Setiap pengguna Windows pada hari ini sering kali menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk meningkatkan tahap kelajuan sistem masing-masing. Dalam artikel kali ini sebelum ini saya menerangkan dengan lengkap tentang kaedah untuk meningkatkan kelajuan Windows 7 secara keseluruhan (Panduan terunggul mempertingkatkan kelajuan Windows 7).

Dalam artikel kali ini, saya memperkenalkan satu penambahbaikkan terhadap sistem Registry Windows 7 yang SELAMAT diaplikasikan bagi meningkatkan tahap kelajuan dan pestasinya. Sebelum ini, kita lihat tindakan dan modifikasi yang akan dilakukan pada Registry.

  • Program-program yang beku atau tergantung akan dipadamkan dengan lebih pantas. Secara automatik program tersebut akan ditamatkan sekiranya tiada respon dalam tempoh yang lama daripada kebiasaan.
  • Menu dipaparkan dengan lebih pantas. Sekiranya petunjuk tetikus digerakkan pada mana-mana menu, sub menu akan dipaparkan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.
  • Pilihan "Take Ownership" akan dipaparkan dengan klik kanan pada fail atau folder. Ini memudahkan anda untuk melakukan sebarang modifikasi terhadap sistem fail.
    Only local images are allowed.
  • Menetapkan Windows untuk tidak melakukan carian secara automatik untuk mana-mana "shortcut" atau program yang sudah tidak wujud.
  • Menambah "Copy To" dan "Move To" pada menu pilihan klik kanan. Ini membenarkan proses salinan dan pindahan fail dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan.
    Only local images are allowed.
  • Bukaan tetingkap terus kepada "Files list" sekiranya pilihan "Open with" dipilih.
  • Meningkatkan kelajuan dalam Windows Explorer menerusi pembatalan servis carian untuk rangkaian pencetak dan tugas berjadual (scheduled task) dalam rangkaian.
  • Mematikan notifikasi "low disk spaces" pada sistem tray.

Muat turun "Registry Tweak for Windows 7" pada lampiran.

Muat turun dan buka fail tersebut dengan aplikasi Winrar atau Winzip. Kemudian klik berganda fail "Registry Tweaks for Windows 7.reg". Klik OK.

Mulakan semula sistem Windows 7 (reboot) supaya modifikasi yang dibuat diterima dan diguna pakai. Perhatikan peningkatan sedikit kelajuan yang diperoleh dengan modifikasi ini.

Aplikasi untuk membaiki sistem Registry

Selain itu, kadang kala semasa pemasangan dan pembuangan program yang dipasang pada Windows 7, akan meninggalkan jejak kesan pendaftaran yang tidak dibuang sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan Windows beroperasi dengan lebih perlahan akibat terpaksa membaca data dan maklumat yang tidak wujud dan tidak perlu.

Oleh itu dengan membaiki keseluruhan sistem Registry ini membenarkan Windows beroperasi dengan lebih sempurna dan pantas. Terdapat banyak aplikasi yang dikeluarkan bagi menjalankan operasi ini.

Namun begitu saya sarankan untuk menggunakan Wise Registry Cleaner 7 yang ternyata lebih ringan, kecil dan tidak terlalu kompleks. Ini kerana sesetengah perisian yang dihasilkan kadang kala terlalu "berat" untuk dilaksanakan selain menghasilkan kesan pembaikpulihan yang melampau menjadikan Windows bertambah perlahan.

Only local images are allowed.

Apa yang menarik perisian ini adalah percuma. Muat turun Wise Registry Cleaner sekarang.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (3 votes)
File attachments: