Pengenalan Mengenai Intergrasi Joomla 1.5 dan phpBB3

Dalam tutorial ini kita akan lakukan intergrasi antara Joomla 1.5 dan phpBB3. Intergrasi bermaksud menggabungkan dua perisian (dalam konteks ini CMS Joomla dan Bulletin Board phpBB) menjadi satu. Proses intergrasi ini hanya melibatkan proses pendaftaran, log masuk, log keluar dan senarai bacaan topik/pos pada phpBB boleh dipaparkan pada Joomla dan dilakukan hanya sekali. Maknanya, pengguna hanya daftar, log masuk atau log keluar hanya sekali sahaja dan disinkronasikan pada kedua-dua perisian ini.

Anda mungkin melihat yang phpBB seolah-olah dimasukkan terus ke dalam Joomla seperti Joomla.org, tetapi sebenarnya proses ini perlu dipanjangkan ke bahagian modifikasi templat phpBB. Saya akan tunjukkan dari awal sehingga proses ini selesai.

Nota:

  • Anda boleh mencuba dahulu pada Localhost. Setelah berjaya barulah mencuba di live server.
  • Sekiranya Joomla pada live server sudah mempunyai data, pastikan anda backup dahulu keseluruhan Joomla dan pangkalan datanya.
  • Saya telah mencubanya di live server yang mempunyai data dan pengguna berdaftar, semuanya berjalan dengan lancar.

Keperluan

Sebelum kita teruskan, pastikan anda telah mempunyai perkara tersebut di dalam komputer anda.

  1. Joomla 1.5 Stable (hanya Joomla 1.5 sahaja, 1.0 tidak boleh dilakukan)
  2. Rockbridge 1.0 rc9 (pastikan anda download rc9 bukan rc8). Klik di sini untuk download (Component ini sudah tidak sokong).
  3. phpBB 3.0.4 Stable. Klik di sini untuk download phpBB3.

Pastikan server pada Localhost anda telah diaktifkan mod_rewrite sebelum proses ini dijalankan. Jika tidak anda akan mengalami masalah Server Internal Error 500.

Proses Pemasangan

Seperti biasa, pasangkan Joomla 1.5 pada localhost. Sekiranya anda masih lagi baru, ikuti pemasangan Joomla 1.5 di sini. Setelah selesai pemasangan Joomla 1.5 kita akan teruskan dengan pemasangan phpBB3.

PENTING!

Anda mempunyai 2 pilihan untuk pemasangan phpBB ini sama ada menggunakan pangkalan data (database) yang berlainan atau database yang sama dengan Joomla. Kedua-duanya tiada masalah.

Kelebihan menggunakan satu database memudahkan proses backup database dilakukan hanya sekali untuk merangkumi kedua-dua database perisian (Joomla dan phpBB). Saya cadangkan agar pemasangan phpBB digabungkan terus pada database Joomla.

"Extract" atau kembangkan fail zip phpBB3 tadi pada ruangan Desktop terlebih dahulu. Kemudian pindahkan folder phpBB3 tadi ke dalam folder Joomla. Perhatikan gambar rajah dibawah ini:

Only local images are allowed.

Ini adalah saat genting sebelum proses seterusnya dilakukan. Sekiranya anda mahukan pautan pada laman web seperti ini: "http://www.example.com/forum", pastikan nama folder untuk phpBB3 ini tidak menggunakan nama yang sama iaitu "forum". Gunakan nama lain dan dalam contoh ini saya biarkan "phpBB3" kerana diakhir sekali saya mahukan alamat tersebut menjadi seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Anda mungkin agak keliru sekarang, tapi untuk percubaan letak sahaja nama seperti yang saya cadangkan. Seterusnya, proses pemasangan phpBB3 pada localhost. SILA IKUTI TUTORIAL INI. Nanti dulu...

