Tutorial disediakan oleh Badang



Terima kasih kepada Badang kerana telah menyediakan tutorial yang lengkap mengenai migrasi dari Joomla 1.0 ke Joomla 1.5 hasil dari pengalamannya sendiri.



NOTA:

Tutorial ini dihasilkan bagi membantu pengguna Joomla dengan menjelaskan langkah-langkah yang lebih terperinci, di samping menyediakan tips-tips yang perlu sebelum, semasa dan selepas proses migrasi dijalankan.



Tutorial adalah berdasarkan kepada pengalaman sendiri setelah merujuk kepada tutorial sedia ada di https://docs.joomla.org/Migrating_from_1.0.x_to_1.5_Stable.



AMAT PENTING:

Sila baca keseluruhan tutorial ini dahulu sebelum anda mengambil keputusan menggunakannya sebagai rujukan migrasi anda. Ia penting sebagai persediaan awal serta dapat mengelakkan anda menghadapi masalah semasa proses migrasi dijalankan.



 



SEBELUM MEMULAKAN MIGRASI



Perkara yang wajib dilakukan sebelum proses migrasi dijalankan ialah melakukan ‘backup’ terhadap pangkalan data dan laman web Joomla anda. Jika anda masih belum mempunyai sebarang komponen “backup”, dapatkan komponen “JoomlaPack” untuk Joomla 1.0.x di sini: http://joomlacode.org/gf/download/frsrelease/9920/37710/com_joomlapack-1.2.3-j10.zip



Lakukan proses pemasangan komponen “JoomlaPack” seperti mana biasa. Seterusnya ialah melakukan proses ‘backup’ sistem Joomla 1.0 menggunakan “JoomlaPack” seperti berikut:



Langkah 1: Mula dari menu – “Components” – “JoomlaPack” – “Control Panel



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8672



Langkah 2: Jika perlu (untuk saiz portal yang terlalu besar), pilih mana-mana direktori yang perlu dikecualikan dengan memilih menu “Exclude Directories”. Kadang-kadang, saiz direktori yang besar seperti galeri gambar akan menyebabkan ralat, sama ada masa ‘backup’ yang terlalu lama atau pun pelayar web akan tergantung (not responding).



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8673



Bagaimana pun, jika portal anda bersaiz kecil dengan kebanyakan gambar diletakkan di penyedia galeri percuma seperti ImageShack, PhotoBucket, Flickr dan lain-lainnya, anda tidak perlu bimbang untuk melakukan "backup" ke atas semua direktori.



NOTA: Perlu diingat bahawa, jika anda melakukan pengecualian ke atas mana-mana direktori komponen, pastikan juga anda melakukan pengecualian ke atas pangkalan data untuk komponen tersebut dengan memilih “Exclude DB Tables”.



Langkah 3: Seterusnya, muat turun fail xml untuk konfigurasi "backup" anda dengan memilih menu “Configuration Migration”. Kemudian, pilih “Export Configuration as XML”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8674



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8675

NOTA: Fail ini hanya untuk Migrasi versi Joomla yang sama ke pelayan web yang lain.



Langkah 4: Melakukan ‘backup’ terhadap laman web dan juga pangkalan data dengan memilih menu “Backup Now”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8676



Pilih “Backup Your Site” dan tunggu sehingga selesai.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8677

Setelah selesai, sekali lagi pilih menu “Backup Now” pada pusat kawalan dan diikuti dengan menu “Backup Your Database”.



Jika kedua-dua proses tidak menghadapi masalah, anda akan dipaparkan dengan paparan yang berikutnya seperti di bawah ini:



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8678

Kemudian, muat turun fail laman web dan pangkalan data yang telah di’backup’ sebelumnya dengan memilih butang “Administer Backup Files”.



Sekarang, anda telah pun selesai melakukan proses ‘backup’ laman web dan juga pangkalan data. Anda tidak perlu lagi bimbang untuk melakukan proses migrasi Joomla anda.



