JQuery didatangkan dalam satu fail JavaScript. Jadi ianya mudah untuk dimuat turun dan dipasang pada mana-mana laman web untuk menghasilkan sebarang aplikasi web.

Kita juga boleh menambah JQuery kepada aplikasi yang sedia ada dan menggunakannya tanpa sebarang masalah. Berdasarkan kepada pemudah caranya, JQuery digunakan oleh pihak pembangun untuk tujuan kendalian kandungan secara Ajax.

Anda boleh memuat turun JQuery di: http://jquery.com

Memuat turun JQuery

Lawat laman http://jquery.com

[title]-[filefield-fid]

Kemudian muat turun fail jquery-x.x.x.min.js (x.x.x adalah versi JQuery). Letakkan fail ini di dalam direktori di mana web anda di simpan.

Fail tersebut boleh dinamakan semula dengan sebarang nama, tetapi lebih baik kekalkan hak cipta dengan membiarkannya sahaja.

Untuk memanggil fail JQuery ini ke dalam mana-mana halaman, muatkan kod <script></script> di bahagian <head></head> dokumen.

<script type="text/javascript" src="https://www.drupalnote.my/jquery.min.js"></script>
Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)