Untuk pemasangan phpBB3 ini, anda haruslah pasang dari folder Joomla dan BUKAN melakukan pemasangan phpBB3 yang lain pada folder <root> (www atau htdocs). Targetkan URL pada pelayar anda dengan http://localhost/joomla/phpbb3.

Pada langkah ke (7), iaitu proses kemasukkan maklumat database, oleh kerana kita mahu gabungkan database Joomla dan phpBB pada satu database, pastikan pada ruangan "Database Name" dimasukkan nama database Joomla.

Saya anggapkan proses pemasangan phpBB tadi telah selesai dan tidak mengalami apa-apa masalah. Sekiranya mempunyai masalah, sila kemukakan pada bahagian forum kami. Seterusnya kita akan memulakan proses intergrasi dengan memasang component Rokbridge pada Joomla.

 

Pemasangan komponen Rokbridge

Masuk ke ruangan Administrator Joomla, menu Extension dan klik Install/Uninstall.

Only local images are allowed.

Seterusnya, klik "Browse" dan cari component Rokbridge yang telah anda download pada awal-awal tutorial. Kemudian klik "Upload File & Install". Setelah selesai dan berjaya, mesej akan dipaparkan.

Only local images are allowed.

Only local images are allowed.

Seterusnya akses component tadi di: Compenent Rokbridge.

Only local images are allowed.

Paparan ini akan dipaparkan. Ini merupakan peringkat genting. Sila baca dan paham betul-betul.

Only local images are allowed.

Terdapat status "The phpBB3 path can not be found" akan keluar kerana nilai asal yang dimasukkan oleh Rokbridge untuk folder phpBB3 adalah distribution. Kembali ke yang pertama, kita mahukan pautan forum seperti ini: http://localhost/joomla/forum, maka untuk "Bridge path" masukkan nilai "forum". Jika anda mahukan nama lain seperti "komuniti", masukkan nama tersebut.

Untuk "phpBB3 path", masukkan "phpBB3" kerana forum phpBB3 tadi telah kita pasangkan dalam folder tersebut. Aktifkan semua pilihan SEF untuk mendapat URL yang cantik dan "bot friendly" dan aktifkan "Force Remember Me" untuk memastikan pengguna sentiasa log masuk. Seterusnya klik "Save" di atas sebelah kanan. Tetapan yang terakhir adalah seperti ini:

Only local images are allowed.

Seterusnya, klik "Install" untuk "phpBB3 Bridge", diikuti dengan "phpBB3 Authentication Plugin" dan kemudian "phpBB3 Patch". Setelah selesai, ini anda akan dapat:

Only local images are allowed.

 

Tetapan Untuk phpBB3

Seterusnya kita perlu masukkan tetapan untuk phpBB3 bagi membiarkan hanya Joomla! sahaja menguruskan segala proses tambah, buang dan ubah suai pengguna. Log masuk sebagai administrator di bahagian forum dengan tambahkan "/phpBB3" pada alamat laman Joomla! dan terus ke bahagian ACP.

Pastikan anda log masuk menggunakan ID semasa anda pasang phpBB3 dan bukan ID Joomla kerana proses belum lagi selesai. Di bahagian "Client Communication", klik pautan "Authentication". Kemudian pada pilihan "Select an authentication method", pilih Joomla. Seperti ini:

Only local images are allowed.

Setelah anda klik "Submit", maka selesai proses intergrasi. Sekarang, cuba anda berada di muka depan Joomla dan tambahkan "/forum". Jika phpBB3 dipaparkan, maka semuanya berjalan lancar.

 

Memasukkan pautan Forum pada Joomla

Anda boleh untuk membuat "direct link" tetapi lebih baik kita gunakan Rokbridge Menu. Katakan saya mahu masukkan pada "top menu", terus ke bahagian: Menus Top Menu. Kemudian klik "New". Klik "Rokbridge". Kemudian tetapkan semua pilihan di bawah "Menu Item Details". Jika mahu forum tersebut hanya boleh dilihat oleh ahli berdaftar, letakkan pilihan "Registered" atau "Public" untuk umum.

