mempunyai kesan "gzip enable", fungsi ini dihidupkan melalui aturcara Linux dan setiap proses dipantau menggunakan Jmeter.



Nota: ab2 tidak mengambil kira proses permintaan sebarang gambar dan CSS sebaliknya hanya melibatkan pemprosesan penghasilan dokumen HTML secara dinamik.



Keputusan



Permintaan per saat



Only local images are allowed.



Apabila "cache" dimatikan, Joomla mampu untuk menyediakan 19 laman per saat, manakala Drupal hanya mampu menyediakan 13 laman per saat. Oleh itu, Joomla adalah 44% lebih pantas berbanding Drupal.



Apabila "cache" dihidupkan, Joomla mampu menyediakan 21 laman per saat, manakala Drupal mampu menyediakan 67 laman per saat. Keputusannya, Drupal adalah 214% lebih pantas berbanding Joomla dengan "cache" dihidupkan. Dengan erti kata lain, sistem "caching" Joomla hanya mampu meningkatkan potensinya sebanyak 12% manakal Drupal potensinya meningkat sebanyak 408%.



Perlu diingatkan bahawa sistem "cache" Drupal hanya berfungsi kepada pengguna yang tidak berdaftar (anynomous) sahaja. Sekali pengguna tersebut log masuk, sistem cache Drupal akan secara automatisnya dimatikan dan secara praktikalnya, Drupal tidaklah sepantas 214% daripada Joomla. Ianya juga bergantung kepada bilangan tetamu melawan pengguna berdaftar, berapa kali "cache" Drupal dibersihkan.



Akhir sekali, fungsi "gzip" dihidupkan dan keputusan Drupal mempunyai potensi yang lebih pantas dan ringan berbanding kandungan laman yang tidak dimampatkan. Manakala Joomla mengalami sedikit kemerosotan dari segi potensinya. Sebab utama Drupal semakin pantas adalah kerana Drupal menyimpan sebarang laman "cache" dalam bentuk mampatan, dan hanya akan meleraikan mampatan sekiranya server tidak menyokong "gzip". Sekiranya server menyokong "gzip", maka laman "cache" akan terus dipaparkan.



Saiz dokumen



Only local images are allowed.



Graf ini memberikan gambaran kesan saiz dokumen terhadap masa untuk memuat turun dokumen dan seterusnya penggunaan jalur lebar (bandwidth). Drupal sentiasa menggunakan fungsi mampatan dalam setiap proses penghasilan dokumen. Manakala Joomla, tidak menggunakan fungsi ini melainkan sekiranya "gzip" dihidupkan.



Drupal 6.1 vs Joomla 1.5



Artikel dipetik dari: All Drupal Themes



Perbandingan seterusnya dilakukan antara Drupal 6.1 dengan Joomla 1.5, antara versi terkini dan yang paling stabil.



Spesifikasi server:



  • Acer Aspire 7720G I

  • Intel Core 2 Duo T5250 with Santa Rosa chipset (1.5Ghz 667Mhz FSB 2MB L2 cache, 2GB DDR2 RAM)

  • XAMPP with Zend Optimizer disable

  • No opcode caching enable

  • MySQL query caching enable with default settings

  • Windows Vista running classic theme

  • Drupal 6.1 Stable release

  • Joomla 1.5 Stable release

  • Jmeter

  • Apache bechmark


Ujian masa pembukaan laman



Proses ujian: 1 pengguna, 1000 permintaan, Jmeter akan dijalankan sepantas yang mungkin



Dalam ujian ini, dua perkara penting yang dinilai iaitu "pageload" dan "latency". Pageload adalah masa yang diambil sebelum kesemua objek atau elemen dibuka atau selesai diproses dan bersedia untuk digunakan. Manakala latency adalah masa di mana server mula menghantar maklumat ke pelayar (browser) untuk memaparkan laman web kepada pengguna.



Lebih kecil nilai "pageload" atau "latency", lebih pantas sistem menguruskan satu-satu kandungan untuk dipaparkan kepada pengguna.



Ujian ini dibahagikan kepada dua peringkat dan setiap peringkat fungsi "cache" akan dihidupkan dan dimatikan untuk melihat perbezaannya.



  • Peringkat pertama: Drupal dan Joomla dipasang secara asal dan hanya satu artikel sahaja dimuatkan.

  • Peringkat kedua: Lebih menepati keadaan atau situasi untuk laman web yang sebenar. Kedua-duanya dimuatkan 11 nodes/artikel, dipaparkan pada muka depan dengan hanya 10 paparan supaya muncul fungsi "pagination".


Bagi memastikan bahawa kedua-dua CMS ini mempunyai spesifikasi pembinaan yang sama:



  • Drupal dipasang secara asal, satu artikel dihasilkan dan panjangnya sebanyak 15 paragraph, kemudian ditempatkan di bahagian laman utama sehingga muncul "teaser". Dibahagian blok dihidupkan 1 modul sahaja iaitu "Search" memandangkan modul "Login" pada Joomla pada asalnya dimatikan.

