Terdapat 3 cara untuk mensetkan warna. Cara yang paling mudah adalah menggunakan Generic. Iaitu penggunakan perkataan english black, white, green and blue.Dibawah ini adalah senarai Generic yang boleh digunakan dan difahami oleh web browser.

16 Warna asal:

  Black   Gray   Silver   White
  Yellow   Lime   Aqua   Fuchsia
  Red   Green   Blue   Purple
  Maroon   Olive   Navy   Teal

RGB

Cara yang kedua adalah menggunakan RGB, walau bagai manapun saya tidak merekemenkan anda menggunakan cara ini kerana ia tidak bersesuaikan dengan IE. Namun, pengetahuan dalam RGB mungkin dapat membantu anda pada masa hadapan.

RGB bermaksud Red,Green, Blue, Setiap warna ini mempunyai nilai dari 0 (tidak mempunyai warna itu) sehingga 255 (sepenuhnya warna itu). Format untuk menggunakan RGB adalah - rgb (RED, GREEN, BLUE).

Red, Green, and Blue Values:

bgcolor="rgb(255,255,255)" Putih
bgcolor="rgb(255,0,0)" Merah
bgcolor="rgb(0,255,0)" Hijau
bgcolor="rgb(0,0,255)" Biru

Hexadecimal

Hexadecimal ada cara ke tiga dan merupakan cara yang agak sukar untuk difahami pada awalnya. Walau bagai manapun, jika anda fasih tentang Hexadecimal, proses untuk membangunkan laman web menjadi sangat mudah. Cara ini diguna secara meluas oleh pembangun laman web.

Hexadecimal mempunyai 6 digit yang mewakili warna, 2 digit pertama mewakili merah, 2 digit seterusnya mewakili hijau dan 2 digit terakhir mewakili biru.

Anda tidak perlu bimbang tentang kod-kod hexadecimail kerana, dengan menggunakan Photoshop, anda boleh mengetahu kod hexadecilmal bagi sesuatu warna.

Contoh Hexadecil

bgcolor="#acacac"

Kod Hexadecimal

Dibawah ini adalah kod bagi Hexadecimal

Nilai warna bagi Hexadecimal:

Decimal 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Hexadecimal 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F

Kita menggunakan huruf bagi mengantikan nombor dari 10 dan ke atas.

A Real Hexadecimal:

bgcolor="#FFFFFF"

Setiap huruf F diatas mewakili nilai bagi 15.

Hexadecimal Formula:

(15 * 16) + (15) = 255 

Formulanya sangat mudah, kita mengambil huruf F yang pertama dan didarabkan dengan 16 dan kita mencampurkan dengan nilai F kedua yang bernilai 15. 255 adalah nilai malsimum bagi sesuatu warna

Kita cuba sekali lagi:

Contoh 2:

bgcolor="#CC7005"

CC(RR - Red)  (12 * 16) + (12) = 204  70(GG - Green)  (7 * 16) + (0) = 112  05(BB - Blue)  (0 * 16) + (5) = 5

 

Penilaian: 
4
Average: 4 (2 votes)