Seterusnya klik pada pilihan "Parameter (Component)" di sebelah kanan. Masukkan semua ruangan sama seperti dalam Rokbridge tadi. Kemudian "Save". Anda boleh rujuk gambar dibawah sebagai panduan.

Only local images are allowed.

Dan jika anda lihat pada paparan halaman depan Joomla!, akan ada menu tersebut:

Only local images are allowed.

 

Isu Pendaftaran Pengguna Baru

Proses intergrasi telah pon selesai. Tetapi sekiranya terdapat pengguna baru ingin mendaftar, mereka boleh mendaftar sama ada melalui Joomla! atau phpBB3. Ini akan menimbulkan konflik, jadi kita perlu tetapkan hanya ada satu ruang sahaja untuk mendaftar, iaitu melalui Joomla!. Terdapat 2 cara iaitu:

  1. Tetapkan hanya pengguna berdaftar boleh memasuki forum melalui tetapan pada "Menu details" dibahagian menu tadi.
    Cara ini mungkin menyebabkan pengguna rasa mereka terpaksa mendaftar dahulu sebelum dapat melihat forum. Kita mahu biarkan pengguna lihat dahulu forum kita.
  2. Matikan proses pendaftaran pada phpBB3.
    Ini adalah cara yang terbaik.

Jadi, untuk mematikannya, masuk ke bahagian ACP phpBB3. Anda sudah boleh menggunakan ID pada Joomla untuk log masuk. Terus ke "Board Configuration" pada tab "General" dan klik pautan "User registration settings". Kemudian pada "Account activation", pilih "Disable". Kemudian "Submit". Selesai.

Only local images are allowed.

Isu Theme/Template

Rasanya ini adalah bahagian yang paling ditunggu-tunggu. Jika anda perasan, apabila dari Joomla, klik sahaja pautan forum dan theme Joomla! tidak dimasukkan ke dalam phpBB3, sebalik menggunakan theme phpBB3 yang asal.

Kenapa? Bukan ke dah intergrasi ke? Seperti yang saya bagitau sebelum ini, intergrasi ini hanya melibatkan pengesahan identiti pengguna sahaja TIDAK termasuk theme. Sama ada anda boleh gunakan "Wrapper" atau lakukan sedikit pengubahsuai theme mudah. Teknik "wrapper" tidak saya galakkan kerana kelihatan tidak professional.

Kita akan buat "trick" kepada pengguna supaya mereka tertipu dengan teknik ini. Hehehe.. Saya gunakan theme Joomla! yang asal. Sekiranya anda mempunyai theme yang berlainan, gunakan tutorial ini sebagai panduan dan kreatif sedikit.

Pastikan anda berada pada halaman utama Joomla! dan paparkan "page source" untuk laman yang telah dihasilkan oleh Joomla! melalui perisian pelayar anda (browser).

Only local images are allowed.

Jangan tersalah melihat skrip atau koding asal Joomla (seperti index.php) sebaliknya "page source" yang anda boleh lihat melalui fungsi pelayar web anda.

Only local images are allowed.

Perhatikan pada skema theme untuk Joomla! asal. Kita akan masukkan phpBB3 ke tempat tersebut. Kita hanya perlu menyalin koding yang dihasilkan oleh Joomla! melalui "source" dan dimasukkan ke dalam template phpBB3. Untuk kawasan biru, keseluruhan koding perlu dimasukkan ke dalam fail overall_header.html manakala hijau dimasukkan ke dalam overall_footer.html.

