Perkara ini terjadi kepada saya selepas membuat pemasangan IE7 Standalone pada pelantar Windows 7. Selepas pemasangan dilakukan, saya dapati ralat dipaparkan apabila aplikasi My Computer, Explorer dan semua di bahagian Start Menu Windows tidak dapat dijalankan. Semuanya akan berakhir dengan ralat “No such interface supported”.

Keadaan ini berlaku kerana semasa proses pemasangan IE7, fail-fail dengan sambungan .DLL telah diubahsuai daripada sistem Registry Windows. Terdapat dua cara untuk menyelesaikannya:

  1. Menjalankan proses Windows Repair -- dengan menggunakan DVD pemasangan Windows 7, "boot" daripadanya dan pilih "Repair Windows". Teknik ini akan membetulkan semula Windows 7 seperti yang asal.
    * Sesetengah perisian mungkin perlu dipasang semula dan beberapa tetapan sebelum ini akan dikembalikan kepada yang asal.
  2. Mendaftarkan semula semua fail .DLL ke dalam Registry Windows.

Proses mendaftarkan semula fail .DLL

Apa yang kita akan lakukan adalah mencari dan menyenaraikan semua fail-fail dengan sambungan .DLL dalam Windows. Kemudian dengan menggunakan aplikasi Regserv32.exe, kita akan daftarkan semula fail-fail ini.

Tutorial ini adalah untuk pengguna yang mahir. Saya tidak bertanggungjawab kepada sebarang risiko yang berlaku melalui tutorial ini. Sila serahkan kepada pengguna yang lebih berpengalaman untuk melakukannya.

Dalam tutorial ini, saya mengganggapkan pemacu keras utama adalah C:\ dan Windows dipasang pada C:\Windows.

  1. Buka aplikasi Command Prompt (pastikan log masuk sebagai Administrator). Anda boleh lancarkan perisian ini dengan klik Start > taip "cmd".
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  2. Taipkan CD c:\Windows.
  3. Kemudian taip: dir *.dll /s /b > c:\regdll.bat dan tekan Enter. Tunggu sehingga proses ini selesai.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
    Windows seterusnya akan menjalankan operasi mengindeks ke semua fail-fail yang mempunyai sambungan .DLL di dalam direktori Windows. Senarai ini kemudiannya disimpan dalam fail yang berada di C:\ dengan nama fail regdll.bat
  4. Kemudian, buka aplikasi teks editor (Notepad) dan cari fail regdll.bat tadi. Anda akan melihat senarai fail-fail yang telah diindex tadi.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  5. Sebelum kita jalankan fail tersebut, kita perlu menambah arahan pada setiap satu baris dengan Regserv32.exe. Gunakan fungsi "Find and Replace" pada Notepad dan gantikan c:\ kepada regserv32.exe c:\ seperti dalam gambar dan klik butang "Replace All".
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  6. Hasil terakhir yang anda akan dapat adalah seperti berikut:
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  7. Anda boleh membuang semua arahan yang mengandungi direktori "winsxs". Fail-fail ini tidak terlibat secara langsung dalam pemprosesan Windows.
  8. Selepas itu, simpan fail tersebut.
  9. Kemudian lancarkan fail tersebut dengan klik dua kali.
  10. Tunggu sehingga semua proses selesai dan mulakan semula Windows anda. Sekiranya Windows memaparkan tetingkap ralat atau pertanyaan, teruskan proses dengan klik butang Yes/OK.

Bagi pengguna Internet Explorer 8, anda boleh gunakan fungsi Compatibility Views untuk mendapat fungsi sama seperti IE7 tanpa perlu memasang IE7 Standalone.

Penilaian: 
2
Your rating: None Average: 2 (2 votes)