Bagi pengguna Windows, sememangnya kita boleh untuk melakukan konfigurasi untuk kemasan tahap kelembutan tulisan di Windows 7 melalui TypeClear. Tetapi sekiranya menggantikan ClearType dengan agen kemasan GDI+, kemasan yang sama pada Apple dapat dilihat.

Gambar di bawah adalah perbezaan dengan penggunaan GDI pada pelantar Windows.

Only local images are allowed.
Paparan Windows sebelum pengaktifan GDI. Paparan menggunakan ClearType.

Only local images are allowed.
Paparan yang sama selepas pengaktifan GDI. Boleh dilihat kemasan paparan untuk tulisan dilihat lebih lembut dan kurang fokus (tajam).

Jadi apa itu gdipp?

gdipp (codename) adalah satu projek perisian yang dijalankan untuk menggantikan sistem paparan dan kemasan yang dijalankan pada pelantar Windows. yang mana apabila diaktifkan akan menghasilkan kesan yang sama seperti di perisian Mac OS dan Linux. Perisian ini sangat mudah untuk digunakan dan tidak membebankan komputer.

Projek gdipp ini menyokong kedua-dua versi 32-bit dan 64-bit Windows 7/Vista. Anda boleh memasang secara berasingan sama ada untuk sistem 32-bit atau 64-bit. Versi 32-bit hanya akan membuat kemasan kepada komponen yang dijalankan pada 32-bit. Sama juga keadaan untuk versi 64-bit.

Muat turun GDIpp untuk Windows

Pastikan anda membuat poin "system restore" sebelum memasang perisian ini.

Only local images are allowed.

Disarankan untuk memuat turun versi 0.7.6 yang sudah mencapai tahap yang paling stabil. Saya pernah memuat turun versi 0.9.1 Beta dan mengalami masalah dari segi ralat untuk memaparkan senarai tulisan yang dipasang pada Windows.

Sekiranya terdapat kegagalan selepas pemasangan gdipp, sila ikuti langkah di bawah sebagai bantuan.

  1. Uninstall atau buang gdipp menerusi Add and Remove Program, kemudian hidupkan semula sistem komputer.
  2. Pasang semula gdipp dengan memilih mode "Registry" semasa proses pemasangan.

Semasa proses pemasanagn dijalankan, terdapat 3 pilihan untuk gdipp dijalankan iaitu:

  • Windows service: gdipp dijalankan sebagai service semasa Windows dihidupkan. Sangat sesuai sekiranya mahukan semua aplikasi mendapat kemasan tulisan baru. Tetapi perlu dilihat kepada keupayaan komputer dan kemungkinan besar sesetengah perisian tidak mampu untuk menyokong fungsi ini,
  • Registry: gdipp dijalankan selepas Windows dihidupkan (boot screen). Pilihan ini membenarkan untuk kita mematikan gdipp tanpa perlu membuangnya,
  • Autoload: gdipp dihidupkan sebagai aplikasi di bahagian permulaan (startup). Boleh dimatikan menerusi Task Manager sekiranya berlaku sebarang ralat atau ketidakstabilan.
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.7 (3 votes)