3 posts / 0 baru
Pos terakhir
Drupal Contribute Module

Salam..

Hari ini ( 01 Feb 2018 ), saya update Webform Module - dan dapati sekarang Drupal 8 Webform sudah bergantung kepada Contribute Module. Ianya juga mengalakan kita untuk menjadi ahli kepada komunity drupal untuk menyumbangkan semula kepada komunity drupal. Saya kurang jelas berkenaan dengan perkara tersebut..ada sesiapa boleh bagi penjelasan?

* Lagi satu: saya dapati Drupal Note sekarang tidak aktif seperti dahulu..sayang sekali ianya tidak diaktifkan semula..ada sebarang komen dari anda? 

Versi Drupal: 
Drupal 8
parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam tuan, berdasarkan kepada Drupal Conference yang diadakan tahun lepas, sememangnya banyak langkah dan inisiatif yang dilaksanakan oleh founder Drupal dan community group untuk memastikan "open source" ini dapat "sustain" atau bertahan untuk satu tempoh yang lebih lama. Memandangkan hidupnya sesuatu "open source" itu adalah bergantung kepada sumbangan daripada komuniti atau pengguna bukan sekadar sebagai "developer" tetapi banyak peranan lain yang boleh disumbangkan. Sebagai contoh sebagai pengguna, penguji dan juga penterjemah.

Ini adalah antara langkah yang diambil memandangkan setiap pembangun modul satu masa mungkin akan berhenti dan projek tersebut perlu diteruskan bagi membolehkan kesinambungan sentiasa ada. Bagi saya ianya adalah satu langkah yang bagus. Tidak lagi kita datang, dapat apa yang kita perlukan dan kita tinggalkan. Sebaliknya ianya adalah lebih menguntungkan sekiranya kita sama-sama memberikan sumbangan untuk meneruskan legasi dan "software life cycle" sesuatu aplikasi.

Begitu juga dengan Drupal Note tuan. Sekiranya kita sama-sama memberikan input, pandangan dan cadangan untuk menambahbaikkan, tugas bagi pengendali dan pembangun boleh disingkatkan dan dikurangkan. Buat masa sekarang, pengendali DN agak sedikit sibuk. Tahun lepas beberapa tugasan yang dirancang masih belum dilaksanakan. Sekiranya tuan mempunyai cadangan baik untuk meningkatkan mutu laman ini, pihak kami sangat mengalukannya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Saya setuju dengan apa yang dikatakan itu. Sukarelawan pembangun Drupal (Core / Module) telah memberikan banyak masa dan tenaga mereka untuk menghasilkan apa yang ada sekarang dan mereka terus bekerja tanpa henti dan ianya dilakukan hanya berbekalkan minat semata-mata. Manakala kebanyakan penguna Drupal (saya juga), hanya mengunakan apa yang telah dihasilkan oleh mereka dengan mudah sahaja dan percuma!. Oleh itu adalah munasabah untuk kita menyumbang sedikit sebanyak sekadar yang termampu untuk memastikan Drupal terus hidup dan berkembang. Dari segi bilangan pengguna CMS, Wordpress memang mempunyai jumlah yang besar berbanding dengan Drupal, tetapi pendapat saya, pengguna Drupal akan bergerak lebih pantas untuk masa-masa yang akan datang.

Berkenaan dengan Drupal Note, saya rasa kena diaktifkan lagi. Saya tidak bermaksud supaya saudara parasox perlu menulis lebih banyak (sebab kekangan dengan kerja-kerja lain). Apa yang saya maksudkan ialah sepatutnya semua ahli lain lebih aktif (saya pun tak aktif juga..hihi). Jumlah ahli juga, kalau boleh ditambah supaya komuniti DN menjadi lebih meriah dan kita dapat sama-sama bertanya dan memberikan input-input yang berguna untuk kita semua. Saya tidak pasti berapa ramai pembangun laman web di Malaysia mengunakan Drupal sebagai CMS, tetapi saya rasa ramai juga. Kalau kita boleh 'mengajak' mereka untuk menyertai komuniti Drupal versi Bahasa Melayu ini, ianya akan menambahkan lagi sumber rujukan dalam bahasa kebangsaan kita. Itu sahaja pendapat saya, semoga DN terus maju.