2 posts / 0 baru
Pos terakhir
Aplikasi Android

Salam admin.  Saya sejak akhir-akhir ini berminat dengan "Bina aplikasi android".

Dengan teknologi terkini,  pasti mobile/smartphone menjadi pilihan untuk berhubung di mana saja. 

Oleh itu dengan adanya aplikasi ini, mudah sesiapa saja untuk pasang app yang sesuai untuk kegunaan mereka seperti waze,  website, waktu solat,  kompas,  cara solat,  surah yasin, doa harian dan sebagainya. 

Adakah ia mudah dibina atau memerlukan kemahiran html yang tinggi untuk membinanya. 

Harap pihak admin drupalnote dapat balas komen saya ini. 

 

parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam, untuk informasi tambahan, aplikasi pada smart phone adalah berbeza dengan pembangunan untuk web app atau portal.

  1. Aplikasi hanya boleh diakses sekiranya diinstall pada smart phone.
  2. aplikasi perlu mengikut OS yang dipasang pada smart phone
  3. aplikasi perlu patuh kepada keperluan minimum versi OS yang digunakan
  4. kod aturcara utk pembangunan aplikasi adalah berbeza dengan web/portal

Pembangunan android/iOS boleh dibelajar tanpa memerlukan kemahiran dalam pembangunan web/web app. Bahasa aturcara, sebagai contoh iOS menggunakan Objective C atau Swift. Jika anda pernah mempelajari C atau C+, ianya adalah bonus kerana kod aturcara adalah lebih kurang sama.

Yang penting adalah konsep bahasa dan aturcara yang perlu dipelajari untuk pembangunan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training