http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Kepada pembangun laman web yang kadang kala terlupa kata laluan atau anda tidak diberikan kata laluan untuk log masuk sebagai Super Admin ke dalam ruang Administrator, sistem ini dapat membantu anda. Sistem ini akan menetapkan semula kata laluan yang baru mengikut pilihan anda.

Perkara yang penting, jika di live server, pastikan anda mempunyai akses untuk masuk menerusi perisian FTP.

Versi 1.1.1

Dikemaskini oleh: johnburn

  1. Penambahbaikan versi terdahulu
  2. Pembetulan ralat pada versi terdahulu

Versi 1.1

Dikemaskini oleh: johnburn

  1. Penukaran mod "hashing" sebelum ini dari MD5 kepada Salted MD5
  2. Mampu untuk mengesan secara automatik versi Joomla 1.5.6 dan ke bawah atau ke atas

Arahan

  1. Muat turun lampiran (attachment) ini dan kembangkan (extract).
  2. Pindahkan fail ini menerusi perisian FTP untuk live server atau ke dalam direktori sekiranya localhost ke dalam fail pelipat (folder) Joomla 1.5 anda.
  3. Tujukan menerusi pelayar anda (browser) dengan penambahan alamat seperti ini:
    Server - http://www.example.com/admin_reset.php
    Localhost - http://localhost/example/admin_reset.php
  4. Masukkan kata laluan yang baru.
  5. Setelah selesai, buang fail tersebut dari server/localhost anda.

Sekiranya terdapat masalah, sila hantarkan komen/isu tersebut dibahagian ini sahaja. Tidak diruangan forum.

Akan Datang

  • Peningkatan sistem untuk digunakan pada pelantar Joomla 1.0
Penilaian: 
Average: 4.5 (4 votes)

Komen

istanakristal (not login)'s picture

masih tak fahamla. contohnya : muat turun lampiran ini dan kembangkan. lampiran mana? boleh tak tolong bagi step by step include dgn screenshot skali. pasal sy terlalu baru dalam buat2 website ni... tq...

parasolx's picture
Admin

saya terlupa yang tetamu tidak boleh nampak attachment link.. skrg dah dibetulkan dah..

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

faeza's picture

mcm ne nie tlg la...

drupalnote's picture
Admin

anda perlu mendaftar untuk mendapatkan perisian tersebut.
pendaftaran percuma.. tidak melibatkan sebarang pembayaran.

ihsan's picture

huh macam boleh hack web Joomla orang plak sistem ini

parasolx's picture
Admin

hehehe.. tak boleh nak hack.. sbb untuk guna sistem ni perlu ade access menerusi ftp. sebab kita kena upload masuk file ni ke dalam folder Joomla. So, kalu pelawat biasa yang xde pass untuk guna ftp, mmg xbleh hack. cuma sistem ni memudahkan para webmaster reset balik password admin sekiranya lupa.

dan admin pula, kgn lupa nak delete file tuh balik.. karang xpasal2 org lain tukar password tuh. kalu ade problem mengenai sistem nih, harap post. sebab ni Beta version baru.. kalu dalam sebulan xde report masalah, nak keluarkan RC version.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

amirah (old)'s picture

Salam,
Saya dah try reset password guna sistem ni... tapi mesej password dah expired yang keluar...
saya nak buat macam mana ye?..... harap team boleh tolong.... dah macam2 cara saya try... ikut instruction dlm joomla forum tapi masih tak berjaya...

please help me......

parasolx's picture
Admin

hrm, sedikit pertanyaan, versi joomla yang saudari guna berapa? sebab sistem ni just boleh guna pada 1.5.

satu lagi adalah joomla tuh versi terkini. sebab saya belum lagi mencuba kepada versi yang terkini. mungkin berlaku perubahan susun atur cara yang menyebabkan extension ni xbleh nak digunakan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

amirah's picture

Salam,
boleh tolong tak?... saya dah try reset password guna sistem ni... tapi mesej password dah expired pulak keluar. macam mana saya nak buat ye?... saya dah try macam2 cara... ikut instructions dlm joomla forum pun dah buat tapi macam tu jugak...

Harap team boleh bantu.....

Tq

johnburn's picture

Hashing yg digunakan dalam sistem ni adalah MD5. Untuk joomla versi 1.5.6 ke atas, hashing untuk password telah ditukar kepada salted md5. So perlu tukar skit coding dia. Ni aku ada upload versi yg baru. yg ni akan detect version joomla dan kalau version 1.5.6 ke atas, dia akan guna hashing MD5 with salt.

http://www.zongeek.net/v2/sistem_reset_pass_v1.1.zip

Kl ada apa2 error atau xjd gtau blk

parasolx's picture
Admin

wow.. thanks johnburn.. aku dah update dan masukan instruction ke dalam article..

great jobs..

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

johnburn's picture

baru ternampak psal ni kat sini
so aku terus ubah coding ko skit
xsempat nk test sgt so kl ade pe2 prob gtau blk

johnburn's picture

td aku try yg ni kat joomla 1.5.0 dan ada error skit
mlm ni aku akan btolkn dan esk aku bg yg final

parasolx's picture
Admin

Updated.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training