Salam sumer... maaf lar dalam tutorial kali ni saya akan gunakan bahasa rojak sket sebab taip tgh2 malam tetapi sebab ramai yang minta, jadi saya tetap tulis untuk anda.



Pertama sekali anda memerlukan player untuk memainkan lagu-lagu yang terdapat dalam PC anda. Saya sangat2 cadangkan agar anda gunakan Winamp dan boleh dimuat turun secara percuma (http://www.winamp.com). Winamp berupaya untuk menukarkan secara terus format mp3 yang high quality kepada yang lebih stabil untuk distreaming oleh pengguna.



Kedua, anda perlu mengira kekuatan bandwidth internet anda kerana ini akan menentukan bilangan pendengar yang boleh streaming radio anda pada suatu ketika. Saya bagi contoh, andaikan anda menggunakan kualiti muzik anda pada 128 kbps (ini mmg high quality giler ni) dan muat naik (upload) bandwith internet anda adalah 256 kbps, bermakna bilangan pendengar yang boleh mendengar adalah 256/128 = 2 orang pd satu masa.



Sekarang kita akan mulakan proses untuk membuat broadcasting radio. Dalam tutorial ini saya akan gunakan:



  • Winamp - untuk memainkan lagu

  • Oddcast DSP - plugin kepada Winamp untuk broadcasting ke dalam server

  • Icecast - untuk hantar radio kepada pengguna


Saya gunakan Vorbis format untuk broadcasting kerana ia lebih berkualiti dari segi bunyi dan lebih kecil berbanding MP3 format.



Sekarang kita mulakan. Pertama anda perlu muat turun dahulu perisian Icecast dari sini. Installkan software ini dan run. Kemudian klik "Edit configuration" dalam "Configuration" menu. Satu paparan tetingkap Notepad akan dikuarkan. Berikut adalah setting yang saya gunakan:



<icecast>
    <limits>
        <clients>100</clients>
        <sources>2</sources>
        <threadpool>5</threadpool>
        <queue-size>524288</queue-size>
        <client-timeout>30</client-timeout>
        <header-timeout>15</header-timeout>
        <source-timeout>10</source-timeout>
        <burst-on-connect>1</burst-on-connect>
        <burst-size>65535</burst-size>
    </limits>

    <authentication>
        <source-password>hackme</source-password>
        <relay-password>hackme</relay-password>
        <admin-user>admin</admin-user>
        <admin-password>hackme</admin-password>
    </authentication>

    <hostname>localhost</hostname>
    <listen-socket>
        <port>8000</port>
    </listen-socket>

    <fileserve>1</fileserve>


    <paths>
        <basedir>./</basedir>

        <logdir>./logs</logdir>
        <webroot>./web</webroot>
        <adminroot>./admin</adminroot>
        <alias source="/" dest="/status.xsl"/>
    </paths>

    <logging>
        <accesslog>access.log</accesslog>
        <errorlog>error.log</errorlog>
        <loglevel>4</loglevel> <!-- 4 Debug, 3 Info, 2 Warn, 1 Error -->
        <logsize>10000</logsize> <!-- Max size of a logfile -->
    </logging>

    <security>
        <chroot>0</chroot>
    </security>
</icecast>



Anda boleh cut n paste setting yang saya gunakan tetapi pastikan untuk menukar kata laluan "hackme" kepada yang lebih selamat. Di bahagian <clients>100</clients>, pastikan anda memasukkan bilangan pendengar yang mampu untuk stream radio anda dengan menggunakan pengiraan yang saya berikan sebelum ini. Yang lain pastikan kekal.



Setelah selesai, simpan fail tersebut dan tutup tetingkap ini. Klik butang  "Start Server" dan listboxes berikut akan dipaparkan.





Sekarang server anda sudah sedia untuk distreamkan oleh pengguna tetapi tiada muzik akan dimainkan. Sekarang kita akan jadikan PC kita sebagai pemain muzik.



Sila muat turunkan Oddcast untuk Winamp di sini dan installkannya melalui plugin di sini (ini adalah versi 2. Tetapi konfigurasinya adalah lebih kurang sama dengan versi 3). Kemudian run Winamp seperti biasa, pergi ke bahagian preferences untuk "DSP/Effect", klik pada "oddcast DSP v3". Kemudian satu paparan tetingkap akan kuar seperti berikut:





Klik pada butang "Add Encoder" dan satu list encoder yang baru akan ditambahkan dibahagian kotak bawah. Right-click list tersebut dan pilih "configure". Satu tetingkap akan keluar yang memaparkan setting untuk encode kan muzik yang kita mainkan pada Winamp.



Untuk "Encoder type", pilih "OggVorbis" (atau MP3 jikalau anda sanggup menanggung risiko pendengar mengalami kesukaran untuk stream). Ini akan membolehkan anda stream lagu2 dalam format Vorbis.



**Nota: sesetengah pendengar mungkin tidak dapat mendengar muzik anda sekiranya dia menggunakan pemain (Winamp, Media Player) yang versi rendah.



