Komen merupakan satu aspek yang penting dalam menghasilkan kod atucara yang bagus. Komen membolehkan anda memasukkan ulasan atau apa-apa catatan berkenaan kod atucara bagi memudahkan anda dan sesiapa sahaja yang membca kod anda memahami kod atucara yang anda tulis.

Komen yang diletakkan didalam kod ini akan diabaikan oleh penterjemah dan tidak akan dipaparkan ketika kod dijalankan. Komen dalam JavaScript hampir sama seperti komen dalam C++ dan Java. Terdapat dua jenis komen dalam JavaScript iaitu komen yang diletakkan dihujung baris arahan dan juga komen yang diletakkan dalam lebih dari satu baris.

Komen satu baris yang biasanya diletakkan dihujung sesuatu baris arahan dimulakan dengan tanda //. Sebagai contoh:

  var count = 10; // mengumpukkan variable count dengan nilai 10 

Dalam contoh di atas, penterjemah akan mengabaikan semua yang ditulis selepas tanda // sehingga ke hujung baris tersebut dan menganggapnya sebagai komen. Komen dalam banyak baris diletakkan diantara tanda /*..*/

 /* Fungsi kuasaDua memerlukan satu nilai x untuk digandakan.
    Sebagai contoh, untuk mendapatkan nilai kuasa dua bagi 10 dan
    mengumpukkan hasilnya kepada y, fungsi ini akan digunakan seperti
    berikut: var y = square(10); Fungsi ini hanya boleh digunakan untuk nombor! */
 function kuasaDua(x) {
   return x*x; // mendarabkan x dengan x, dan mengembalikan hasilnya
 } 

Dalam contoh di atas, semua yang ditulis diantara tanda /* dan */ akan diabaikan dan dianggap sebagai komen. Kod di atas juga menunjukkan penggunaan komen satu baris yang dimulakan dengan tanda //.

Anda hendaklah berhati-hati ketika menggunakan tanda /*...*/ untuk membuat komen dalam banyak baris. Elakkan daripada membuat komen "tersarang" seperti dalam contoh di bawah kerana ianya akan menyebabkan ralat pada kod aturcara anda:

 /* Komen ini /* akan menyebabkan */ ralat pada kod atucara */ 

Komen bukan sahaja memudahkan anda membaca kod aturcara, tetapi ianya juga memudahkan anda mengesan kesilapan dalam kod jika berlakunya ralat. Anda tidak perlu menbaca keseluruhan kod untuk mencari bahagian atau fungsi yang menyebabkan ralat, sebaliknya anda hanya perlu membaca komen yang telah diletakkan pada setiap bahagian atau fungsi kod.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)