Pembangun laman-laman web, sudah tentu perkara ini selalu bermain-main difikiran anda. Penggunaan warna yang kurang sesuai kadang kala menjadikan sesuatu laman web itu napak janggal dan pelik. Di sini saya tuliskan tip-tip yang sangat berguna untuk pereka laman web dalam bermain dengan warna.

Mengikut teori warna, terdapat tiga elemen warna yang utama dalam satu kitaran warna (color wheel) iaitu biru, merah dan hijau. 3 warna ini dinamakan warna utama (primary color). Gabungan antara tiga warna ini akan menghasilkan warna sekunder (secondary color) iaitu kuning (yellow), biru laut (cyan) dan merah keungguan (magenta).

Kebiasaannya, pencetak (printer) menggunakan format CMYK (cyan, magenta,yellow, key "black") untuk menghasilkan cetakan kerana pencetak tidak mampu untuk menggabungkan warna-warna utama dalam menghasilkan sesuatu cetakkan dan kos penghasilannya sgt lah tinggi. Tetapi, skrin monitor memaparkan gambar dalam format warna RGB (red, green, blue). Jadi, penghasilan grafik untuk laman web perlu dijalankan dalam format RGB dan bukan CMYK.

Berbalik kepada teori warna, kita perlu lah merujuk kepada kitaran warna (color wheel) bagi mewujudkan satu gabungan warna yang tepat dan tidak dikatakan janggal apabila dipandang. Bagi memudahkan pemahaman, sila rujuk kepada gambar di bawah.

Perhatikan bahawa Plus Color merujuk kepada warna-warna utama dan Minus Color merujuk kepada warna-warna sekunder. Di bawah ini saya berikan sedikit tips bagaimana anda boleh menggunakan warna mengikut kesesuaian tema yang anda inginkan.

1. Tema warna bertona

Tema ini hanya melibatkan penggunaan satu warna pilihan sahaja tetapi melibatkan gabungan tona satu warna sahaja. Andaikan anda ingin menggunakan merah sebagai warna pilihan, gabungan warna yang sesuai adalah seperti berikut:

  
 
Pilihan tema warna ini jarang sekali dipakai oleh kebanyakan pembangun laman web kerana laman web akan kelihatan kusam dan kurang bermaya. Saya nasihatkan anda agar menggunakan pelbagai warna-warna harmoni dan gambar-gambar yang menarik.
 

2. Tema warna kontra (Contrast Concept)

Tema ini akan menggunakan warna-warna yang kontra atau warna-warna yang berlawanan. Untuk mengetahuinya, perhatikan kitaran warna di bawah ini. Kedudukan warna-warna kontra adalah saling bertentangan antara satu sama lain.

Gabungan kontra bagi (orange --> blue), (turquoise --> scarlet), dan (yellow green --> purple).

3. Tema warna harmoni berjiran

Tema warna ini melibatkan gabungan tiga warna yang saling bersebelahan. Gabungan ketiga-tiga warna ini akan mewujudkan suasana harmoni sesuatu laman web. Contoh gabungan 3 warna harmoni berjiran seperti berikut:

Perhatikan tiga warna berjiran (anak panah) adalah gabungan warna yang paling sesuai. Atau, anda boleh menggabungkan 3 warna lain dengan mengambil jarak yang sama bagi setiap warna (bentuk bunga).

Penilaian: 
2
Average: 2 (1 vote)