Dalam versi yang terbaru ini, Windows 8 memerlukan kita untuk log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan sebelum memasuki sepenuhnya sistem operasi. Oleh itu, bagi pengguna persendirian yang hanya terdiri satu akaun sahaja, proses ini agak mengganggu kerana terpaksa log masuk setiap kali komputer dan sistem dihidupkan.

Jadi adalah lebih baik sekiranya kita langkau bahagian ini supaya setiap kali sistem dihidupkan, ianya terus membawa kita ke bahagian sistem. Walau bagaimanapun, konfigurasi ini adalah tidak sesuai diamalkan pada komputer yang menggunakan berbilang akaun.

Windows 8 masih mengekalkan fungsi dan konfigurasi yang hampir sama pada Windows 7. Dengan erti kata lain kita berupaya untuk menggunakan kaedah yang sama pada sistem ini. Ikuti langkah-langkah berikut:

#1 Log masuk Windows 8

Terlebih dahulu, log masuk ke dalam sistem Windows 8 seperti biasa dengan menggunakan akaun utama (administrator account). Kita akan dibawa ke paparan Metro utama iaitu Start Home.

Tekan kekunci Start button (Start) + F*] untuk membuka aplikasi carian. Taipkan [*netplwiz. Pilih kategori Apps dan tekan Enter.

Kemudian tetingkap User Accounts akan dibuka pada bahagian Desktop.

Kita dapat melihat semua senarai akaun yang wujud dalam Windows 8 seperti di bawah:

[title]-[filefield-fid]

#2 Konfigurasi kaedah log masuk

Perhatikan pada tetingkap tersebut dan cari kekotak "Users must enter a username and password to use this computer". Buang tandaan untuk kekotak tersebut. Kemudian klik butang OK.

Sistem akan memaparkan satu tetingkap baru bagi mengesahkan tindakan ini.

[title]-[filefield-fid]

Masukkan nama pengguna dan kata laluan serta pengesahan kata laluan pada tetingkap tersebut. Selepas butang OK diklik, Windows 8 akan menyimpan maklumat ini dan tidak akan memohon semula setiap kali sistem dihidupkan.

Selepas selesai, hidupkan semula sistem (reboot) untuk melihat sama ada proses ini berjaya atau tidak. Sekiranya tidak berjaya, bermakna terdapat kesalahan dari segi maklumat yang dimasukkan di bahagian ini sama ada nama pengguna atau kata laluan.

Ulangi langkah #1 dengan kembali ke bahagian User Accounts dan buat semula.

Perhatian: Langkah ini akan membenarkan sesiapa sahaja log masuk ke dalam akaun anda tanpa sebarang tapisan keselamatan. Disebabkan itu kaedah ini tidak sesuai untuk berbilang akaun.

Artikel: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 4 (1 vote)