Apa Itu HTML-8823

HTML adalah bahasa pengaturcaraan bagi membina sesebuah lama web. HTML adalah bahasa termudah dan asas kepada membangunkan laman web. Oleh tu pengetahuan asas dalam HTML akan membantu anda untuk memahami bahasa pengaturcaraan yang lebih sukar seperti PHP, ASP dan JavaScript.

HTML adalah bahasa aturcara klasik yang sampai ke hari ini digunakan oleh semua pelantar

HTML ada singkatan daripada akronim Hyper Text Markup Language. HTML ditulis dalam text file dan ia merupakan bahasa pengaturaan yang tidak memerlukan kompiler untuk mengkompil. Ianya terus dapat dibaca oleh Web Browser.Oleh hal yang demikian, HTML boleh ditulis dengan menggunakan perisian yang paling ringkas iaitu Notepad.

Walau bagaimana pun terdapat editor WYSIWYG, ("What You See Is What You Get"), tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa HTML kerana proses pembangunan di buat dalam bentuk gambar bukannya tulis. Contohnya DreamWeaver dan Frontpage.

Pengetahuan dalam bahasa HTML akan dapat memudahkan anda memahami sesuatu pengaturcaraan dan menjimatkan masa untuk anda mengubahsuai sesuatu laman web. Ini kerana sebarang kod pengaturcaraan memerlukan HTML sebagai pelantar kepada paparan satu-satu laman.

Penilaian: 
4
Average: 3.2 (9 votes)