Untuk "Quality", saya masukkan -2, ini adalah kualiti bunyi yang paling terendah akan dihasilkan iaitu 30kbps. Anda boleh mencuba dengan nilai 0 atau 2 sehingga 6 (nilai tertinggi iaitu kualiti CD) yang mungkin akan memudaratkan pendengar. Semakin rendah kualiti bunyi, semakin ramai anda boleh menampung bilangan pendengar.



Untuk "Server IP", masukkan "localhost" kerana kita mahu jadikan PC kita sebagai pusat server. "Server port" pula anda boleh masukkan apa2 nilai sekalipun tetapi dalam tutorial ini saya gunakan 8000. "Encoder password" pula masukkan kata laluan yang telah anda masukkan tadi. Jadi untuk saya, kata laluan untuk encodernya adalah "hackme".



Untuk "Channel" saya gunakan Mono untuk capaian internet yang rendah dan tiada beza pun dengan Stereo. Biasalah untuk broadcasting xpayah yang best2 pon kualitinya, asal bleh dengar. Diakhirnya, anda akan mendapat tetapan seperti berikut:





Klik "OK" dan kemudian klik "Connect". Sekiranya semua tetapan yang anda lakukan dan ikut semua langkah yang saya nyatakan sebelum ini, encoder tersebut sekarang sudah disambungkan kepada server kita (Icecast) dan mula untuk streaming seperti ini:





Sekiranya anda ingin menjadi DJ (bercakap secara terus dalam radio), klik sahaja pada butang "Live Recording" dan akan dipancarkan segala kata-kata atau ucapan anda melalui mikrofon anda. Klik butang tersebut kembali untuk kembali ke muzik yang asal.



**Nota: Paparan di atas akan dipaparkan sekiranya anda tiada mikrofon pada PC anda. hehehe...



“Source Level Stats” pada tetingkap Icecast sepatutnya akan memaparkan maklumat mengenai streaming anda dan bilangan pendengar yang menghubung seperti berikut:





Jadi sekarang kita perlu memberitahu pendengar bagaimana cara untuk hubungkan diorang dengan server kita.



Pertama, pendengar perlu menggunakan pemain muzik (Winamp atau Media Player) pada komputer sendiri dan pilih Menu > Open URL. Pastikan pengguna tidak klik terus dari browser (pelayar) kerana tiada apa2 akan berlaku.



Sekarang anda perlu memberitahu pautan (link) yang perlu dimasukkan di bahagian address pada menu Open URL untuk dihubungkan pada server anda. Sekiranya anda menggunakan ke semua setting yang saya sediakan, pautan tersebut adalah seperti ini:



http://localhost:8000/stream.ogg (untuk intranet, maknanya dalam networking sahaja, iaitu LAN)



http://[ip_anda]:8000/stream.ogg (untuk internet, maknanya satu dunia boleh mendengar radio anda)



Sekiranya anda tidak mengetahui apakah IP anda, boleh rujuk https://www.whatismyip.com. Sekiranya anda menggunakan LAN (internal IP seperti 192.168.1.1) tetapi mahukan radio anda didengar oleh semua pendengar seluruh dunia, pastikan anda melakukan PORT FORWORDING untuk port 8000 (contoh ini) dalam modem anda.



Sekiranya anda menghadapi masalah permission dalam Vista, pastikan anda memberikan full permission kepada Icecast dan Winamp direktori. Ini akan menyelesaikan masalah anda itu.



PENTING!: Broadcasting radio ini mungkin akan melanggar undang-undang kerana anda tiada hak untuk menyiarkan lagu-lagu yang dilindungi secara terus. Jadi apa-apa risiko perlu anda tanggung sendiri.



Sekiranya pendengar menghadapi masalah walaupun ke semua tetapan telah betul, mungkin perisian seperti Firewall telah menghalang pendengar luar untuk hubungkan terus dengan PC anda. Pastikan anda disable dahulu firewall pada PC anda.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.4 (5 votes)

Komen

SaNGkUrA's picture

naper slalu disconnect??

dan maner nak cari Mp3 yang sudah ader format OGG?

bagaimaner kalu sy pakai broadband??
xleh pakai port:8000??

parasolx's picture
Admin

kebiasaannya perkara disconnect berlaku sebab anda punye uploading speed tidak stabil. cuba check dahulu streaming buffer speed untuk connection internet anda. jika perlahan, mungkin akan ada masalah. kerana untuk buat radio broadcasting perlukan connection yang stabil.

selepas semua proses ini dilakukan, kita hanya perlu pasang sahaja fail MP3 dan software Oddcast akan automatic convertkan bunyi dari MP3 terus ke dalam bentuk OGG. jadi tidak perlu cari fail berformat OGG.

kalu pakai broadband mmg disarankan sebab dia punye speed connection lebih besar dan stabil. xboleh pakai port 8000 kemungkinan besar kerana anda tidak buat lagi port forwarding iaitu proses untuk membuka kemasukkan dari luar terus ke dalam komputer anda menerusi port 8000. Jika port 8000 tidak boleh diguna, cuba gunakan port lain iaitu dari 50000 hingga 65535.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

LAM's picture

macam mane nak bt radio sendiri

parasolx's picture
Admin

ikut sahaja tutorial yang kami sediakan ini..
untuk lihat full tutorial.. kena register..

