Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara untuk melakukan nyahcas secara penuh bagi kes bateri laptop yang telah melalui 30 kitaran nyahcas.

Berikut adalah langkah-langkah terbaik untuk melakukan nyahcas (100% kepada 5%):

  1. Cas sepenuhnya bateri laptop sehingga mencapai kapasiti 100%
  2. Biarkan bateri berehat untuk sekitar 2 jam selepas selesai proses cas bagi membiarkan ianya sejuk sedikit semasa proses cas dilakukan. Pada ketika ini komputer boleh digunakan seperti biasa
  3. Putuskan plug tenaga dan biarkan komputer anda berhibernasi apabila kapasiti bateri mencapai satu nilai yang telah ditetapkan. Perhatikan langkah-langkah penyediaan pengesetan ini seperti dalam gambar di bawah:
    [title]-[filefield-fid]
  4. Biarkan komputer menjalankan proses nyahcas, tanpa henti (cas semula) sehinggalah ianya berhibernasi sendiri. Komputer masih boleh digunakan sepenuhnya.
    [title]-[filefield-fid]
    [title]-[filefield-fid]
    [title]-[filefield-fid]
    [title]-[filefield-fid]
  5. Apabila komputer telah dipadamkan secara automatik, biarkan sekurang-kurangnya 5 jam atau lebih
  6. Pasang plug tenaga semula kepada laptop dan biarkan proses pengecasan dijalankan secara berterusan sehingga kapasiti tenaga menjadi 100% semula. Anda boleh menggunakan komputer seperti biasa sewaktu proses ini dijalankan.

Selepas proses menentukur selesai dijalankan, selalunya penunjuk memaparkan kapasati yang lebih tinggi daripada nilai sebenar. Ini adalah biasa disebabkan nilai yang dilaporkan adalah lebih tepat, kapasiti tenaga yang disimpan sebelum ini akan memegang tenaga yang lebih untuk seketika.

Bateri jenis ion Lithium mempunyai had jumlah kitaran nyahcas (selalunya sekitar 200 hingga 300 kitaran) dalam hayatnya dan kapasiti akan berkurangan berdasarkan kepada garis masa.

Tidak perlu beranggapan jumlah kapasiti yang diperoleh lebih tinggi selepas proses menentukur selesai dijalankan adalah tidak baik. Ianya salah sama sekali kerana aktiviti menentukur dibuat supaya laporan yang dibuat oleh sistem adalah nilai kapasiti yang sebenar mampu ditanggung oleh bateri. Ini juga bagi mengelak kejadian yang tidak diduga seperti komputer padam secara tiba-tiba pada kapasiti tenaga 30%.

Penyimpanan bateri untuk tempoh panjang

Dalam proses penyimpanan bateri bagi jangka masa yang panjang, jumlah kapasiti yang paling ideal ditinggalkan adalah sebanyak 40%. Ianya perlu disimpan di tempat yang selesa dan seberapa kering yang boleh. Simpanan dalam peti sejuk juga boleh dilakukan (0oC - 10oC) dengan memastikan bekas simpanan adalah kedap kelembapan. Musuh utama kepada bateri adalah haba dan tabiat mendedahkan laptop kepada situasi panas terik atau tinggal di dalam kereta adalah langkah untuk membunuh baterinya.

Menukar dan menggantikan bateri yang baru

Seandainya anda terpaksa membuat tempahan bagi menggantikan bateri yang lama, disarankan untuk memastikan bateri yang sedia ada betul-betul tidak berfungsi dan sudah berdegradasi. Jika masih belum, bateri yang tidak digunakan walaupun masih baru akan mengalami proses degradasi secara tidak langsung.

Sekiranya anda mempunyai bateri pendua dan bercadang untuk tidak menggunakannya dalam tempoh masa yang panjang, kaedah penyimpanan yang diterangkan di atas adalah disarankan. Tambahan, periksa tarikh pengilangan bateri baru sewaktu proses pembelian dijalankan.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (2 votes)