Namun seringkali berlaku masalah dalam jaringan ini di mana sesetengah komputer tidak dapat melihat fail pelipat yang dikongsi (sharing folder) dan berbagai lagi permasalahan. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan dalam menyediakan network dan beberapa permasalahan yang sering kali timbul.



Sharing folders and printer



Pertama sekali pastikan anda mengikut segala langkah dalam menyediakan jaringan untuk kemasukan komputer baru.



  1. Start Control Panel Network setup wizard

  2. "Welcome to the Network Setup Wizard", klik Next

  3. "Before you continue", klik Next.

  4. "The wizard found disconnected network hardware", jika keluar ralat ini, klik sahaja Next

  5. "Select a connection method", pilihan pertama jika network tersebut mempunyai router untuk sambungan internet. pilihan kedua sekiranya komputer anda menggunakan komputer yang lain untuk sambungan internet.

  6. Bergantung kepada pemilihan sebelum ini, anda akan diminta untuk memilih maklumat yang diperlukan untuk sambungan kepada internet.

  7. Sekarang, masukkan ID komputer anda. Boleh masukkan sebarang nama. Masukkan juga ruangan untuk nama singkatan komputer anda. Pastikan namanya pendek untuk memudahkan pengenalan dari komputer lain

  8. Akhirnya, anda perlu masukkan nama "workgroup" anda. Ruangan ini akan diisi dengan nilaian asal iaitu MSHOME. Ini adalah penting: pastikan nama workgroup ini (case sensitive) sama pada semua komputer yang ingin dihubungkan secara jaringan. Jika tidak masalah tidak terpapar komputer tersebut akan berlaku.

  9. Soalan terakhir yang akan dipaparkan adalah "You want to turn sharing on or off". Pastikan anda hidupkan dengan menjawab YES. Jika tidak tiada sebarang perkongsian akan dapat dilakukan.

  10. Sesi pengesahan pula akan muncul. Klik Next

  11. Tunggu sehingga proses ini selesai

  12. Kemudian klik "Just finish the wizard".

  13. Klik “Finish”.


Maka selesailah penetapan network untuk satu komputer. Untuk menambahkan komputer dalam network tersebut, ulangi proses yang sama pada komputer yang lain.



Masalah pencetak dengan Sharing Folder tidak dipaparkan



  1. Pastikan tiada sebarang Firewall yang menghalang sharing.

  2. Perisian seperti Limewire atau Torrent kemungkinan besar menjadi penghalang.

  3. Pastikan "service server" dihidupkan. Start  Control Panel Administrative Tools  Services. Cari "Server" dan klik "start".
    Only local images are allowed.

  4. Jika anda menggunakan Windows XP SP3, sila rujuk kepada artikel ini: https://support2.microsoft.com/kb/897103/en-us?FR=1&PA=1&SD=HSCH
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)