JQuery mempunyai banyak fungsi-fungsi yang berguna tetapi kita hanya tumpukan kepada beberapa perkara yang penting sahaja:

Pemilihan elemen DOM

JQuery memberi kelebihan dan fungsi untuk memilih mana-mana elemen DOM secara spesifik dan menambah fungsi yang baru kepada elemen terssebut melalui JQuery. Ia menggunakan sintaks CSS 3.0 yang membenarkan pemilihan satu atau lebih elemen dalam satu masa. Dengan CSS juga berupaya untuk kita memilih satu-satu elemen berdasarkan kepada id atau class seterusnya kolaborasikan dengan apa-apa tindakan untuk meningkatkan tahap penggunaan pengguna.

Set balutan objek (wrapped set)

Elemen-elemen yang terpilih yang dirangkum (dibalut) dalam satu objek dinamakan "wrapped set". Ia mengandungi elemen DOM terpilih dan dipanggil menerusi array. Setiap elemen dalam objek ini mampu untuk dipanggil dengan menggunakan indeks berbanding nama elemen.

Cetusan (events)

JQuery memudahkan cara pengendalian setiap cetusan. Ianya begitu mudah untuk menggabung atau menceraikan mana-mana cetusan bagi menjalankan sesuatu skrip. Dengan sokongan hampir semua jenis dan versi pelayar, setiap cetusan dapat dikendalikan dengan sempurna. Setiap cetusan yang berlaku, ianya dipanggil di bawah satu konteks di mana cetusan itu berlaku.

Sambungan yang pelbagai (plugin)

Seni binaan arkitek JQuery memberi kebebasan kepada kita untuk mengembangkan fungsi asal dengan melakukan pelbagai sambungan tambahan. Sambungan-sambungan mudah digunakan dan hanya dimuatkan sahaja ke dalam dokumen laman web. Kemudian kita hanya perlu menetapkan parameter setiap sambungan menggunakan JQuery. Antara contoh-contoh sambungan:

  • alatan XML atau XSLT
  • pengendalian cookies
  • data dalam grid
  • seret-dan-heret (drag-and-drop)
  • modal tetingkap
  • senarai secara dinamik
  • Ajax dan banyak lagi

Sokongan pelbagai pelayar

Pemilihan kod perpustakaan (library code) adalah kerana sokongan kepada pelbagai jenis pelayar. JQuery menggunakan implementasi penggunaan DOM dalam mengendalikan setiap cetusan. JQuery membina satu DOM standard yang menjadi lapisan untuk setiap jenis pelayar.

Sokongan Ajax

Ajax bermaksud Asynchronous JavaScript and XML. Melalui Ajax, kita mampu untuk membuat capaian kepada pangkalan data dan memproses sebarang data atau maklumat dari pelayan tanpa perlu beralih dari halaman sedia ada. JQuery sememangnya mempunyai fungsi Ajax yang sangat effective untuk mengendalikannya.

Kesediaan bekerjasama

JQuery ditulis untuk sesuai dan boleh bekerjasama dengan mana-mana bahasa pengaturcaraan. Antara yang sering diguna pakai adalah seperti:

  • PHP
  • JSP
  • ASP
  • Servlet
  • CGI
Penilaian: 
No votes yet