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

matja's picture

good tutorial..

Jafry's picture

Apakah yang dimaksudkan dengan PORT FORWORDING pada modem dan Bagaiman CARAnya..TQ

parasolx's picture
Admin

port forwarding bermaksud kita melepaskan kemasukkan permintaan dari luar menerusi port tertentu. pada tetapan asal modem, dia menghalang semua kemasukkan permintaan dari semua port kecuali beberapa port yang telah ditempah seperti port 80 (http) dan lain-lain lagi.

dalam kes kat atas, kita gunakan port "8000". jadi port forwarding akan membenarkan ke semua permintaan menerusinya dilepas oleh firewall modem. baru pendengar boleh mendengar melalui saluran tersebut.

tetapan untuk setiap modem berlainan. anda perlu mencari kaedahnya menerusi internet atau dalam buku manual yang didatangkan bersamanya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Jafry's picture

Adakah localhost perlu ditukar dalam notepad untuk sambungan ke internet?

Dalam winamp tidak terdapat MENU, yang ada file > Play URL...Adakah server saya yang perlu dimasukkan oleh pengguna ke dalam Play URL...saya dan rakan ada mencubanya tetapi x signal radio (utk makluman, firewall telahpun disabled kan)..

parasolx's picture
Admin

dalam konfigurasi untuk icecast tuh biarkan "localhost"..

dalam winamp tersebut, masukkan format URL seperti ini: http://[ip_anda]:8000/stream.ogg.
kalu dia tak dengar maknanya belum buat port forwarding.. kalu nak cuba jadi ke tak, cuba buat menerusi LAN dahulu.. sebab kalu dalam LAN tak perlu untuk buat port forwarding buleh dengar.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ciklyn's picture

nk tnya...perisian Oddcast untuk Winamp dh takleh download ekk....
laman web oddsock.org dh tutp...so mna sy leh dptkn software nie...???
tq...

parasolx's picture
Admin

owh.. saya baru perasan yang perisian ini telah pun dihentikan. selepas buat carian, terdapat plugin yang boleh diguna pakai untuk winamp boleh download di sini: https://support.xmplay.com/files_view.php?file_id=5

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

eazydizzy's picture

tuan admin,

saya ada server sendiri dan mengalami masalah keliru untuk setupkan shoutcast DNAS page kat server saya~ ada tutorial tak ? saya menggunakan windows .. walaupun saya dah download console dari shoutcast.com .. tapi saya tetap tidak memahami di mana perlu di edit kan ~

terima kasih~

parasolx's picture
Admin

jika dj radio ni dilakukan pada server sendiri, mungkin perlu banyak sikit konfigurasi yang berkaitan dengan server. tp semasa teknik ini dicuba, saya lakukan pada komputer sendiri dan streaming dilakukan pada LAN sahaja.

jika pengguna diluar LAN, mereka perlu tahu IP modem yang saya gunakan. kemudian saya perlu lakukan port forwarding.. jika dalam tutorial tersebut saya lepaskan port 8000 supaya pengguna diluar LAN saya dapat mendengarnya.

tutorial ini sebenarnya adalah terlalu ringkas. jika ingin digunakan sebagai satu platform yang menyediakan radio secara online, saudara perlu mencari tutorial yang lebih spesifik khas untuk dibangunkan pada pelantar server.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

hafiz85's picture

salam..nk tnye...sy dh wt sume dh pe yg d jelaskan dlm ni...tp mslhnye sy dh bglink kt dorg tp still xblh dgr jgk?sbb pe ye..kalo blh abg add sy kt fb blh x?http://www.facebook.com/profile.php?id=100002268147299

parasolx's picture
Admin

Rasanya mereka tak dapat dengar sebab tak buat Port Forwarding lagi tuh. Kalu dah buat pun, mungkin salah dari segi konfigurasi modem yang digunakan. Cuba semak dengan lain-lain artikel di internet mengenai port forwarding.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

tetamu's picture

kalau ade dj di tempat lain...bleh saya host server ni tuk org luar login utk jadi dj ?

parasolx's picture
Admin

untuk kes ini rasanya boleh.. tapi sukar nak dibuat. sebab DJ tersebut perlu akses masuk ke dalam komputer kita sendiri. sebabnya method yang ditunjukkan adalah menjadikan komputer kita sebagai streaming broadcasting.

berbeza dengan keadaan di mana kita create "SERVER" untuk dijadikan broadcasting. jadi kalu kes DJ di tempat lain, kita perlu benarkan dia akses ke komputer kita. cara bagaimana tuh adalah lebih kompleks tetapi secara kasar adalah melalui remote komputer

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training