Setelah selesai proses pemasangan Joomla!, anda boleh melihat paparan utama laman web anda dengan menaip http://localhost/joomla. Berikut adalah paparan laman web anda:

Only local images are allowed.

 

Ruangan Admin

Ruangan admin boleh dicapai dengan menaip administrator dibelakang alamat joomla bersama dengan "/". Alamat penuh adalah seperti berikut:

http://localhost/joomla/administrator

Masukkan kata kunci dan kata laluan.
(Kata kunci dan kata laluan ini disetkan oleh anda semasa proses pemasangan)

Ini adalah ruangan Administrator selepas anda berjaya untuk log masuk:

Only local images are allowed.

Pada Bahagian Kanan, ikon:

  • Add new Article - menambah kandungan (artikel) yang baru
  • Article Manage - membuat pengurusan dan penyusunan kandungan yang sedia ada
  • Frontpage Manager - mengubah suai muka depan laman web anda
  • Section Manager - membuat pengasingan kandungan
  • Category Manager - membuat pengkhususan kandungan dengan membuat kategori untuk setiap kandungan
  • Media Manager - menguruskan gambar dan fail multimedia
  • Menu Manager - menguruskan Menu atau Link Utama
  • Language Manager - menguruskan bahasa laman web anda
  • User Managar - menguruskan keahlian laman web anda
  • Global Configuration - menguruskan konfigurasi utama laman web.

Pada Bahagian Kiri:

  • Penerangan ringkas tentang maklumat laman web anda.

Pada Bahagian Atas:

  • Pengurusan yang lebih spesifik mengenai laman web anda. Kita akan mempelajari satu persatu dalam tutorial selanjutnya.

Pastikan setelah selesai semua kerja-kerja atau pengubahsuaian, anda menekan butang Logout disebelah kiri.

Sekian sahaja pengenalan kepada Ruangan Admin.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)