http://www.dropbox.com

Dropbox adalah satu perkhidmatan internet yang dilancarkan pada sekitar bulan Mei 2008 diguna pakai dengan integrasi aplikasi pada telefon pintar iPhone. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini telah dikembangkan kepada perisian desktop.

Dropbox adalah aplikasi dan perkhidmatan yang membenarkan sinkronasi folder atau fail pada satu komputer dengan komputer lain dijalankan dengan mudah melalui hubungan internet. Selain itu, ianya turut menawarkan sambungan kepada telefon pintar seperti iOS dan Android.

Tawaran daripada Dropbox

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
Pakej berbayar daripada Dropbox Pengguna yang memerlukan saiz storan yang lebih besar boleh melanggan beberapa pakej yang disediakan.

  • Dropbox menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang berdaftar dalam sistemnya.
  • Perkhidmatan percuma diberi ruangan storan sebanyak 2GB (yang cukup besar bagi saya).
  • Terdapat beberapa pakej berbayar yang menawarkan storan yang lebih besar.
  • Perisian Dropbox yang ringan dan tidak membebankan sistem operasi boleh dimuat turun secara percuma
  • Proses sambungan dan sinkronasi antara komputer, telefon pintar dan tablet dijalankan pada masa sebenar
  • Fail-fail yang disinkronasi boleh diakses menerusi perisian pelayar tanpa memerlukan pemasangan aplikasi desktop di pasang. http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  • Paling seronok, setiap proses sinkronasi dan kemas kini di simpan setiap revisi (atau version sebelum ini) di laman web. Bermakna kita dibenarkan untuk kembalikan versi yang sebelum ini sekiranya ianya diperlukan.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  • Tambah menarik ia membenarkan kita untuk berkongsi sama ada folder atau fail tertentu dengan kenalan tertentu. Sinkronasi dijalankan secara atas talian setiap kali perubahan disimpan dan dimuat naik (konsep "cloud sharing")
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
  • Dropbox menyokong sinkronasi segala jenis fail atau folder termasuk fail aplikasi (.exe) dan lain-lain sambungan tanpa sebarang had dan syarat (jauh lebih baik berbanding Google Docs atau pengehosan lain).
  • Tiada had untuk sambungan peranti kepada satu-satu akaun Dropbox!

Bagaimana Dropbox berfungsi

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Apabila akaun kita didaftarkan dalam sistem, Dropbox akan membuka storan simpanan kepada pengguna. Dengan aplikasi yang diberikan oleh pihak Dropbox, ianya perlu dipasang (jika mahukan sinkronasi dilakukan dengan lebih mudah).

Atau kita boleh muat naik sebarang fail terus ke dalam sistem Dropbox melalui web pelayan. Fail-fail atau folder yang dimuat naik dan direkod akan disimpan di dalam pelayan Dropbox.

Pada masa yang sama, Dropbox akan menghantar signal kepada semua peranti yang disambungkan kepada akaun yang sama (telefon pintar, komputer atau tablet) untuk proses sinkronasi dijalankan.

Aplikasi Dropbox akan melakukan perbandingan versi antara fail yang ada dalam peranti tersebut dengan versi dari pelayan. Sekiranya berlainan, proses kemas kini (muat turun versi terbaru) akan dijalankan. Jika tiada perubahan, fail tersebut dikekalkan.

Melalui cara ini, kadar penggunaan beban jalur lebar dapat diminimumkan dan tahap prestasi sambungan internet tidak akan terjejas. Aplikasi Dropbox juga akan melihat kekuatan dan kelajuan sambungan internet untuk penentuan penggunaan beban jalur lebar (bandwidth).

Bagi pengguna yang tidak mempunyai langganan internet pada peranti (telefon atau tablet), sinkronasi akan dijalankan sebaik sahaja capaian Wifi diperolehi. Kes ini bagi pengguna yang mempunyai langganan internet tetap di rumah sahaja.

Kekurangan Dropbox

  • Memerlukan capaian internet sekiranya versi fail terbaru diperlukan.
  • Ruangan storan terhad kepada 2GB sahaja bagi akaun percuma. Tetapi boleh ditingkatkan sehingga 16GB dengan menjalankan aktiviti promosi kepada kawan-kawan.
  • Kelajuan proses sinkronasi tidak boleh diubah suai secara manual. Walaupun capaian internet sangat laju, tetapi proses sinkronasi agak perlahan.
  • Fail-fail dalam akaun tidak boleh dikongsi secara umum melalui pautan muat turun. Ini bagi menjaga polisi, terma dan syarat perkongsian fail dunia internet.
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.5 (2 votes)