Intel boleh dikatakan syarikat yang paling berpengaruh dalam penghasilan unit pemprosesan pada abad ini. Walaupun menerima saingan sengit daripada AMD pada suatu masa dahulu, yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah tetapi mengatasi kemampuan Intel, tetapi teknologi yang diterapkan dalam satu-satu unit pemprosesannya jauh lebih hebat dan stabil.



Salah satu teknologi yang ingin saya huraikan di sini adalah Hyper-Threading (HT). Jika dilihat pada istilahnya, Hyper-Threading membawa maksud kepada berbilang cabang. Dan maksud teknologi ini sendiri telah menerangkan kelebihannya. Pada hari ini, dapat kita lihat rata-rata pengguna komputer melakukan kerja berbilang dalam satu-satu masa. Contohnya mendengar muzik sambil berborak diinternet, melayari internet sambil menghantar emel dan lain-lain lagi.



Secara teknikalnya, satu-satu pemprosesan yang dilengkapi dengan teknologi Hyper-Threading mempunyai kelebihan dari segi jumlah data yang dihantar dan diterima oleh unit utama pemprosesan, iaitu core. Hyper-Threading membenarkan dua kerja berasingan dilakukan secara serentak berbanding tanpanya, dua kerja perlu dilaksanakan secara mengikut giliran. Bermakna unit utama akan berkongsi untuk menjalankan dua kerja yang dibebankan secara serentak.



Walau bagaimanapun, Hyper-Threading memerlukan perisian sistem operasi (OS software) yang menyokong pengaktifan HT. Sebagai contohnya Windows Vista dan Windows 7. Bagi sistem operasi yang tidak menyokong 'multi-threading', HT akan menyebabkan sistem bergerak lebih perlahan dan besar kemungkinan akan tergantung tanpa sebab.



Bagaimana Hyper-Threading berfungsi



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Secara umum, Hyper-Threading berfungsi melalui tindakan membuat duplikasi terhadap bahagian tertentu dalam satu pemproses — bahagian yang menyimpan struktur binaan pemproses — tetapi tidak kepada sumber pelaksana utama (main core). Apabila diaktifkan, Hyper-Threading secara "logik" menampakkan terdapat dua unit pemproses kepada sistem operasi. Dengan ini sistem operasi beranggapan terdapat dua unit pemprosesan yang hadir seterusnya mengarahkan dua kerja dijalankan pada setiap satu unit pemproses.



Namun hakikatnya, kerja tersebut dijalankan, diproses dan dikendalikan oleh satu 'core' sahaja. Apabila beban kerja bertambah, 'core' memerlukan tenaga yang lebih dan suhu yang lebih tinggi dihasilkan. Jika kerja yang diarahkan seterusnya melibatkan satu kerja sahaja, Hyper-Threading akan dimatikan dan membenarkan unit pemprosesan kembali keadaan yang paling minimum dalam penggunaan tenaga.



Jadi daripada prinsipal asas HT ini berfungsi, kita perlu faham bahawa pengaktifan Hyper-Threading:



  • tidak melibatkan dan menyebabkan perubahan dari segi kelajuan 'core' (clock speed)

  • membenarkan dua kerja dijalankan serentak dalam satu masa

  • meningkatkan prestasi untuk 'multi-tasking'

  • hanya melibatkan produk Atom, Intel Core i3/i5/i7, Itanium, Pentium 4 dan Xeon


Bagaimana memeriksa Hyper-Threading aktif atau tidak



Bagi pengguna Windows, anda boleh pergi ke Control Panel > Device Manager. Seterusnya perhatikan pada senarai perkakas yang disenaraikan. Fokus kepada item Processors. Klik pada item tersebut dan anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Perhatikan gambar di atas, unit pemproses muncul sebanyak empat dalam Windows. Perhatikan siri dan model pemproses yang digunakan iaitu Intel Core i5-2430M 2.4Ghz. Daripada spesifikasi ini, model Core i5-2430M mempunyai unit pemprosesan 'dual-core'. Sepatutnya ianya muncul sebanyak 2 core sahaja di bawah senarai. Tetapi disebabkan pengaktifan Hyper-Threading untuk setiap core menjadikan sistem operasi melihat ianya muncul sebanyak 2 x 2 core = 4 core. Dengan erti kata lain, pemprosesan ini mampu menjalankan 4 kerja secara serentak.



Atau anda boleh memuat turun perisian CPU-Z daripada laman web http://www.cpuid.com. Setelah perisian tersebut dilancarkan, ia akan mengimbas secara lengkap spesifikasi komputer. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah:



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Bahagian ini jelas menerangkan bahawa terdapat 2 core dengan pengaktifan 4 threads — menunjukkan wujudnya Hyper-Threading. Jika tidak anda akan melihat 2 core, 2 threads.



Perbezaan Hyper-Threading dan Quad core



Mungkin anda tertanya, kerana dalam artikel saya sebelum ini mengenai Intel Core i5 didatangkan dalam dua jenis iaitu 'dual core' bersama HT dan 'quad core' tanpa HT. Jenis yang mana satu lebih baik jika HT adalah kayu pengukur? Kembali kepada asas prinsipal HT. Ianya hanya menyediakan tambahan ruang atau jalan untuk membenarkan dua kerja dijalankan serentak. Sebaliknya dua kerja tersebut masih dijalankan pada 'core' yang sama.



Sebagai analogi mudah, kita ambil 'dual core + HT' adalah 2 seorang pekerja melakukan 4 kerja secara serentak. Bagi membolehkan dua kerja tersebut diselesaikan dalam tempoh ditetapkan, dia terpaksa bekerja dengan lebih pantas. Namun disebabkan faktor usia (clock speed), pekerja mungkin cepat penat. Dan kadang kala terpaksa berehat seketika.



Berbanding 'quad core + tiada HT', seumpama 4 orang pekerja melakukan 4 kerja serentak. Setiap satu pekerja melakukan satu kerja masing-masing. Dengan mengambil kira kerja perlu disiapkan dalam tempoh yang sama seperti di atas, semuanya melakukan beban yang sama. Dan oleh kerana hanya satu kerja diberikan, berkemungkinan salah satu pekerja mampu menyiapkan dalam tempoh masa yang lebih cepat berbanding masa diberikan. Dan dia bersedia menerima kerja yang baru.



Kesimpulan, sekiranya kita selalu melakukan kerja-kerja yang berat, 'quad core' tanpa HT lebih pantas berbanding 'dual core' + HT.

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.3 (3 votes)

Komen

sno0p's picture

saya baru je tukar guna core-i7..hehe..best2...
thanks atas info ni.

parasolx's picture
Admin

owh.. bertukar kepada core i7 lepas baca artikel ni ke atau memang berhajat lama untuk memilih core i7?

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sno0p's picture

memang berhajat lama dah. hehe.
cuma after beli baru mencari details penerangan pasal Hyper Threading ni... hehe

fara's picture

info yg sgt bgus...:)

parasolx's picture
Admin

terima kasih. semoga berguna dan menjadi panduan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training