Sebagai contohnya, Dropbox yang menawarkan 2GB ruangan storan simpanan pada peringkat permulaan sudah menetapkan had keupayaannya. Bagaimana sekiranya sebagai pengguna kita mahu melakukan sinkronasi untuk fail yang bersaiz 3GB?



Bagi sesetengah pengguna yang bekerja sebagai penghasil video atau pereka grafik, sesetengah fail yang dihasilkan sememangnya besar bagi mendapatkan hasil dan kualiti yang tinggi dan sempurna. Jalan terbaik adalah menyimpannya pada cakera mudah alih. Tetapi bagaimana jika dua orang bekerja di tempat yang berlainan, seorang di Malaysia dan seorang lagi di England?



Selain daripada itu, perkhidmatan hub ini mempunyai isu disebalik kemudahan yang disediakan iaitu salinan simpanan dibuat terus ke dalam pelayan mereka. Isu hak cipta dan keselamatan fail yang disimpan diragui oleh kebanyakan pengguna walaupun telah diterangkan dengan lengkap pada setiap terma dan syarat.



BitTorrent Sync



BitTorrent (http://labs.bittorrent.com/experiments/sync.html) adalah satu nama yang popular dikalangan pengguna internet terutamanya golongan pemuat turun yang tegar. Ia merupakan satu perisian dan perkhidmatan perkongsian fail yang dijalankan menerusi proses P2P atau peer-to-peer antara komputer diserata dunia. Antara lain perisian ini adalah ianya membenarkan perkongsian fail yang besar menerusi kaedah "torrent".



[title]-[filefield-fid]
Gambar rajah mudah menerangkan konsep dan metodologi bagaimana BitTorrent Sync berfungsi



#1 Dihubungkan menerusi P2P



Menggunakan konsep yang hampir sama, BitTorrent Sync menggunakan teknologi yang diaplikasikan terhadap torrent kepada bentuk sinkronasi antara dua komputer. BitTorrent Sync menghubungkan sinkronasi antara dua komputer menerusi P2P yang akan melakukan proses tentukur agar kelajuan memuat naik (upload) dan memuat turun (download) dijalankan pada kelajuan maksimum.



#2 Keselamatan



Selain itu, dua komputer hanya boleh dihubung dan proses sinkronasi akan dijalankan sekiranya kekunci rahsia yang tepat dimasukkan. Setiap data yang dihantar akan dinyahkod dengan algoritma Base32 dan memerlukan kekunci untuk mengekodkan semula data yang dihantar. Oleh itu, komputer yang tidak mempunyai kekunci atau berhasrat untuk cuba mencuri data yang dihantar tidak mampu untuk menterjemahkan semula fail yang disinkronasi sekiranya tanpa kod kekunci rahsia.



[title]-[filefield-fid]



#3 Kepantasan  proses sinkronasi



Salah satu rahsia BitTorrent Sync untuk melakukan sinkronasi fail yang bersaiz sangat besar (sekitar 3GB) dalam tempoh masa yang pantas adalah disebabkan P2P tidak melibatkan laluan kepada pelayan.



Berbeza dengan perkhidmatan Drive, SkyDrive dan Dropbox, setiap fail yang akan disinkronasikan terlebih dahulu akan disimpan dalam pelayan mereka. Seterusnya arahan menyemak dan mengemas kini akan dijalankan pada semua komputer yang dihubungkan dengan akaun tersebut. Proses ini sebenarnya memerlukan tempoh masa yang panjang untuk perisian melakukan semakan dan sejarah (history).



Sebaliknya sinkronasi dilakukan secara terus antara dua komputer yang dihubungkan.



Kekurangan BitTorrent Sync



  1. Walaupun konsep yang diperkenalkannya memfokus kepada perkongsian dan sinkronasi fail dalam saiz yang besar, ianya tidak menepati sepenuhnya perkhidmatan "cloud storage". Ini disebabkan simpanan tidak dibuat secara maya di pelayan penyelia.

  2. Kedua-dua komputer (atau lebih) perlu diaktifkan dan dihidupkan pada masa yang sama agar proses sinkronasi boleh dijalankan. Mana-mana komputer yang tidak dipasang tidak akan menerima kemas kini walau pun ianya diaktifkan kemudian.

  3. Perkhidmatan ini dilihat fokus kepada fail bersaiz besar sahaja dan untuk sesetengah golongan pengguna bukan secara keseluruhan.


Oleh itu, setiap perkhidmatan percuma yang disediakan susah tentu mempunyai tahap atau had penggunaannya. Agak sukar untuk bergantung hanya kepada satu jenis keuntungan. Lagipun ke semua perisian dan perkhidmatan yang dinyatakan di atas tidak menetapkan peraturan hanya satu boleh digunakan  pada satu masa. Jadi sebagai pengguna, ini adalah persaingan yang sihat. Seorang pengguna mungkin boleh menikmati lebih daripada satu atau dua akaun.

Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet