Seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi untuk memasang Windows 7 daripada Microsoft, keperluan minimumnya adalah seperti berikut:

Walaupun komputer anda tidak dilengkapi atau menyokong penggunaan grafik DX9, panduan ini adalah untuk kelajuan dan bukan paparan yang menarik. Sekiranya paparan Aero menjadi satu keperluan penting, pastikan komputer dilengkapi dengan pemprosesan kad grafik.

#1 Nyah aktif Search Indexing Feature dalam Windows 7

  • Klik kanan pada ikon "Computer" di desktop atau pada "Start menu", kemudian pilih "Manage".
  • Klik "Service and Applications" di bawah "Computer management".
  • Klik "Services".
  • Anda akan melihat banyak senarai yang dipaparkan. Cari "Windows Search".
    Only local images are allowed.
  • Klik kanan pada "Windows Search", dan pilih "Properties".
  • Tetingkap "Windows Search Properties" akan dipaparkan. Di bahagian pilihan "Startup type" klik pilihan jatuh dan pilih "Disabled".
    Only local images are allowed.
  • Kemudian klik butang "Apply" dan "OK".

Kebanyakan pengguna Windows 7 jarang-jarang melakukan proses carian pada keseluruhan sistem. Search Indexing service melakukan kerja rutin mengindeks dan memantau fail-fail yang ada agar ianya disenaraikan dengan lebih pantas apabila carian dijalankan. Servis ini sangat berguna sekiranya anda sering melakukan carian.

Bagi pengguna yang kadang kala sahaja menjalankan proses carian, Search Indexing mengambil sumber pemprosesan yang sangat tinggi walaupun kebenarannya tidak dapat dipastikan menerusi cara bagaimana.

#2 Nyah aktif Aero Theme

  • Klik kanan pada Desktop dan pilih "Personalize". Klik pada tab "Windows Color".
  • Buang tandaan pada kekotak "Enable transparency" dan klik pada "Open classic appearance properties for more color".
  • Satu tetingkap akan dibuka. Aplikasikan theme Standard atau Basic theme daripadanya. Lebih baik sekiranya menggunakan "Standard Windows 7".

Penggunaan Aero Theme pada Windows 7 menjadikan ianya kelihatan lebih menarik dan ceria. Namun memerlukan sumber yang tinggi bagi pemprosesan grafik. Kita mahu fokus kepada kelajuan dan kestabilan, maka paparan jatuh kepada kepentingan kedua.

#3 Nyah aktif Service yang tidak diperlukan

Terdapat banyak Service yang diaktifkan pada Windows 7 bukan untuk kegunaan kita seharian. Kebanyakan Service yang dihidupkan hanya diperlukan pada satu-satu ketika contohnya "Print spooler" hanya digunakan semasa mencetak dokumen.

Berikut adalah antara senarai Service yang boleh selamat dimatikan:

  1. Application Experience
  2. Computer Browser (sekiranya komputer tidak disambungkan kepada mana-mana rangkaian)
  3. Desktop Window Manager Session Manager (sekiranya anda tidak mahu kesan khas aero)
  4. Diagnostic Policy Service
  5. Distributed Link Tracking Client
  6. IP Helper
  7. Offline Files
  8. Portable Device Enumerator Service
  9. Print Spooler (sekirnya anda tidak menggunakan pencetak)
  10. Protected Storage
  11. Remote Registry (boleh dinyahaktif untuk keselamatan yang lebih tinggi)
  12. Secondary Logon
  13. Security Center
  14. Server (sekiranya komputer tidak disambungkan kepada mana-mana rangkaian)
  15. Tablet PC Input Service
  16. TCP/IP NetBIOS Helper
  17. Themes (sekiranya anda mahu menggunakan sebarang jenis tema aero)
  18. Windows Error Reporting Service
  19. Windows Media Center Service Launcher
  20. Windows Search (sekiranya fungsi Windows Search sangat digunakan)
  21. Windows Time (sekiranya anda tidak mahu sinkronasi masa dan tarikh secara automatis)

#4 Nyah aktif User Account Control (UAC)

  • Daripada Start menu, klik "Control Panel". Kemudian cari ikon atau bahagian "User Account and Family Safety". Klik pada User account.
  • Klik pautan tetapan "User Account Control"
  • Arahkan petunjuk slaid kepada yang paling bawah iaitu "Never notify"
  • Klik OK dan mulakan semula sistem Windows.

