Dalam tutorial ini kita akan belajar cara-cara untuk memindahkan Joomla anda dari Localhost ke Live Server. Dalam tutorial ini kita akan memindahkan semua fail secara manual iaitu tanpa menggunakan Fantatisco di atas beberapa sebab seperti:



Anda telah memasang Joomla Ext.

Anda telah mengubah Theme Joomla anda.



Fantatisco hanya memberikan anda installasi yang asas sahaja. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan beberapa anggapan seperti

alamat localhost joomla ialah: http://localhost/joomla

alamat webserver atau livesite ialah : http://www.example.com



 



Langkah-langkah



1. Kita akan membuat salinan database terlebih dahulu dengan mencapai http://localhost/phpmyadmin



2. Pilih database anda pada bahagian kiri dan seterusnya klik Export. Anda boleh menlihat artikel khusus mengenai cara-cara mengeksport database: Mengeksport Data
Tips: Jika anda terlupa nama pangkalan data (database) yang anda gunakan untuk Joomla anda, anda boleh mengetahuinya dengan membuka fail configuration.php didalam direktori joomla anda. dan lihat pada bahagian var $db  contohnya seperti berikut:



var $db = 'joomla'; ---> nama pangkalan data saya ialah joomla
var $dbprefix = 'jos_';
/* Server Settings */
var $live_site = '';



3. Seterusnya, anda perlu mengzipkan direktori joomla anda agar lebih mudah dan mempercepatkan process muat naik. Untuk melakukan proses ini, saya rekemenkan anda menggunakan perisian winrar. Winrar boleh dimuat turun disini https://www.rarlab.com/download.htm



4. Cara untuk menzipkan direktori joomla anda adalah seperi berikut:



4.1 Pilih kesemua fail dalam direktori Joomla anda



4.2 Klik butang kanan tetikus anda dan pilih Add to "Joomla.rar"

Tip: Nama bagi ext .rar itu mungkin berbeza bergantung kepada direktori anda.



Only local images are allowed.



4.3 Tunggu sehingga selesai, anda akan dapati satu fail baru akan dicipta dengan extension (ext) .rar.

  Only local images are allowed.



5. Seterusnya, capai CPanel bagi laman web anda dengan menambak perkataan cpanel, contohnya: www.example.com/cpanel.



6. Seterusnya Klik butang File Manager dan pilih www seterusnya klik OK.
Only local images are allowed.



7. Kemudian klik public_html pada sebelah kiri dan klik butang Upload pada bahagian atas.
Only local images are allowed.

8. Klik Brower dan cari fail yang dizip tadi. Tunggu sehingga proses muat naik selesai. Kembali semula kepada window File Manager dan klik Refresh, anda akan dapati fail tersebut berada dalam direktori public_html. Pilih fail tersebut dan klik butang kanan tetikus. Kemudian pilih extract. Tunggu sehingga process selesai.



Only local images are allowed.



9. Seterusnya, kembali kepada ruangan CPanel, dan pilih icon MySql Databases.
Only local images are allowed.



Kemudian cipta satu database baru dan guna user database yang baru, anda bebas memilih sebarang nama, dalam tutorial ini saya akan menggunakan

Database name: joomla

Database user : sayacom



9.1 Tuliskan nama joomla dan klik Create Database



Only local images are allowed.



9.2 Anda akan mendapat mesej yang mengatakan Database anda berjaya dicipta, kemudian klik Go back untuk mencipta user.



9.3 Untuk mencipta user baru, scroll kan pelayar web anda kebawah, dan isikan ruangan Username,  Password pada ruangan MySQL User dan click Create User. Anda akan mendapat paparan yang mengatakan User berjaya dicipta. Tekan Go Back.



Only local images are allowed.



9.4 Seterusnya kita perlula menletakkan atau assign user tersebut kepada Database yang kita cipta pada langkah 9.1



9.5 Lihat pada Add User To Database: Pilihkan user dan juga database dan klik Add.



Only local images are allowed.



Info: Pertambahan kripkorn dihadapan didalam gambar adalah disebabkan setting server. Gambarajah dan nama awalan pada database dan user adalah berlainan antara server.



10. Seterusnya, kita akan mengimport data yang kita eksport pada langkah 2 kedalam database yang baru.



11. Pada ruangan CPanel, klik icon PhpMyAdmin, dan pilih database yang anda cipta pada langkah 9 pada bahagian kiri, dan klik tab Import. Untuk tutorial lebih lanjut tentang import: Mengimport Data



12. Setelah selesai, anda perlula fail configuration.php, (untuk keselamatan, anda bolehlah membuat salinan fail tersebut sebelum anda membuat pengubahsuaian.



