JQuery merupakan himpunan kod yang dibina pada pelantar Javascript dengan menghasilkan gedung kod (library) untuk pembinaan laman web atau sistem. Ianya memudahkan proses pembangunan laman web 2.0 dan sebarang aplikasi berkaitan dengannya.

JQuery membantu para pembangun dengan memendek dan mengguna semula kod yang ditulis. JQuery memastikan semua kod adalah ringkas dan mudah dicari semula.

Gedung JQuery memudahkan proses capaian terhadap struktur DOM HTML. Ianya boleh digunakan untuk mengendali tindakan seperti peristiwa, animasi, atau memegang dan memaparkan data-data yang dikendalikan melalui Ajax dengan begitu mudah.

Kenapa JQuery

Kita boleh gunakan kod ringkas JavaScript untuk melaksanakan JQuery. Kebanyakan fungsi-fungsi yang disediakan dalam JQuery adalah begitu mudah, ringkas dan senang dipelajari walaupun kepada golongan pereka laman. Berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan yang ada, JQuery kini semakin popular dan mendapat sambutan hangat daripada semua pembangun.

JQuery ditulis dengan JavaScript dan boleh digunakan bersama dengan PHP, Servlets,  ASP, JSP, CGI dan pelbagai jenis kod pengaturcaraan yang lain.

Antara kelebihan-kelebihannya:

  • fungsi pemilihan elemen DOM
  • pengubahsuaian elemen DOM
  • Events
  • manipulasi CSS
  • kesan khas dan animasi
  • Ajax
  • JavaScript Plugin

Berapa lama untuk belajar JQuery?

Sesetengah pelajar mengambil masa lebih kurang 2-3 hari untuk belajar JQuery. Manakala untuk menguasai sepenuhnya semua fungsi dan kelebihan JQuery mungkin dalam beberapa bulan perlu diperuntukkan.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)