Perkara yang tidak kurang pentingnya sebelum memulakan proses migrasi ini ialah dengan membuat senarai semak. Antaranya ialah:



  1. Semak komponen, modul, plugin yang digunakan pada laman web asal. Kemudian, cari komponen, modul atau plugin yang anda gunakan samada disediakan untuk Joomla 1.5 atau pun tidak.

  2. Jika perlu, tanggalkan (uninstall) dahulu SEF ‘third-party’ yang digunakan. Pastikan anda tahu untuk menukarkan SEF ‘third-party’ kepada URL asal Joomla selepas ianya ditanggalkan.

  3. Sekurang-kurangnya anda telah melakukan pemasangan Joomla 1.5 sebanyak sekali samada di ‘localhost’ (komputer) atau pun di ‘live server’. Kalau belum, tidak salah untuk anda mencubanya!

  4. Menulis maklumat pangkalan data seperti jenis pangkalan data (Database type), nama hos (host name – biasanya “localhost”), nama pengguna (Username), kata laluan (Password), dan nama pangkalan data (Database name).


NOTA: Perlu diingat bahawa, untuk proses migrasi ini, anda akan menggunakan nama pangkalan data yang sama dengan pangkalan data Joomla yang asal. Hanya folder sahaja yang berbeza.



 



PROSES-PROSES MIGRASI



Terdapat dua kaedah proses migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5 yang boleh dijalankan iaitu Migrasi Semasa dan Migrasi Selepas Pemasangan Joomla.



NOTA: Jika sekiranya anda telah pun memasang Joomla 1.5 dan berhasrat untuk memindah semua pangkalan data dan kandungan dari web Joomla 1.0 anda yang lama, anda boleh teruskan pembacaan untuk kaedah yang kedua.



KAEDAH PERTAMA

Migrasi Semasa Pemasangan Joomla 1.5



Untuk tutorial ini, anda akan menggunakan komponen “Migrator” yang boleh didapati dari laman web http://joomlacode.org/gf/project/pasamioprojects/frs/.



Langkah 1: Setelah pemasangan selesai, mulakan komponen “Migrator” anda. Klik pada menu “Components” > “Migrator”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8679



Langkah 2: Anda seterusnya akan dipaparkan dengan paparan seperti di bawah. Buat masa ini, anda hanya perlu fokuskan kepada pautan “Create Migration SQL File”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8680



Langkah 3: Kemudian, anda perlu menunggu sehingga “Migrator” selesai menjalankan tugasnya tanpa sebarang ralat seperti paparan berikut:



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8681

Berikutnya, pilih pautan “Download” untuk memuat turun fail migrasi yang telah disiapkan.



Langkah 4: Login ke cPanel penyedia web anda, pilih menu “File Manager” pada ruangan “File”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8682
NOTA: Setiap penyedia web mungkin berbeza dari segi pusat pengurusan direktori fail dan juga paparan cPanel.



Langkah 5: Cipta satu folder baru di dalam root/public_html. Nama folder bergantung kepada kesesuaian dan kehendak anda sendiri.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8683



Langkah 6: Muat naik folder Joomla 1.5 ke dalam direktori baru dicipta menggunakan menu “Upload”. Kemudian, pilih dan ekstrak fail tersebut dengan memilih menu “Extract”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8690



Langkah 7: Mulakan proses pemasangan Joomla 1.5 dengan menaip URL laman web anda pada tetingkap pelayar web, misalnya http://example.com/v1/



Teruskan proses tersebut sehingga anda tiba pada halaman “Database Configuration” seperti gambaran di bawah. Isikan maklumat asas berkaitan dengan pangkalan data anda seperti berikut:



  1. Database Type – jenis pangkalan data yang disediakan oleh penyedia web anda.

  2. Host Name – nama host yang mengendalikan pangkalan data. Biasanya ialah “localhost”.

  3. Username – nama pengguna yang digunakan untuk login ke cPanel.

  4. Password – kata laluan yang digunakan untuk login ke cPanel.

  5. Database Name – nama pangkalan data yang digunakan pada Joomla 1.0.x anda.


Kemudian, pilih menu “Advanced Setting”. Pastikan anda memilih “Backup Old Tables” dan juga gunakan prefix pangkalan data “jos_” (atau pun nama-nama yang lain selain “bak_” kerana ia digunakan untuk pangkalan data yang bakal di’backup’).



