Jika anda sudah memahami HTML, dan anda ingin mula belajar menggunakan PHP, apa yang anda perlu ialah mempunyai sebuah server sendiri untuk memproses fail-fail PHP anda, berikut adalah teknik yang paling mudah untuk membuat server PHP.

Saya akan mengajar anda menggunakan perisian yang lengkap dengan PHP, Apache dan MySql, bagaimana pun anda boleh menginstall satu persatu perisian ini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat server PHP.

1. Kunjungi http://www.wampserver.com/en/ dan downlad wamp server yang terbaru.

2. Klik perisian yang sudah didownload itu, ini adalah paparan antaramuka bagi wamp server version 2 semasa artikel ini ditulis.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

3. Klik Next.

4. Klik Accept the Agreement

5. Langkah ini adalah penting kerana di sinilah lokasi bagi server anda di install. Saya membuat satu folder baru yang dinamakan Server dan disimpan di dalam cakera keras saya yang mempunyai nama H:.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

6. Klik Next dan Next, dan seterusnya Klik Install.

7. Selepas selesai anda menginstall perisian tersebut. Anda bolehlah mencuba untuk memulakan perisian tersebut dengan mengklik icon wamp di desktop anda, Jika tidak terdapat icon di situ, anda boleh memulakannya dengan

Start All Program Wamp Server start Wamp Server.

8. Perhatikan icon disudut bawah sebelah kanan bawah anda, iaitu yang berhampiran dengan jam anda, terdapat satu icon baru muncul, seperti berikut :

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

9 Tunggu sehingga icon tersebut berubah menjadi kesemuanya warna putih seperti berikut:

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

10. Jika berwarna putih itu menandakan server anda telah sedia untuk digunakan, anda boleh mencuba dengan membuatkan web browser anda dan menaip http://localhost. Jika anda mendapat paparan berikut, bererti anda telah berjaya.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

11. Sebarang fail yang berkaitan dengan website anda mestila di simpan dalam folder di mana wamp server di install.

12. Cara untuk mencapai folder tersebut adalah dengan mengklik icon wamp pada bucu kanan bawah dan pilih www directory

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

13. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh anda postkan di ruangan forum. Sekian.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.7 (3 votes)

Komen

tetamu's picture

saya dah install. tapi bila run. icon tu still ada merah. tak putih sepenuhnya. kenapa ek ?

parasolx's picture
Admin

pakai OS ape yea? windows ke Mac OS? selalunya kalu kes tidak putih sepenuhnya sebab ada firewall. dia block penggunaan open port untuk database menyebabkan jadi separuh merah.

kena declare dalam firewall untuk pass kan application wamp.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training