Overall_header.html

1. Ini adalah "source" untuk template Joomla!. Salin kod ini dari mula hingga akhir merujuk kepada yang berlatar kuning:

</head>
<body id="page_bg" class="color_blue bg_blue width_fmax">
<a name="up" id="up"></a> <div class="center" align="center"> <div id="wrapper"> 
sehingga

    </div>     <div id="whitebox_m">
<div id="area"> 

 <div id="leftcolumn">
<div class="module_menu">

Dan bukak fail: phpBB3\styles\prosilver\template\overall_header.html

Tampalkan (paste) kod tadi selepas:

<body id="phpbb" class="section-{SCRIPT_NAME} {S_CONTENT_DIRECTION}">

2. Kemudian, salinkan ke semua pautan "stylesheet" Joomla! iaitu:

<link rel="stylesheet" href="https://www.drupalnote.my/../templates/system/css/system.css" type="text/css" />
<link rel="stylesheet" href="https://www.drupalnote.my/../templates/system/css/general.css" type="text/css" />
<link rel="stylesheet" href="https://www.drupalnote.my/../templates/rhuk_milkyway/css/template.css" type="text/css" />
<link rel="stylesheet" href="https://www.drupalnote.my/../templates/rhuk_milkyway/css/blue.css" type="text/css" />
<link rel="stylesheet" href="https://www.drupalnote.my/../templates/rhuk_milkyway/css/blue_bg.css" type="text/css" />
<!--[if lte IE 6]>
<link href="https://www.drupalnote.my/../templates/rhuk_milkyway/css/ieonly.css" rel="stylesheet" type="text/css" />
<![endif]-->

Dan tampalkan dalam fail yang sama tadi cume kedudukannya yang agak berbeza iaitu di dalam <head></head>.

Only local images are allowed.

Pastikan anda meletakkan pautan yang betul iaitu dengan menukarkan nama folder Joomla! kepada "../" kerana phpBB3 berada satu folder ke dalam. Kemudian masukkan selepas tag <head>. Pastikan selepas tag ini dan bukan sebelum </head> kerana hasil yang teruk anda akan dapat.

3. Kemudian, ubahkan kod

<body id="phpbb" class="section-{SCRIPT_NAME} {S_CONTENT_DIRECTION}">

kepada

<body class="section-{SCRIPT_NAME} {S_CONTENT_DIRECTION}" id="page_bg" class="color_blue bg_blue width_fmax">

Overall_footer.html

1. Seterusnya, salin "source code" Joomla! dari:

      </div>
      <div class="clr"></div>
</div>
<div class="clr"></div>
    </div>
    <div id="whitebox_b">
<div id="whitebox_bl">
<div id="whitebox_br"></div>

Sehingga sebelum </body>. Kemudian bukak fail: phpBB3\styles\prosilver\template\overall_footer.html

2. Dan tampalkan (paste) sebelum tag </body>.

Seterusnya, simpan kedua-dua fail tersebut. Terus ke bahagian ACP, klikkan butang "Purge cache". Kemudian lihat forum anda sudah bertukar seperti ini:

Only local images are allowed.

 

Perhatian

Proses modifikasi template ini hanya melibatkan kemasukan koding dan jika berlaku sebarang perubahan pada template Joomla!, maka tidak akan memberi kesan kepada phpBB3. Jadi anda perlu ulang semula proses tadi dari awal hingga akhir.

Modul-modul seperti "Text rotator" juga tidak akan dipindah masuk ke dalam phpBB3 kerana kedua-dua tidak bersangkut paut.

Jadi terpulang kepada kekreatifan anda melakukan modifikasi template ini. Tutorial ini hanya menerangkan cara, panduan dan konsep sahaja. Jika merasakan agak susah, anda boleh gunakan kembali alternatif pertama, iaitu "Wrapper".

Muat turun Theme Siap Sedia

Mungkin bagi yang baru sahaja menggunakan phpBB agak sukar untuk anda memahaminya. Jadi di sini saya menyediakan template siap sedia yang telah dimodifikasi oleh Badang untuk anda muat turun.

Muat turun fail ini (attachment), extract dan kemudian masukkan ke dalam folder "phpBB3/styles/". Masuk ke ACP Styles. Klik "Install" dan setkan sebagai template "Default".

Siap.

