Salah satu tujuan utama penghasilan kod aturcara HTML adalah untuk bebas peranti. Bermaksud ianya boleh digunakan pada sebarang jenis pelantar sistem komputer tanpa perlu melalui proses pengubahsuaian. Bahasa pengaturcaraan HTML dibina untuk menerangkan struktur satu-satu dokumen, mengabaikan bentuk dan corak paparan.

Asas elemen dalam HTML adalah seperti "heading" (rujuk artikel: Headings), "title" dan "paragraph" (rujuk artikel: Paragraph) -- tidak termasuk margin dan tulisan. Selebihnya semua tugasan diserahkan kepada perisian pelayar untuk menterjemahkan jenis tulisan, saiz dan jarak pemerengganan berdasarkan struktur HTML yang dimuat turun.

Teknologi ini telah menarik minat ramai pengkaji komunikasi untuk menghasilkan laman dengan kod HTML memandangkan mereka lebih menghargai kandungan itu sendiri daripada paparan. Apabila senario ini mula dipandang oleh golongan komersil, paparan dokumen menjadi perkara penting dan elemen "gambar" (rujuk artikel: Gambar (images)) mula diterapkan dalam setiap kandungan.

Disebabkan itu, kod HTML telah mengalami beberapa perubahan dan kemas kini daripada versi 1 sehinggalah sekarang dengan kemunculan versi HTML5 (rujuk artikel: HTML 5.0 vs XHTML 2.0) yang mempunyai kebolehan untuk memaparkan struktur kandungan yang lebih banyak.

Penilaian: 
5
Average: 5 (3 votes)

Komen

parasolx's picture
Admin

artikel ini perlu ditambah fakta. pada awalnya artikel ini wujud hanya sekadar untuk melengkapi penyusunan artikel pada pertama kali.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training