13. Buka fail tersebut dan ubah pada bahagian ini:



/* Database Settings */
var $dbtype = 'mysql';
var $host = 'localhost'; 
var $user = 'root'; <---Gantikan dengan user yang baru dicipta iaitu (kripkorn_sayacom)
var $password = ''; <---Gantikan dengan password user yang baru dicipta
var $db = 'joomla';  <---Gantikan dengan database yang baru dicipta iaitu (kripkorn_joomla)



14. Seterusnya,klik icon File Manager pada ruangan CPanel, dan pilih www sebagai pilihan dan klik OK.



15. Klik butang Upload, dan carikan fail configuration.php yang anda telah ubah,



Anda telah selesai, anda boleh mencapai website baru anda yang sama dengan localhost dengan menaip alamat laman web anda.

Penilaian: 
4
Average: 3.2 (5 votes)

Komen

kombat's picture

Joomla Ext tu apa? mmg kena install ke? kalau mcm saya nak upkan website ke local server melalui ftp, perlu ke saya install Joomla Ext ni?

stuck dekat Step #5 tu. CPanel tu, kena install separately jugak ke?

mohon bantuan. tq!

parasolx's picture
Admin

Joomla extension tuh adalah modul tambahan kepada sistem Joomla yang sedia ada. Kebiasaanya sistem asal hanya memuatkan perkara dan elemen yang penting sahaja. Sekiranya kita mahukan fungsi lebihan, kita perlu gunakan extension. Boleh pergi ke joomla.org, dan klik pada "Extension".

yang pada Step #5, itu adalah sistem control pada webserver. Selalunya webhost menggunakan perisian Cpanel, jadi untuk aksesnya hanya terus tambahkan "/cpanel" pada url domain kita.

Tapi ade juga webhost yang menggunakan DirectAdmin. untuk akses kena tambahkan ":2222" di bahagian hujung alamat seperti: "www.contohsahaja.com:2222"

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

kombat's picture

oic. apa-apa component yg kita install mcm joomfish suma tu eh? ingatkan, mmg ada tools 'joomla ext' tuk transfer file..

webhost yg gunakan Cpanel atau DirectAdmin ni, adakah yg parasolx katakan, hosting berbayar? kalau guna local server, camana ye cara dia? server saya tu, takde cpanel atau directadmin nih..

tq in advance

parasolx's picture
Admin

local server, maknanya server tuh kita punye la ek. cara dia sama sahaja.. cuba anda tak perlu masuk menerusi Cpanel la.. just drag and drop sahaja semua files ke dalam direktori server.. kemudian pindahkan database dengan sistem pengurusan database yang ada pada server tersebut.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

kombat's picture

haah server tu company punya. tapi, tak duduk satu building/kawasan dgn saya. tu sebab kena guna ftp. drag & drop files tak perlu untuk dizipkan. betul ke?

mcmmana dgn database eh? dia tak akan berada dalam folder yg sama dengan files interface tu kan?

parasolx's picture
Admin

kalu mcm tuh kena guna FTP jugak. tak perlu untuk zip, boleh terus pindahkan dengan current files.. lagi cepat sebenarnya...

mengenai database, kebiasaanya dia ade menyediakan perisian untuk menguruskan database. kebiasaanya adalah phpmyadmin yang terus datang dengan perisian server. cuba tny pihak yang menguruskan server tersebut.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

kombat's picture

kalau guna mysql pun blh jgk tak? ke, ada problem?

parasolx's picture
Admin

MySQL adalah satu aturcara yang berkaitan dengan pangkalan data. phpMyAdmin adalah satu perisian yang memudahkan kita untuk menguruskan data-data dalam pangkalan data.

phpMyAdmin dibina dengan gabungan bahasa aturcara PHP dan MySQL. jadi kalu saudara bertanya mengenai "mysql ade masalah untuk digunakan", sememangnya kita memerlukan mysql.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ramos's picture

salam..

nak tnya kalo la sy xleh nak access ke cpanel atas sbab tertentu, cmne ye sy nk create database??yg sy bleh lakukan adalah masuk melalui Winscp iaitu ftp untuk windows..sy da upload melalui ftp tp x berjaya sbb kna wat database dl..ade cara lain x nak wat selain g kat cpaneL??

parasolx's picture
Admin

ade beberapa cara iaitu kita guna scripting PHP untuk create satu laluan baru. just download mana-mana free script untuk handling database kemudian kita upload ke dalam server. kira dia jadi secondary phpmyadmin. so dari sana kita still bleh access database.

tapi ini jika owner server benarkan ID acc yang kita masuk menerusi FTP tuh mempunyai "All Priviledge". maknanya kita bleh create, delete, drop atau edit database. tapi kalu permission ni mmg owner server dah set awal2 tak boleh, so mmg kita tak bleh access database. terpaksa mintak orang yang menjaga acc cpanel untuk createkan satu database.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training