Penilaian: 
5
Average: 4.1 (12 votes)
File attachments: 

Komen

parasolx's picture
Admin

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

faeza's picture

mcm ne nak gunakan easyphp???
tlg...

drupalnote's picture
Admin

boleh cuba dapatkan maklumat mengenai tutorial tersebut di dalam internet. pihak kami tidak menyediakan tutorial untuk perisian aturcara terbuka tersebut.
ATAU boleh bukak topik ini di bahagian forum.

malayneum's picture

Alhamdulillah..

Dah lame aku wat tak jadik2 nih..

Kudos to Parasolx for his great effort

------

~heroes was not the strongest,but the bravest one~

micuhani's picture

kat mana nak aktifkan mod_rewrite 2...boley kasi link x..tq

parasolx's picture
Admin

kalu di localhost.. mean server dalam komputer sendiri, aktifkan dengan left-click pada icon dekat dgn jam tuh, kemudian ambek menu apache >services >rewrite_module. Klik untuk enable. Tapi kalu di live server, perlu mintak web hoster tuh aktifkan. just send email kt diorg mintak diorang enable kan mod_rewrite.

Atau sila ikuti tutorial ini: http://www.kripkornstudios.com.my/tutorial-semuka/aktifkan-modrewrite

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

malayneum's picture

"..Muat turun fail ini (attachment), extract dan kemudian masukkan ke dalam folder "phpBB3/styles/". Masuk ke ACP > Styles. Klik "Install" dan setkan sebagai template "Default"..."

Ni fail mana nak ambik?

------

~heroes was not the strongest,but the bravest one~

parasolx's picture
Admin

kt bawah sekali.. kan ade section dia tulis attachment tuh.. download fail yang tuh.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

blogger_boy's picture

kalu intall template tu kluar benda nie:

General Error
SQL ERROR [ mysqli ]

Incorrect string value: '\xA9 zuha...' for column 'imageset_copyright' at row 1 [1366]

SQL

INSERT INTO phpbb_styles_imageset (imageset_name, imageset_copyright, imageset_path) VALUES ('phpbb_milky for Joomla', '� zuhairi, 2009', 'phpbb_milky')

BACKTRACE

FILE: includes/db/mysqli.php
LINE: 163
CALL: dbal->sql_error()

FILE: includes/acp/acp_styles.php
LINE: 3324
CALL: dbal_mysqli->sql_query()

FILE: includes/acp/acp_styles.php
LINE: 3110
CALL: acp_styles->install_element()

FILE: includes/acp/acp_styles.php
LINE: 2787
CALL: acp_styles->install_style()

FILE: includes/acp/acp_styles.php
LINE: 155
CALL: acp_styles->install()

FILE: includes/functions_module.php
LINE: 507
CALL: acp_styles->main()

FILE: adm/index.php
LINE: 74
CALL: p_master->load_active()

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

hrm.. aku rasa sebab berlainan versi phpbb ni. sebab masa badang buat modifikasi ni tak silap pada phpb3.0.3. Lagipun pada phpb3.0.5 dah banyak coding modification yang berubah. kemungkinan besar perkara nih terjadi.

rasanya lebih baik gunakan cara manual untuk synchronizekan theme antara phpbb dengan joomla. terpaksa godek2 sedikit la css dengan html.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

woogyboo's picture

woohoo..

thnx utk tutorial ini..try wat td jadi la..best2!!

parasolx's picture
Admin

bagus.. jangan lupa untuk memberikan penilaian terhadap tutorial ini.. agar dapat menarik minat orang lain untuk mencubanya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

afiza's picture

Boleh siapa-siapa tolong buat video untuk tutorial ini supaya lebih senang faham???

parasolx's picture
Admin

bahagian mana yang tidak faham? boleh cuba jelaskan dan huraikan sket.

