Berikut adalah beberapa tip untuk menjadi seorang pakar komputer. Anda perlulah mengikut turutan satu demi satu.

  1. Belajar apa itu perkakasan (hardware)
  2. Belajar apa itu perisian (software)
  3. Belajar tentang spesifikasi komputer -- Setiap perisian dan komputer mempunyai spesifikasi yang berbeza, contohnya, untuk menggunakan Word, Access dan sebagainya.
  4. Belajar melayari komputer anda -- Cuba belajar melayari komputer anda tanpa bantuan explorer. contohnya belajar cara penggunaan DOS command seperti.
    cd
    mkdir
    dir
    del
  5. Belajar menulis tanpa melihat papan kekunci
  6. Bertanya -- Banyakkan bertanya dan melayari laman web yang memberi manafaat kepada anda. Belajar cara menggunakan google.com dengan betul.
  7. Belajar bahasa pengaturcaraan -- Cuba belajar bahasa pengaturcaraan yang simple seperti C dan seterusnya kepada C++. HTML dan CSS tidak dikira sebagai bahasa pengaturcaraan tetapi pengetahuan dalam HTML dan CSS dapat menolong anda memahami bagaimana sesebuah website dibangunkan. Selepas itu tingkatkan kemahiran anda dengan mempelajari XHTML dan XML.
  8. Belajar membaiki -- Anda seharusnya tahu bagaimana untuk membaiki komputer anda sendiri jika rosak. Mulakan dengan belajar memformat dan membaik pulih sistem komputer anda. Pengetahuna dalam registry khususnya untuk pengguna windows amatlah membantu anda.
  9. Menolong orang lain -- Selalu menghulurkan idea dan pengetahuan anda untuk membantu orang-orang yang mengalami masalah. Semasa proses menolong, anda tentunya akan mempelajari sesuatu yang baru. Jangan mengharapkan sebarang sumbangan diatas pertolongan anda,ini akan membuatkan anda merasa malas untuk membantu.
  10. Belajar mengatasi virus dan spyware -- Belajar mengenai antivirus dan spyware serta kelemahan-kelemahan perisian untuk menbanteras virus dan spyware. Kebanyakan virus dan spyware boleh dibendung jika anda tahu menggunakan internet dengan sewajarnya.
  11. Gunakan firewall -- Dalam proses pembelajaran, anda mungkin memerlukan firewall untuk melindungi maklumat-maklumat anda. Dapatkan perisian firewall yang percuma. Disamping itu, dalam bahagian ini anda akan mempelajari apa itu Port-Forward.
  12. Gunakan Open Source -- Jika boleh gunakan perisian-perisian open source seperti Linux dan BSD. ini akan meningkatkan kemahiran anda. Open source adalah percuma dan anda boleh mengubah suai kod-kod tersebut mengikut kehendak anda. Bagaimanapun sila patuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam GNU license.
  13. Gunakan Shortcut
  14. Mengetahui bagaimana internet berfungsi
  15. Belajar membuat perkara yang mudah
  16. Daftar di forum yang memberi info kepada anda
Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (4 votes)