Jika kita lihat kepada sejarah produk keluaran syarikat Intel, iaitu Core 2 Duo yang berjaya dalam pasaran bertahun lamanya. Dan sehingga kini produk tersebut masih hangat dipasaran. Namun, teknologi tidak berhenti di situ. Kini Intel telah tampil dengan satu barisan unit pemprosesan yang terbaru yang diberi nama siri i dengan binaan arkitek Sandy Bridge.

Dan jika dibandingkan harga untuk Core 2 Duo berbanding barisan Intel Core i3 adalah jauh lebih tinggi. Mengapa? Kerana kini Intel lebih menekankan kepada produk yang mampu dimiliki oleh semua pengguna tetapi mempunyai kapasiti dan kemampuan yang jauh lebih tinggi. Selain itu, Intel sedang membina reputasi untuk menghasilkan produk mampu dibeli selain pesaing terdekat iaitu AMD.

Intel Core i3

Kita bermula dengan barisan yang paling bawah dan diikuti dengan yang paling tinggi. Core i3 adalah unit pemproses yang paling mampu dimiliki. Walaupun harganya rendah tetapi kemampuannya sebagai unit pemproses jauh lebih hebat dan diterima baik oleh banyak golongan pakar dan biasa.

Teknologi yang terbina dibelakang unit pemproses Core i3 termasuklah teknologi 'dual core', sokongan 'hyper threading' dan 'virtualization'. Core i3 menyokong penuh penggunaan versi Windows 64-bits (rujuk artikel: 32 bit vs 64 bit: Perbezaan sistem dan kelebihan). Dengan mengambil kira kelebihan produk Intel ini yang didatangkan dengan teknologi 32nm, boleh dikatakan Core i3 mempunyai tahap prestasi hampir setanding dengan spesifikasi terendah pemproses Core 2 Quad.

Jadi, adakah perlu anda memiliki Core i3? Bergantung. Sekiranya anda menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja biasa seperti pemprosesan teks, menghantar emel, melayari internet, mendengar muzik dan lain-lain; Intel Core i3 lebih mencukupi untuk mengendali semua aktiviti ini. Pemproses Core i3 adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pengguna.

Intel Core i5

Core i5 adalah produk pertengahan unit pemprosesan daripada Intel. Ia adalah setapak lebih maju berbanding i3. Core i5 ternyata memberi perbezaan dari segi kelajuan bergantung kepada jenis perisian yang dijalankan. Sekiranya kita mencuba perisian ringkas seperti Notepad, sukar untuk melihat perbezaan prestasi antara i3 dan i5. Tetapi sekiranya kerja-kerja seperti suntingan pelbagai fail dalam Adobe Photoshop, anda akan perasan i5 dilihat lebih mudah mengendali semua ini.

Secara teknikalnya, Core i5 dipasaran sedikit berbeza. Terdapat dua jenis dalam barisan pemproses Core i5 ini iaitu 'dual core' dan 'quad core'. Dual Core i5 mempunyai teknologi 32nm, sokongan 'hyper threading', 'virtualization' dan Turbo Boost. Manakala Quad Core i5 mempunyai teknologi 45nm, 'virtualization' dan Turbo Boost, tetapi tidak dilengkapi dengan sokongan 'hyper threading'.

Jadi adakah kedua-dua jenis Core i5 ini menawarkan prestasi yang sama? Ya, dalam kebanyakan keadaan. Tetapi salah satu jauh lebih baik sekiranya menjalankan aplikasi yang menggunakan 'multi threading'. Pastikan anda mengambil maklum perbezaan antara kedua-dua jenis Core i5 ini seandainya unit pemprosesan yang spesifik menjadi fokus utama.

Sekali lagi, perlukah anda mendapatkan Core i5? Dalam kebanyakan keadaan, memiliki Core i5 adalah yang paling selamat. Core i5 menawarkan prestasi yang mencukupi untuk melakukan aktiviti seperti suntingan video dan permainan, dan lebih daripada cukup untuk menjalankan kerja-kerja ringan seperti pemprosesan teks, melayari internet dan emel. Core i5 adalah produk terbaik, mempunyai harga pertengahan bagi kebanyakan pengguna yang selalu menggunakan komputer dan menawarkan tugasan berbilang (multi task).

Intel Core i7

Terakhir kita akan melihat kepada barisan tertinggi, Intel Core i7. Core i7 adalah unit pemproses yang tertinggi dalam barisan siri i, dan terhebat dalam semua siri Core. Harganya juga adalah yang termahal dalam semua produk Intel. Secara teknikal, Core i7 juga didatangkan dalam dua variasi yang boleh dipilih. Apa yang berbeza dalam jenis ini? Chipset.

Core i7 boleh didapati sama ada yang dibina dengan siri chipset LGA1156 atau LGA1366. Kedua-dua chipset ini menawarkan prestasi 'Quad core', sokongan 'virtualization', 'hyper threading' dan Turbo Boost. Walau bagaimanapun, model siri Core i7 9xxx, yang menggunakan chipset 1366 dikatakan terpantas dan terbaik antara terbaik dalam semua jenis unit pemprosesan, termasuklah AMD.

Kedua-dua variasi Core i7 ini kebanyakan keadaan menunjukkan prestasi yang hampir sama, dan yang pastinya kelajuannya tersangat hebat. Tetapi yang digandingkan dengan chipset 1366 adalah lebih baik untuk digunakan bagi perisian permainan.