TQ

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

afiza's picture

buatlah video tutorial dari A sampai Z.
TQ

parasolx's picture
Admin

salam, afiza, kami bertanyakan dibahagian mana yang tidak faham.. sebab kalu kita buat tutorial video keadaan tetap sama sebab saudari tetap tidak akan faham.. jika boleh nyatakan dibahagian mana yang tidak faham.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

johnburn's picture

ada kelebihan gak tutorial cmni kl nk banding tutorial video
selain jimatkn bandwith (haha), kl contoh ada code, snang nk copy
kl video pnya tutorial, mungkin akan tersilap salin code2 ni sume

zul_azemi's picture

Salam bro, apa-apa pun sy ucap terima kasih byk2 diatas perkongsian tutorial ini dan sy dh buat ikut cara yang diajar, hasil nya BERJAYA!

tetapi sekarang sy mau modifikasi phpBB3 tu dalam template yg lain pulak. Template yg sy maksudkan ialah Oldtimer.
Bagaimana Caranya ?

parasolx's picture
Admin

adakah templat Oldtimer tuh adalah templat Joomla?
untuk modifikasi mengenai templat, saudara memerlukan beberapa latihan teknikal berkaitan dengan CSS dan HTML bagi memudahkan proses ini. boleh belajar disini. forum KS sentiasa terbuka untuk sesiapa ingin belajar.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

harsa's picture

salam,
ni first time nak intergrate joomla with phpbb3..
saya sangkut kat no. 7.. bila view forum dari site joomla.. dia cam pelik je..

cuba tengok http://harsa.biz/images/display.png

nape dia kuar cenggitu..

pls advice..

parasolx's picture
Admin

dah lakukan "Purge cache" di bahagian ACP phpBB ke belum?
jika sudah, cuba check semula pengubahsuain kod terutama pada overall_header.html adakah modifikasi yang dilakukan itu melibatkan penambahan kod tanpa membuang kod-kod yang asal.

jika masalah masih berlaku, boleh utarakan isu ini di forum agar perbincangan berterusan boleh dilakukan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

mindasiswa's picture

Integrasi drupal dgn forum bagaimana?? sama ke dgn joomla..?

parasolx's picture
Admin

tidak. integrasi Drupal dengan phpBB lagi mudah. hanya download module ini: http://drupal.org/project/phpbbforum
1. install phpBB dalam folder di dalam folder Drupal.
2. kemudian aktifkan module tersebut.
3. masukkan tetapan/settings daripada module.
4. selesai.

module ini memberikan pilihan sama ada anda mahu phpBB di"wrap" masuk ke dalam theme Drupal ATAU phpBB separate dari Drupal tetapi proses log in dan masuk diselaraskan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

mindasiswa's picture

error y dpapar begini
Fatal error: Cannot redeclare user_delete() (previously declared in.....

parasolx's picture
Admin

phpbb version terbaru ke?
dalam setting module phpbbforum tuh kena assignkan table yang digunakan pada phpbb dengan drupal. sebab jadi mcm tuh kerna kita tak assign, jadi module tuh dia xbleh nak synchronize dua database.

apabila drupal cuba untuk delete user dari database Drupal, ia tak boleh nak buat perkara yang sama pada database phpbb sebab kita belum assign lagi table mana yang perlu dilakukan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

mindasiswa's picture

nak assign table mcmna?

mindasiswa's picture

satu lg apa maksud ni
Please delete, move or rename the install directory before you use your board. If this directory is still present, only the Administration Control Panel (ACP) will be accessible.
sy nak masuk user control panel tp xbleh. kenapa ye?

parasolx's picture
Admin

dah buang ke folder "install" untuk phpBB? kalu tak buang atau rename kan folder itu, hanya ADMIN sahaja yang bleh guna forum. lepas buang atau rename nnt automatic forum akan bleh guna oleh user lain.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

mindasiswa's picture

ye ke..nanti sy cuba..folder tu rename apa2 nama pun bleh kan?

mindasiswa's picture

ok..y pasal user control panel dh setel..thanks...

Pages