  • Ujian "cache" dihidupkan, Drupal ditetapkan seperti ini:

    • Caching mode: normal

    • Page compression: dihidupkan

    • Block cache: dihidupkan

    • Optimize CSS: dihidupkan

    • Optimize JS: dihidupkan

  • Joomla dipasang secara asal tanpa sampel data, satu artikel dihasilkan dan panjang serta kandungan sama seperti Drupal, ditempatkan di laman utama dengan fungsi "Readmore" dihidupkan supaya menyamai fungsi "teaser" Drupal. Modul "Search" dihidupkan tanpa modul "Login"

  • Ujian "cache" dihidupkan, Joomla ditetapkan seperti ini:

    • Gzip compression: dihidupkan

    • Cache: dihidupkan


Perbandingan dilakukan dan semua maklumat direkod. Kemudian perbandingan seterusnya dilakukan, tetapi sebleum itu kedua-duanya CMS di"refresh" beberapa kali supaya ke semua maklumat akan dimasukkan ke dalam fungsi "cache" masing-masing.



Keputusan



Nilai keputusan ini dikira dalam perkiraan statistik menggunakan medium dan bukan purata memandangkan purata adalah lebih sensitive untuk nilaian diluar jangkaan.



Only local images are allowed.



Only local images are allowed.



Only local images are allowed.



Konklusi



  • Drupal adalah sedikit lebih pantas berbanding Joomla dalam keempat-empat jenis ujian yang dilakukan

  • Drupal mengurangkan masa untuk "pageload" sebanyak 74% apabila fungsi "cache" dihidupkan pada pemasangan asal dan pengurangan sebanyak 86% dengan penambahan isi kandungan

  • Joomla mengurangkan masa untuk "pageload" sebanyak 23% apabila fungsi "cache" dihidupkan pada pemasangan asal dan pengurangan sebanyak 20% dengan isi kandungan
Artikel: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.5 (2 votes)

Komen

Rawnish's picture

Bagi saya, paparan Drupal website ini memang menarik. Semasa mula-mula nak buat website dulu, saya dah cuba gunakan Drupal. Pada masa itu saya install 5 sistem berlainan serentak ke dalam domain, "phpnuke, phpfusion, geeklog, drupal dan joomla1.0". Saya dapati Drupal dan Joomla sama-sama cantik dan mempunyai banyak template yang superb. Namun dari segi pengeditan saya lebih selesa dengan Joomla. Ia lebih mudah berbanding Drupal (pada saya). Saya sekarang menggunakan Joomla 1.0 untuk website saya.

parasolx's picture
Admin

Tidak dinafikan sambutan penggunaan Joomla lebih tinggi berbanding Drupal kerana pendedahan dan tutorial yang begitu banyak di dalam internet. Jika dibandingkan dengan Drupal, hanya beberapa laman web sahaja yang menyediakan tutorial dan juga tidak sepenuhnya. Walaupun laman2 web antarabangsa. Kami berharap dengan wujudnya komuniti KS ini, dapat memberikan pendedahan yang jelas tentang penggunaan Drupal yang hakikatnya terlalu senang dan mudah sekali.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

rahim17's picture

saya budak baru belajar.macam mana saya nak publish joomla yang saya buat??adakah saya perlu beli hosting atau ada cara lain.yang free ke.

dark's picture

salam,

aku tak taw nak royat gapo. sekarang masih guna joomla. tapi dah jumpa KS. rasa nak cuba drupal plak. nampak cantik kemas. cuma prestasi drupal tak taw lagi.

dah siap install cuma nak edit jer.

------

KEEP IT SIMPLE, STUPID!!!

rahim17's picture

saya budak baru belajar.macam mana saya nak publish joomla yang saya buat??adakah saya perlu beli hosting atau ada cara lain.yang free ke.

johnburn's picture

awk ade beberapa plhan. awk bleh sewa hosting berbayar atau bleh menggunakn mana-mana free hosting yg support php. awk jgak bleh jdkn pc awk sbgai server dan sesiapa yg mempunyai akses internet bleh mencapainya. sy mngkn akan menulis tutorial mengenainya nt, insyaAllah
kl awk just nk cuba, sy cdangkan awk cari hosting free seperti freehostia dahulu sebagai permulaan
untuk cara memindahkn file joomla dr pc ke live server, bleh rjuk sini:
http://www.kripkornstudios.com.my/kompleks/joomla/localhost-kepada-livesite

rahim17's picture

Dalam tutorial cara-cara untuk memindahkan Joomla anda dari Localhost ke Live Server langkah yanh ke-5. Bagaimana saya nk capai CPanel bagi laman web.?? Contoh yg di beri ialah www.lamanwebsaya.com/cpanel.

johnburn's picture

firstly nk bgtau tutorial tu disediakan oleh paraloxs, bkn saya
tp apa2 pn sy cuba jwb. cPanel ni merupakan perisian untuk menguruskan laman web yg disediakan oleh phak hosting. Kena pastikan dlu hosting yg anda gunakan tu menyediakan cPanel atau x sbb xsemua hosting mnyediakan cPanel. Kl bleh, sila bagitau kat mana anda nk hostkn site tu untuk sy bntu dgn lbh lanjut. sy rasa lg elok kl anda buka satu topik di forum untuk bertanya bg memudhkan pertanyaan anda dijawab

indra's picture

Joomla and drupal sama" elok. tergantung pemakai juga.