Perlukah anda dapatkan Core i7? Semestinya bergantung kepada anda. Bagi kebanyakan pengguna komputer, Core i7 adalah terlebih hebat dan tidak menjadi keperluan penting. Tetapi bagi anda yang mengejar kepada produk terkini dan terpantas, hanya Core i7 sahaja boleh menjawab semua persoalan tersebut.

Jika anda seorang yang pentingkan kepada prestasi dan kelajuan, mungkin Core i7 adalah yang pertama dilihat menepati sasaran. Tetapi ramai yang beranggapan dan khabar angin kuat mengatakan, Intel akan keluarkan satu lagi barisan iaitu "i9". Walau bagaimanapun keluaran ini tidak menjejaskan harga Core i3, i5 dan i7 sekarang. Core i9 adalah unit pemprosesan dalam barisan super prestasi, mengatasi kemampanan i7 sekarang.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.7 (3 votes)

Komen

SoLarIZe's picture

Antara dual core i5 dan quad core i5, mana antara dua ni yang perlu dipertimbangkan kalau hendak digunakan lebih kepada editing gambar plus designing plus multimedia(adobe photoshop + illustrator + after effect), programming(web based programming) dan juga game(game biasa2 je). Tapi kebanyakan application ni bukan run serentak cuma mcm photoshop & editing + programming. So, mana yg sesuai. Budget pembelian dapat cari sampai i5 aje.

parasolx's picture
Admin

Kalu budget atau cost tak jadi masalah, lebih baik pilih quad core i5. sebab, walaupun dual core ade Hyperthreading, dalam OS dia akan nampak seolah2 mcm 4 core. tapi inilah masalahnya, HT bergantung kepada OS. jadi kalu guna OS Linux mcm Ubuntu, takut2 dia tak support HT. kalu Windows Vista dan 7 mmg dia support HT. So kita bleh nampak 4 core.

Compare dengan Quad Core, yang kita nampak adalah sememangnya 4 core (bukan 8 la sebab quad tak ada HT). jadi dia tak ada masalah kebergantungan kepada OS.

bukan itu sahaja, kalu Dual core dia ade 2 core. so total speed dalam CPU tuh kalu 2.4Ghz adalah 2.4Ghz x 2. Sebab dual core even ada HT, dia tak menyebabkan perubahan kepada clock speed. Sedangkan dengan Quad core, total speed adalah even dengan speed 2.0GHz x 4, jadi 8 (sekiranya dia boostkan pada semua core).

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

SoLarIZe's picture

Maknanya dari segi performance or kebergantungan, quad core i5 pilihan kan. OS yang akan digunakan adalah Windows 7. Satu lagi, macam mana nak tahu yg laptop tu dilengkapi dgn quad core i5. Nak check macam mana. Kot2 kedai yang ak nak pergi tu salesman dia x tahu pasal menda ni ke. Macam mana dielak dari tersalah bawak balik laptop dgn processor yg betul.

parasolx's picture
Admin

Kalu laptop boleh check model atau no siri yang dikeluarkan. Sebab laptop selalunya dia datang dengan pakej. Tapi kalu nak check, boleh download software CPU-Z dekat www.cpuid.com. install pastu terus boleh nampak dia quad core atau dia dual core.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

SoLarIZe's picture

Jadi kalau mnggunakan software cpu-z tu, dia akan keluar cores - 4 dan threads - 4 ke. Buat masa ini, antara pilihan brand laptop ak adalah asus. Kira nanti check model tu dia kuarkan processor apa tapi mmg ada state ke dual core or quad core i5.

parasolx's picture
Admin

dia mesti akan state ape jenis model atau brand i5 yang embed dalam laptop tuh. kalu nak full senarai model i5 yang quad core boleh tgk kt link di bawah ni:

http://ark.intel.com/search/advanced/?s=t&FamilyText=2nd%20Generation%20Intel%C2%AE%20Core%E2%84%A2%...

selain daripada model2 ni semuanya dual core. jadi make sure masa nak beli tuh tgk nama siri processor yang dia guna, contohnya: Intel® Core™ i5-2500T Processor. Yang ini comfirm quad core.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ariif97's picture

Bagus, cam mne lah i9..??? AMD pun bagus juga..tapi dekat malaysia x popular sngat

parasolx's picture
Admin

I9 dikatakan mempunyai 6 core. Tapi spesifikasi lengkap mcm ade HT atau tak tak pasti. Kalu 6 core mmg paling laju la. Sbb yg i7 quad core pun AMD xleh lawan... Ni kalu keluar 6 core lagi la...

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ariif97's picture

Bukan AMD dah keluar 8 core ke? AMD FX 8-Core Processor?

parasolx's picture
Admin

8-core AMD sekarang pun tak mampu nak lawan Quad-Core HT Intel. tuh yang ckp kalu intel keluarkan 6 core HT, mmg AMD tak boleh nak buat ape la. actually untuk buat processor power xde masalah. cuba nak balance tuh yang susah.

so far, intel berjaya untuk buat processor yang laju tapi guna resource battery yg paling minimum compare dengan AMD. kalu buat utk desktop lain citer.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ariif97's picture

Sekarang guna Intel, ok saja.Terpulang kepada pengguna nak pilih syrikat yang mana satu, lagi pun tidak dinafikan syarikat intel 10 kali lgi besar daripada AMD so x mustahil intel bleh buat cpu yg bgus dan berkuasa, dan pendapat: intel lgi stable dripada AMD.