JavaScript digunakan oleh berjuta orang untuk mencantikkan lagi laman web, mengesahkan borang, membuat pengecaman pelayar, membuat 'cookies' dan banyak lagi.

 

Benda yang anda patut tahu

Sebelum anda meneruskan tentang JavaScript, anda mestilah mempunyai pengetahuan dalam HTML dan juga XHTML.

 

Apa itu JavaScript

  • JavaScript digunakan bersama HTML untuk mencantikan lagi laman web
  • JavaScript adalah bahasa pengaturcaraan
  • JavaScript biasanya dimasukan terus kedalam HTML
  • JavaScript boleh digunakan terus tanpa perlu dikompile.
  • JavaScript adalah percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

 

Adakah Java dan JavaScript sama?

Ramai yang beranggapan Java dan JavaScript adalah sama, jawapannya

TIDAK.

JavaScript dan java adalah dua bahasa pengaturcaraan yang berbeza konsep dan cara menggunakannya, Java dibangunkan oleh Sun Microsystem, adalah lebih kompleks dan lebih berkuasa seperti C dan C++.

 

Apa yang anda boleh buat dengan JavaScript?

  • JavaScript boleh mengesahkan data dalam borang anda (form)
  • JavaScript boleh berinteraksi dengan 'event'
  • JavaScript boleh membaca dan menulis HTML.
  • JavaScript boleh menentukan jenis pelayar dan resolusi.
  • JavaScript boleh membuat 'cookies'
Penilaian: 
4
Average: 3.4 (5 votes)