Kebiasaanya apabila kita memasang sebarang aplikasi baru, Windows XP biasanya akan memilih C:\Program Files sebagai lokasi asal tempat pemasangan aplikasi.

Walau bagaimana pun, mungkin satu masa nanti cakera keras anda penuh dan memerlukan anda untuk  menukar lokasi asal pemasangan ini. Ia boleh dilakukan melalui Regedit.

Langkah-langkah:

  1. Start Run dan taip regedit
  2. Pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
  3. Cari value yang bernama ProgramFilesDir, pada asalnya value ini adalah C:\Program Files.
  4. Ubahkan value ini kepada lokasi baru yang anda inginkan.
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)