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8689



Langkah 8: Setelah selesai mengisi maklumat pangkalan data, tekan butang “Next”. Sekiranya maklumat yang diberikan adalah tepat, anda seterusnya akan ditunjukkan dengan halaman seterusnya iaitu “Main Configuration”.



Halaman “Main Configuration” ini merupakan bahagian yang paling kritikal dan menentukan samada proses migrasi yang dijalankan berjaya atau sebaliknya. Oleh itu, sila ikutinya dengan teliti mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti gambar berikutnya ini:



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8688



  1. Pilih “Load Migration Script” .

  2. Pada “Old Table Prefix”, isikan maklumat prefiks untuk pangkalan data yang digunakan pada Joomla 1.0 anda. Secara default, Joomla menggunakan prefiks

    jos_ pada pangkalan data semasa proses pemasangan.

  3. Manakala, “Old Site Encoding” pula merujuk kepada jenis penyahkodan pangkalan data yang digunakan. Jika anda tidak mengubah defaultnya semasa pemasangan Joomla 1.0, pangkalan data lama dinyahkod dalam bentuk “latin1_” atau “UTF-8”. Jadi, kekalkan default pemasangan dicadangkan iaitu iso-8859-1.

  4. Pilih skrip migrasi anda pada komputer dengan menekan butang “Browse” untuk dimuatnaik.

  5. Pastikan ruangan ini yang ditanda, kecuali anda melakukan pemasangan Joomla secara manual.

  6. Tekan butang “Upload and Execute”.


Langkah 9: Jika segalanya berjalan seperti yang dirancangkan, paparan halaman berikut akan dipaparkan:



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8687



Kemudian, klik butang “Next” seperti yang dicadangkan untuk mengisi maklumat laman web terbaru anda.



Anda telah pun selesai melakukan proses migrasi semasa pemasangan Joomla 1.5.



KAEDAH KEDUA



NOTA: Biasanya, migrasi ini dijalankan memandangkan pengguna telah pun memasang Joomla 1.5 tanpa berhasrat menutup laman web asal, atau juga tidak mahu memasang Joomla 1.5 pada pangkalan data asal Joomla 1.0.



Langkah 1: Terlebih dahulu, lakukan proses migrasi pada laman web asal anda seperti dalam ‘Langkah 1 hingga Langkah 3’ pada “Kaedah Pertama: Migrasi Semasa Pemasangan Joomla 1.5”.



Langkah 2: Pasang komponen “Migrator Assistant” yang juga boleh didapati di laman web http://joomlacode.org/gf/project/pasamioprojects/frs/



Langkah 3: Pilih menu “Components” > “Migration Assistant”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8686



Langkah 4: Pada paparan ini, beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti yang dimaklumkan pembangunnya, iaitu:



  1. Versi komponen Migrator yang digunakan untuk proses migrasi.

  2. Amaran bahawa semua data asal laman baru anda akan dipadamkan


Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8685



Jika anda memahami situasi yang dinyatakan dan ingin meneruskan proses migrasi pada laman baru anda, klik butang “Browse” untuk memilih skrip migrasi. Untuk “Old Site Encoding”, kekalkan default iso-8859-1 jika sekiranya anda tidak mengubah apa-apa konfigurasi penyahkodan (encoding) pada pangkalan data Joomla 1.0 yang asal.



Jika tiada sebarang masalah, satu paparan “Migration Successful” akan ditunjukkan.



NOTA: Default penyahkodan untuk Joomla 1.0 ialah “latin1_” atau “UTF-8”.



 



SELEPAS SELESAI MIGRASI



Beberapa perkara perlu diberi perhatian selepas anda melakukan proses migrasi menggunakan komponen “Migrator” ini. Antaranya ialah:



  1. Komponen, modul dan plugin ‘third-party’ tiada. Ini kerana tiadanya skrip ‘thirdparty’ yang disediakan untuk komponen “Migrator” (sehingga tutorial ini dihasilkan).

