Pengunaan Add New Article.

Untuk menambah kandungan baru atau artikel baru, anda mestilah log masuk ke dalam ruangan admin. Anda boleh mencapai ruangan admin dengan menaip http://localhost/joomla/administrator dan tuliskan kata laluan dan kata laluan anda.

Anda boleh menambah artikel dengan menekan ikon Add new Article.
Only local images are allowed.

Anda akan mendapat paparan seperti berikut:

Only local images are allowed.

Sekarang kita akan mempelajari satu persatu perkara yang perlu diketahui sebelum anda menulis artikel anda yang pertama.

Pertama pada bahagian atas.

Only local images are allowed.

  • Title - Tajuk bagi artikel anda.
  • Alias - Nama bagi artikel tersebut pada ruangan alamat URL pelayar
  • Published - Menentukan sama ada artikel anda akan dipaparkan atau tidak.
  • Front Page - Menentukan sama ada artikel anda dipaparkan pada laman utama atau tidak.
  • Section - Menentukan section bagi artikel tersebut. (Buat masa ini kita masih belum membuat sebarang section, oleh itu biarkan ianya kekal seperti asal)
  • Category - Menentukan kategori bagi artikel tersebut. (Buat masa ini kita masih belum membuat sebarang kategori, oleh itu biarkan ianya kekal seperti asal)

Pada bahagian bawah:

Only local images are allowed.

  • Image - Memasukkan gambar ke dalam artikel
  • Pagebreak - Membahagikan artikel anda kepada beberapa helaian atau laman. Fungsi ini biasanya akan anda gunakan apabila artikel yang ingin anda tulis terlalu panjang.
  • Read more - Fungsi ini digunakan apabila anda ingin memaparkan rumusan atau sebagian daripada artikel anda pada laman utama, dan pelayar perlu menekan butang read more pada artikel tersebut untuk membaca kesemua artikel.

 Pada bahagian atas kanan:

Only local images are allowed.

  •  Preview - memberikan anda gambaran sebenar tentang artikel anda sebelum anda menyimpan.
  • Save - simpan artikel anda dan terus kembali ke ruangan admin.
  • Apply - simpan artikel.
  • Close - menutup ruangan penambahan artikel.
  • Help - memberikan ada info tentang cara-cara penggunaan ruangan penambahan artikel.

Pada ruangan kanan:

Only local images are allowed.

Buat masa ini, kita akan biarkan ruangan ini dahulu. Ruangan ini kita akan dipelajari pada masa akan datang.

Contoh

Untuk tajuk : Apa itu HTML
Untuk alias : Pengenalan HTML
Published : Yes
Frontpage : Yes

Paparan adalah seperti berikut setelah saya menaip kesemua artikel.

Only local images are allowed.

Seterusnya klik Save.

Lawati laman web anda, melalui http://localhost/joomla.

Tahniah anda telah berjaya menulis artikel pertama anda.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)