Anda tidak dapat masuk ke dalam akaun Windows anda? Lupa kata laluan atau "password" anda? Jangan bimbang, langkah-langkah di bawah adalah untuk membuang kata laluan yang telah disetkan pada Windows XP anda.

Bahan yang diperlukan:

1. Sekeping CD pemasangan Windows XP

Langkah-langkah

  1. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan mulakan semula komputer anda. (Pastikan CD anda adalah bootable dan anda perlu pastikan bios anda disetkan untuk boot daripada CD.)
  2. Perhatikan pada screen anda dan tekan mana-mana key apabila paparan "Press any key to boot from cd"
  3. Tunggu sehingga Windows Setup selesai dan tekan Enter untuk masuk ke Setup Windows.
  4. Tekan F8 untuk The Licensing Agreement.
  5. Seterusnya Windows Setup akan menanyakan sama ada anda ingin 'repair' windows anda atau tidak. Tekan R untuk memulakan 'Repair process'.
  6. Tunggu sehingga process repair selesai. Biasanya mengambil beberapa minit.
  7. Reboot komputer anda, biasanya reboot akan dilakukan secara automatik selepas 15 saat.
  8. Semasa reboot jangan tekan sebarang kekunci semasa perkataan "Press any key...".
  9. Perhatikan screen pada bawah kiri anda, semasa perkataan 'Installing Devices' tekan SHIFT + 10. Satu konsole. (Konsole ini berupaya merosakkan seluruh sistem windows anda)
  10. Pada konsole tersebut, tuliskan NUSRMGR.CPL dan tekan enter. Paparan untuk User Account dalam bentuk grafik akan dipaparkan seperti dalam Control Panel.
  11. Sekarang pilih account anda dan anda boleh membuang password atau mengubah kepada password lain. Selepas itu, exit konsole dan teruskan 'repair process'. (pastikan anda mempunyai CD-Key)
  12. Apabila proses membaik pulih selesai, anda boleh cuba log masuk menggunakan kata laluan yang telah anda masukkan.
Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)