  2. Kandungan berita atau artikel yang bukan dalam kategori asal Joomla menjadi “Uncategorised”.

  3. Gambar-gambar yang diletakkan pada artikel juga akan hilang kerana masalah “broken URL”.


Bagi mengatasi masalah ini, adalah dinasihatkan agar anda tidak menghapuskan sebarang dokumen, folder, fail-fail, serta pangkalan data yang asal terlebih dahulu. Dengan menggunakan senarai semak yang sediakan sebelumnya, dapatkan semula komponen, modul dan plugin yang digunakan pada laman web asal, jika ada.



Untuk berita atau artikel dan juga gambar-gambar pada artikel tidak akan dibincangkan secara panjang lebar pada tutorial ini kerana ia agak mudah untuk diatasi iaitu dengan cara mengemaskini semula seksyen dan kategori serta url bagi gambar. Malah, folder untuk gambar juga boleh dipindahkan dari folder laman web Joomla yang lama.



Hanya komponen seperti “Community Builder” sahaja dibincangkan pada tutorial ini kerana ia melibatkan data penting iaitu pangkalan data ahli-ahli.



 



Profil Ahli: Komponen “Community Builder - CB”

Untuk pengguna yang tidak menggunakan sebarang komponen bagi profil ahli, semua rekod keahlian dapat dipindahkan dengan baik semasa proses migrasi sebelumnya.



Bagaimana pun, jika anda menggunakan komponen “Community Builder”, anda terpaksa melakukan pemindahan ahli secara manual. Sekiranya, semua profil keahlian CB berada pada pangkalan data yang sama, ianya agak mudah untuk diselesaikan. Muat turun komponen tersebut untuk Joomla 1.5 Native. Pasangkannya pada laman web baru anda. Sebagai permulaan, hanya lakukan konfigurasi pada komponen CB yang baru dipasang.



Kemudian, login pada cPanel > pilih “PHPMyAdmin”. Pilih pangkalan data Joomla anda, klik pada table jos_comprofiler (default Joomla). Anda akan dapati bahawa ruangan sebelah kanan akan memaparkan struktur bagi table jos_comprofiler.



Seterusnya, pilih menu “Operations” pada ruangan kanan untuk table jos_comprofiler. Kemudian, pada ruangan “Table Options”, tukarkan nama table jos_comprofiler di bahagian “Rename table to”, misalnya menjadi bak1_comprofiler. Kemudian, tekan butang “Go”.



Migrasi Joomla 1.0 ke Joomla 1.5-8684



Selanjutnya, lakukan perkara yang sama untuk table bak_comprofiler. Tetapi, pada kali ini, setelah menu “Operations” dipilih, pada ruangan “Table options”, namakan pada “Rename table to” menjadi jos_comprofiler (jos_ merupakan default). Kemudian, pastikan pada “Collation” anda telah memilih “utf8_general_ci”. Dan tekan butang “Go”.



Setelah semuanya selesai, kembali kepada bahagian Administrator (back-end), untuk meneruskan ketetapan (setting) pada komponen “Community Builder” anda.



NOTA: Cara yang sama boleh digunakan untuk komponen lain seperti FireBoard.



Selamat Mencuba!



TUTORIAL TAMAT

Penilaian: 
No votes yet

Komen

parasolx's picture
Admin

Tutorial ini telah disediakan sepenuhnya oleh AllKrip Badang. Terima kasih atas sumbangan tutorial ini untuk digunakan sebagai panduan kepada AllKrip yang lain dalam melakukan migrasi/penain taraf Joomla versi 1.0 ke Joomla versi 1.5.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Badang's picture

Maaf sebab tersalah URL pada "KAEDAH KEDUA" pada "Langkah Kedua". Tukar URL http://www.joomlapack.net/download/JoomlaPack-Components-download.html kepada http://joomlacode.org/gf/project/pasamioprojects/frs/

Bila dah baca kali kedua, baru terperasan Only local images are allowed.