Seperti sistem fizikal yang kita lihat, pejabat pos tidak melakukan salinan terhadap sebarang mel surat yang diterima. Keadaan ini berlaku kepada versi POP terdahulu apabila mel dimuat turun dan dibuka oleh pengguna tiada salinan ditinggalkan dalam pelayan POP. POP secara terus akan membuangnya daripada ruangan simpanan.

POP3 memudahkan aktiviti pengguna untuk memeriksa dan menerima emel daripada mana-mana komputer di seluruh dunia. Ia juga menyediakan beberapa tetapan yang boleh dikonfigurasi dengan mana-mana perisian klien emel bagi membolehkan ianya berfungsi dengan sempurna terhadap protokol yang disediakan.

Fungsi "Mail server"

POP3 kini dipertingkatkan tahap keupayaannya dan menjadi lebih sofisikated untuk memastikan pentadbir emel dapat melakukan konfigurasi tertentu terhadap protokol sedia ada agar semua emel dapat disimpan untuk satu tempoh masa tertentu. Dengan cara ini membolehkan pengguna untuk memuat turun seberapa kerap yang boleh sekiranya diperlukan. Namun begitu cara ini dilihat tidak terlalu praktikal untuk kebanyakan penerima emel.

Sementara itu, pelayan emel (rujuk artikel: Apa itu "Mail server" (pelayan emel)) boleh menggunakan alternatif lain iaitu IMAP untuk tujuan penerimaan emel, POP3 dilihat paling tinggi dan biasa digunakan pada kebanyakan pelayan emel. Ini disebabkan kesederhanaan dan peratus kejayaan menerima emel yang lebih tinggi. Sungguhpun terdapat versi terbaru untuk POP ditawarkan buat masa sekarang, namun POP3 menjadi pilihan utama kerana keupayaannya untuk menjalan kerja dengan ralat yang paling minimum.

Bekerja dengan perisian aplikasi emel

Disebabkan POP3 adakah kaedah yang asas dan ringkas dalam penerimaan serta penyimpanan emel, ianya boleh bekerjasama dengan mana-mana perisian aplikasi emel sekiranya aplikasi tersebut dikonfigurasikan dengan sempurna terhadap protokol sedia ada. Banyak perisian aplikasi emel ini seperti Eudora dan Microsoft Outlook, dibina untuk mengendalikan POP3 secara automatik.

Setiap pelayan POP3 mempunyai alamat yang berbeza, yang selalunya diberikan oleh pihak penyedia perkhidmatan atau syarikat pengehosan web. Alamat ini perlu dimasukkan ke dalam medan aplikasi tertentu bagi membenarkan sambungan dilakukan secara efektif terhadap protokol. Secara umumnya, kebanyakan aplikasi emel ini menggunakan port 110 bagi sambungan POP3. Di samping itu, pengguna perlu memberikan nama pengguna dan kata laluan untuk memuat turun dan menerima emel daripada pelayan.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 4 (1 vote)