Memang betul mitos itu diguna pakai pada bateri jenis Nickle terdahulu tetapi tidak lagi untuk generasi bateri zaman sekarang yang lebih moden menggunakan Lithium. Jadi aktiviti mengecas penuh dan menyahcas habis tidak membawa sebarang keuntungan, sebaliknya memberi kesan lebih teruk.

Bateri berteknologi moden sekarang boleh dicas tidak mengira berapa peratus jumlah tenaga yang masih tersimpan dan langsung tidak memberi kesan negatif kepada tahap prestasinya.

Perlu tanggalkan bateri sewaktu laptop disambung kepada plug?

Rasanya ramai pengguna laptop diluar sana yang ingin mengetahui jawapannya sekarang;
Jawapannya: YA dan TIDAK, bergantung kepada situasi dan keadaan.

Sekiranya bateri telah dicas sepenuhnya dan laptop disambung kepada plug tenaga, langsung tidak mendatangkan kemudaratan kepada bateri. Ini disebabkan selepas bateri mencapai simpanan tenaga 100%, tenaga elektrik serta merta dihentikan aliran kepadanya. Dan satu lencongan tenaga diaktifkan untuk laptop menggunakan tenaga terus daripada sistem plug.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan membiarkan bateri berada di dalam soketnya ketika laptop disambungkan kepada plug kerana ianya akan terdedah kepada kesan haba yang tinggi berpunca daripada peranti dalaman laptop.

[title]-[filefield-fid]

Jadi:
  • dalam situasi penggunaan biasa (normal), sekiranya laptop tidak terlalu panas (CPU dan cakera keras bersuhu sekitar 40oC hingga 50oC) bateri boleh dibiarkan di dalam soket
  • dalam situasi penggunaan intensif yang menghasilkan haba yang banyak seperti bermain permainan (suhu lebih 60oC) bateri haruslah ditanggalkan daripada soketnya untuk mengelak dedahan terhadap haba.

Hakikatnya, haba merupakan musuh utama kepada bateri jenis Lithium yang bercas penuh dan laptop disambungkan kepada plug tenaga.

Nyahcas bateri

Melakukan nyahcas secara penuh (sehingga komputer ditutup sepenuhnya, 0%) sepatutnya dielak kerana ia akan memberi tekanan yang banyak dan merosakkan bateri. Disarankan melakukan nyahcas bateri pada tahap separa kandungan tenaga (sekitar 20% ~ 30%) dan kerap mengecas berbanding nyahcas penuh dan diikuti cas penuh.

Bateri pada laptop mempunyai tanda aras yang memberitahu ukuran tepat jumlah tenaga yang masih tersimpan. walau bagaimanapun, berkadaran kepada masa akibat kitaran cas/nyahcas sensor menjadi kurang peka dan tepat.

[title]-[filefield-fid]

Sesetengah laptop dilengkapi dengan alatan untuk menentukur semula tanda aras dalam BIOS. Jadi untuk menentukur semula tanda aras ini, dalam setiap 30 kitaran nyahcas, satu kitaran nyahcas penuh tanpa henti kemudian diikuti dengan cas penuh tanpa henti perlu dilakukan.

Tanda aras yang tidak tepat

Ketidaktepatan penanda aras ini menyumbang kepada pengiraan jumlah kapasiti bateri yang salah. Bateri berkemungkinan melaporkan masih terdapat 10% kapasiti tenaga yang ada sebaliknya nilai yang lebih rendah pada hakikatnya. Keadaan ini menyebabkan komputer ditutup secara tiba-tiba.

[title]-[filefield-fid]

Kitaran nyahcas (atau cas) ditakrifkan penggunaan 100% kapasiti bateri tetapi tidak semestinya dalam satu tempoh sekaligus. Sebagai contoh, anda mungkin menggunakan komputer untuk beberapa ketika dalam satu hari dan separuh kapasiti telah digunakan. Kemudian anda mengecasnya kembali. Sekiranya perkara ini diulang pada keesokkan harinya, ianya dikira satu kitaran nyahcas dan bukan dua. Kemungkinan kitaran untuk nyahcas mengambil masa beberapa hari untuk lengkap menjadi satu kitaran.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)