User Account Contol (UAC) digunakan untuk mengawal dan menghadkan capaian virus atau malware kepada Windows 7. Tetapi bagi pengguna persendirian setiap hari, fungsi ini sangat-sangat mengganggu dan kelajuan juga kelihatan berkurangan sekoranya diaktifkan.

#5 Aktifkan fungsi Ready Boost Service untuk kelajuan tambahan

  • Untuk melakukan konfigurasi Ready Boost, anda memerlukan satu Pendrive yang berkelajuan tinggi.
  • Masukkan Pendrive ke port USB, klik pada Start Menu dan pilih Computer. Klik kanan pada ikon Pendrive tersebut, pilih Properties. Kemudian pilih tab Ready Boost.
  • Tandakan pada kekotak "Use this device". Selain itu kita dibenarkan untuk menetapkan sejumlah mana ruangan storan akan digunakan.

Fungsi Ready Boost dalam Windows 7 adalah menganggap dan menjadikan Pendrive sebagai RAM atau memori ingatan. Ini bagi menambah ruang storan sedia ada secara maya. Lebih besar ruang storan, lebih banyak aplikasi boleh dijalankan dengan lebih banyak secara serentak.

#6 Padamkan Windows 7 Features yang tidak digunakan

  • Buka aplikasi "Program and Features" dalam Control Panel
  • Klik pada pautan "Turn Windows features on or off" di bahagian kiri
  • Sekarang padamkan tandaan pada aplikasi yang anda tidak gunakan selama ini. Simpan kemudian hidupkan kembali Windows.

#7 Nyahaktif Windows 7 Sidebar (Gadget)

  • Klik kanan pada sidebar dan pilih "Properties"
  • Pada tetingkap ini, padamkan tandaan kekotak untuk "Start sidebar when Windows start"
  • Mulai sekarang, Sidebar tidak akan diaktifkan setiap kali Windows dimulakan.

Dengan menyahaktif Windows Sidebar memberi ruang beberapa saat untuk Windows dimulakan dengan lebih pantas. Terdapat beberapa aplikasi lain yang memberi fungsi yang sama seperti Sidebar seperti RocketDock yang lebih ringan.

#8 Tukarkan pengurusan tenaga kepada prestasi

  • Klik berganda pada ikon "Power options" dalam Control Panel
  • Kemudian klik pada ikon anak panah "Show additional plans" untuk memaparkan penggunaan tenaga "High Performance"
  • Atau klik pada "Advanced settings" bagi mendapatkan penetapan yang lebih lanjut dalam pengurusan tenaga secara khas.

Secara lalainya, Windows 7 tidak menggunakan pengurusan tenaga yang maksimum. Ianya disetkan kepada "Balanced" bagi pengurusan yang stabil antara prestasi dan simpanan tenaga bateri. Pengurusan tenaga ini tidak memberikan prestasi sepenuhnya sehinggalah kita menukarkannya.

#9 Nyahaktif paparan Thumbnails

  • Klik berganda pada ikon Computer. Kemudian klik "Organize" pada bahagian toolbars. Pada menu pilih "Folder and Search Option".
  • Di bawah "Files and Folder", klik pada tab View. Tandakan "Always show icons, never thumbnails"

Dalam Windows 7, pada paparan Windows Explorer sesetengah kandungan akan dipaparkan skrin layar kecil atau thumbnails berbanding ikon. Fungsi ini sedikit sebanyak menggunakan sumber pemprosesan yang tinggi. Jadi dengan menyahaktifkannya dapat meningkatkan prestasi Windows 7 sendiri.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)