Jadual di bawah merupakan maksud untuk beberapa istilah yang biasa digunakan dalam aturcara Javascript.

IstilahMaksudContoh
TokenUnit terkecil untuk sesuatu yang digunakan dalam aturcara.Semua identifier, keyword, operator dan literal merupakan token.
LiteralNilai yang boleh dijumpai secara terus dalam kod.

var x = 2;
var y = "kripkorn";

Dalam contoh di atas, 2 dan kripkorn merupakan literal.

IdentifierNama untuk pemboleh ubah, objek, fungsi atau label.

var y = "kripkorn";

Dalam contoh di atas, y merupakan identifier.

OperatorToken yang melakukan fungsi seperti umpukan, penambahan atau pendaraban.

var x = 2 + y;

Dalam contoh di atas, + merupakan operator untuk penambahan.

ExpressionHimpunan token, biasanya digabungkan dengan operator, dan boleh menghasilkan nilai atau maksud tertentu.

var x = "kripkorn";
var y = "studios";
var z = x + y;

Dalam contoh di atas, x + y, kripkorn dan studios merupakan expression.

StatementBaris arahan. Satu program merupakan himpunan baris arahan atau statement yang menjalankan sesuatu fungsi.

x = x + 2;
return(true);
if (x) { alert("Nilai x:" + x); }

KeywordPerkataan yang merupakan sebahagian dari bahasa aturcara itu sendiri 

while

do

function

var

Reserved wordPerkataan yang mungkin menjadi sebahagian dari bahasa aturcara itu sendiri. Ia biasanya tidak boleh digunakan sebagai identifier.

class

public

Penilaian: 
4
Average: 3.7 (3 votes)

Komen

ariif97's picture

Ohh cam tuu ke..dh mcm algebraic expression yg aq belaja kat sekolah hehe